Tuesday

Form 6

 Assalamualaikum....
hari ni leha nk cerita sikit kelebihan tingkatan 6..
cehh wahhh mcm dh pro sgt je...
hahaha biasalah <cehh wahh poyo>
FORM 6???
kenapa ye kalau ckp f6 je semua pandang serong...
ehhh korang semua silap..
f6 ni byk sgt kelebihannya...
nak tau ape kelebihannya??
 first : diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakkan universiti di serata dunia..(hebat tu)
second : Dengan sijil STPM boleh bekerja dgn kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana2 yang terbaik b'dsrkan prinsipal terendah.
third : Kiraan pointer STPM dicampur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja.
fourth :4 or 5 subjek je
fifth : kualiti sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang.

banyak lagi kalau nk cerita pasal form 6 ni...kalau tak caya cuba tengok kat web ni ePutra .
kt sini semua ada. pasal 
kelebihannya,
taraf sijil STPM, 
kelayakan bekerja dgn kerajaan, 
kelebihan ambil 5 subjek, 
penggantian subek,
pembelajaran di tingkatan6, 
gred STPM dan 
sukatan pelajaran.

so, sesiapa yang tengah ragu2 lagi untuk memilih ke mana arah tuju. saya syorkan korang pergi la ke web tu k. dulu saya pn konfius gak nk plih tp atas dorong family,kawan2 dan cikgu2 saya memilih utk masuk f6.. saya pun ada jugak dpt twrn drpd politeknik PSP iaitu Politeknik Seberang Perai, Pematang Pauh.
saya dpt course DIPLOMA AKAUNTANSI.saya xpergi sbb bkn course saya tp time isi borang gatal sgt amik course tu....



p/s : jgn ragu2 utk buat keputusan. ini hal masa dpan kita..
so, buat la yg terbaik utk masa dpn kita sndiri okey :)

Anak Buah.... =)


Khairul Hafiz
Khairul Fahmi






















 p/s : semua anak buah saya lelaki. bila la saya 
nk dpt ank buah perempuan pula... =)










sayang korang!!!

LAPORAN AKTIVITI

Tempat : D'muara Resort
Tarikh : 22 Mei 2011
Masa : 5 ptg -6.30ptg
Target : Ex-student SDM 5Takwa 2011
Hadir : 8 orang drpd 17 orang
Transport : Sendirian berhad

ima  (peace!!)

lena, affan, farid n leha
lena, affan n farid
lena
menu-menunya
mentarang bakar

kerang bakar

paprik

sotong salut tepung goreng

tomyam

nasi
dina
farid

affan

suasana dalam kereta

gadis pinggitan

ecehhhh...

p/s : sayang korang semua..mesti lepas ni rindu kt korang
sebb semua dh bawa haluan masing2 utk mengejar cita2 kn..
love so much....

Cerpen : SENYUMAN TERAKHIR

Cerpen : SENYUMAN TERAKHIR
Dendangan lagu juara Malaysian idol pertama iaitu Jacklyn victor dengan lunak suaranya menyanyikan lagu “wajah” begitu bermakna buat Adira. Adira seorang kakak yang sanggup menjaga dan memelihara dua orang adiknya sendiri. Walaupun sudah hampir empat tahun pemergian ibu dan ayahnya akibat kemalangan. Adira terpaksa akur untuk menjaga adik-adiknya sehingga kerjaya yang hampir ingin dicapai harus dilupakan kerana dia sudah diamanahkan oleh ibu bapanya sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir. Walaupun amat perit untuk Adira memikul amanat itu tetapi dia harus sedar sebagai anak sulung dalam keluarga banyak tanggungjawabnya terhadap keluarga lebih-lebih lagi setelah kehilangan kedua-dua orang tuanya.
“Aman, tolong kak long ambilkan daun pisang kat belakang rumah…” pinta Adira kepada adik lelakinya.
Sementara itu tangannya sibuk mengacau sambal tumis yang dimasaknya.
“hari ni Atira nak tolong kak long boleh” tanya Atira.
“tak payah la Atira..Atira pergi siapkan homework dulu ye..”
“ala Atira nak tolong kak long. Kesian Atira tengok kak long buat sorang-sorang..Boleh la kak long”. Jelas atira yang beria-ria mahu menolong kakaknya…Dia tahu kakaknya banyak berkorban untuk menyekolahkan dia dan abangnya.
“Kan kak long cakap tak payah tak payah la..Kenapa degil sangat ni..Kalau Atira kesian sangat kat kak long, Atira pergi bElajar rajin-rajin ubah nasib keluarga kita. Atira tahu tak kak long sayang sangat kat adik- adik kak long ni. Tak apa kak long boleh buat sendiri..Dah pergi sana study..”jelas Adira sambil mengesat air mata yang menitis lalu memeluk kedua-dua adiknya..
“Atira janji. Atira dan abang Man akan belajar rajin-rajinkan abang Man” kata Atira sambil mengesat air mata Adira.
“ye kak long, Aman dengan Atira akan buktikan pada kak long yang kami mampu mengubah nasib keluarga kita” jelas Aman dan mambuatkan Adira tersenyum.
“Okey okey dah..kak long nak siapkan kerja kak long dlu..Atira pergi sambung study ye..aman tolong kak long ambilkan daun pisang ye..nanti tak siap nasi lemak kak long layan korang je ni..”
“okey la. Aman pergi ambil daun pisang dulu ye” kata aman
“Okey kak long, Atira pergi study ye. Nanti kalau ada pape yang nak ditolong just call me okey” kata Atira tersenyum sambil berlalu..
Adira meneruskan kerjanya. Dia terpaksa membuat nasi lemak dan beberapa  jenis  kuih-muih untuk menampung pembelanjaan dia dan adik-adiknya yang masih sekolah. Tahun ini Aman bakal menduduki SPM manakala Atira bakal menduduki PMR. Adira mengharapkan adik-adiknya akan mendapat keputusan yang cemerlang dan mampu mengubah nasib mereka adik-beradik. Walaupun adira hampir ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor namun dia berharap adik-adiknya akan merealisasikan impiannya yang tidak tercapai itu. Sejak kecil lagi adira telah menanamkan hasrat untuk menjadi seorang doktor. Namun, apakan daya takdir telah menentukan semua harsat itu tidak kesampaian dan sudah tertulis di luf mahfuz semua itu hanya angan-angan adira masa kecil sahaja.                                                 ----------------------------------------------------------------------------------------------Di bawah pohon rambutan di halaman rumah telah menjadi kebiasaan tiga beradik itu duduk pada waktu petang. Di situlah tempat Atira dan Aman mengulangkaji. Sementara itu, Adira menyapu daun-daun yang bertaburan di halaman rumah mereka. Di samping itu, Adira turut membantu adik-adiknya dalam pembelajaran.
“Kak long… Aman nak pergi main bola kejap ye” kata Aman.
“okey tapi jangan balik lewat sangat” jawab Adira.
“okey kak long” kata Aman dan terus berlari menuju ke padang yang berhampiran di rumahnya.
”kak long, Atira nak masuk rumah kejap ye” kata Atira
”okey.” jawab Adira
Adira meneruskan menyapu di halaman rumahnya. Walaupun sering kali menyapu di halaman rumah daun-daun kering masih banyak bertaburan di atas tanah. Setelah penat menyapu Adira rehat di atas pangkin untuk menghilangkan penat..
Setelah kehilangan ibu dan ayah Adira menjadi tonggak utama dalam keluarga. Adira terbayangkan wajah senyum ibu dan ayahnya. Setiap hari seusai solat Adira pasti mendoakan arwah ibu dan ayahnya semoga aman di sana. Amin.. Adira percaya walaupun mereka bukan dari golongan berada tetapi dia akan buktikan dia mampu mendidik adik-adiknya untuk mengubah nasib mereka..
“Assalamualaikum!!”
Adira tersentak lalu terjaga daripada lamunannya.
“wa...waalaikumsalam”
Adira melihat seseorang yang dihadapannya yang sedang tersenyum. Jenuh otaknya memikirkan siapakah orang dihadapannya ini? Adakah pembanci? Tetapi setahu Adira baru minggu lepas ada seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai pegawai pembanci dan mengambil maklumat seisi rumahnya. Takkan setiap minggu orang banci nak datang rumahnya…Tak mungkinlah.
“Hey, ni aku la Asyifa….” Sapa perempuan itu sambil memperkenalkan dirinya.
Adira berasa kaget dengan kehadiran sahabat baiknya itu..Mereka sudah lama tidak bersua semenjak Asyifa bekerja di Kuala Lumpur.. Semenjak dari bangku sekolah lagi mereka bersahabat baik sehinggakan mereka digelar “twin” malah wajah mereka juga seiras. Adakalanya mereka digelar ”belangkas” kerana ke mana sahaja pergi mesti berdua. Di situ ada Adira di situ juga ada Asyifa.
“Asyifaaaaaaa” Adira separuh menjerit akibat kaget dan teruja sangat.
Adira memeluk sahabatnya itu untuk menghilangkan rasa rindu yang kian lama dipendam terhadap sahabat baiknya itu..lalu Asyifa membalas pelukkan daripada sahabatnya dengan seerat-eratnya..
“aku rindu sangat kat ko… Lama ko dah tak balik kampung ye”
“aku bukan tak nak balik tapi ‘buzy’ sangat la Ira..kat KL tu ko tahu la semua org nak kejar masa untuk cari duit. Lagipunkan aku ni doktor. S etiap hari mesti je ada pesakit..Tak menang tangan dibuatnya..Ko bayangkanlah setiap hari aku mengadap pesakit je, layan kerenah pesakit..Macam-macam aku kena buat..Tapi best la jugak dapat kepuasan bila rawat mereka” jelas Asyifa.
Adira yang hanya mampu mendengar cerita-cerita Asyifa. Adira menjadi pendengar yang setia kepada temannya itu. Mereka pernah berjanji untuk menjadi doktor dan merawat pesakit bersama-sama. Namun Adira terpaksa melupakan hasratnya kerana dia perlu menjaga adik-adiknya selepas pemergian kedua-dua orang tuanya. Sejak itu, mereka jarang bertemu kerana Asyifa sibuk dengan tugasannya.
“Ko apa khabar? Sihat? Kenapa aku tgk ko makin kurus je ni.. Ko diet ye” kata Asyifa sambil tersenyum.
“Ish tak ada la biasa je..ko tu ha yang jarang balik tiba-tiba balik ni kenapa?” jawab Adira yang cuba menepis tomahan yang dilontarkan Asyifa..
“Aku balik pun bukan apa.. Aku rindu sangat kat kampung aku ni lebih-lebih lagi aku rindu sangat kat budak sorang ni” jelas asyira sambil mencubit pipi tembam Adira..
“Adoi sakit la..Aku bukan budak-budak laaaaaa....” kata adira lalu meronta untuk dilepaskan pipinya.
Walaupun sudah lama tidak bertemu mereka masih semesra dan rapat macam dulu. Apabila Asyifa balik kampung rumah pertama yang dia akan pergi ialah rumh Adira kerana mereka sering kali bertukar-tukar cerita. Adakalanya, seharian Asyifa duduk di rumah Adira semata-mata ingin mengetahui perkembangan sahabat baiknya itu.
“Apa yang bising sgt ni kak long” tanya Atira sebaik sahaja mendengar suasana bising di luar rumah.
“Oh kak Syifa rupanya ingatkn siapalah tadi. Dah lama kak syifa sampai?” tanya Atira lalu menyalami Asyifa.
“Baru je. Eh dah lewat petang ni. Ira aku blik dlu ye. Nanti apa2 hal contact aku ye. Atira kak Asyifa blik dulu ye. Assalamualaikum.” Asyifa meminta diri lalu dia memboloskan diri di dalam kereta myvinya.
“Waalaikumsalam” serentak Adira dan Atira menjawab.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Aman berjaya memperolehi keputusan SPM yang cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di Malaysia iaitu Universiti Sains Malaya..manakala Atira pula mendapat 9A dalam PMR dan menyambung pengajiannya di Maktab Rendah Sains Mara. Aman berhasrat ingin meneruskan cita-cita kak longnya untuk menjadi seorang doktor yang mampu merawat dan menolong orang ramai.
Adira tersenyum puas melihat adik-adiknya berjaya. Dia telah melaksanakan tanggungjawab dengn sebaik mungkin dalam mendidik adik-adiknya menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat. Adira sangat berharap sebelum dia menutup mata buat selama- lamanya dia sempat melihat kerjayaan adik-adiknya.
Seperti hari-hari biasa Adira akan hantar nasi lemak dan kuih2 di gerai Pak Karim.. seawal 6 pagi lagi Adira sudah berada di gerai Pak Karim. Di situlah tempat dia menjualkan semua kuih muih dan nasi lemaknya.
“Pak Karim, nasi lemak dan kuih ni saya letak kat sini ye…” beritahu Adira sambil meletakkan kuih-muih dan nasi lemak di atas meja.
“Okey. Okey..Hari ni kuih dan nasi lemak kamu buat berapa?” tanya Pak Karim
” Kuih saya buat 3 jenis sahaja. Semuanya 150 biji je. Nasi lemak pulak 50 bungkus sahaja. Saya minta maaf sangat-sangat Pak Karim. Hari ni saya buat sikit sahaja sebab saya kurang sihatlah Pak Karim” jelas Adira
”Iye ke...kamu sakit ape ira?” tanya pak karim
Walaupun Pak Karim tiada hubungan sedarah dengan Adira tetapi dia sering mengambil berat kepada adik-beradik Adira termasuklah Adira sendiri. Pak Karim sudah menganggap mereka semua macam anak-anaknya sendiri lebih-lebih lagi semua anak-anaknya jauh di rantau orang.
”Biasalah Pak Karim penat sikit. Tak cukup tidur malam tadi. Okay la Pak Karim saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum.” Adira minta diri dahulu takut dia akan ketinggalan bas untuk pergi bekerja di sebuah kilang.
Sudah menghantar kuih dan nasi lemak Adira terus menuju ke perhentian bas. Dia meneruskan rutin hariannya sebagai seorang pekerja kilang di sebuah kilang elektronik untuk menambahkan lagi pendapatan keluarganya. Dia tahu tahun ni kedua-dua adiknya memerlukan duit yang banyak. Lagi-lagi Aman yang belajar di sebuah universiti. Sudah tentu Aman perlukan duit yang banyak untuk membeli barang keperluan dan buku-buku rujukan. Dia faham benar jika masuk universiti perlukan duit kerana dia pernah menjadi sebahagian pelajar universiti juga tetapi terpaksa ditamatkan pengajiannya atas sebab-sebab tertentu.
“Awal kamu sampai Adira” sapa Mak Jiah
“Tak adalah awal sangat Mak Jiah ni. Tadi saya hantar kuih. Lagipun hari ni Pak Karim nak awal sikit kuihnya. Itu la saya hantar awal tu” jelas Adira.
“Mak Jiah tengok kamu ni kuat sungguh kerja. Kamu tak penat ke Adira oi. Siang kamu kerja. Malam kamu buat kuih. Mak jiah bukan apa.. Mak Jiah risau je kesihatan kamu tu ha. Tengok muka kamu tu dah pucat” terang Mak Jiah.
“Ala Mak Jiah biasa la. Tak ada apa-apa la. Saya okey je. Tengok ni saya sihat je.” jawab Adira sambil senyum sampai nampak lesu pipitnya.
“Eh! bas dah sampai tu. Jom. Jom. Jom” ajak Mak Jiah sebaik sahaja melihat bas kilang berhenti di hadapan mereka.
Di dalam bas Adira hanya mendiamkan diri walaupun suasana dalam bas agak bingit dengan celoteh rakan-rakannya…
“Ko ni kenapa Ira” sapa Rina teman sekerjanya..
“tak ada apa-apalah.” jawab Adira
“Betul ni aku tengok muka ko pucat je. Ko okey tak ni” tanya Rina
Rina sering mengambil berat tentang Adira kerana dia begitu menyayangi Adira macam adiknya sendiri. Perwatakan Adira yang periang disenangi majikan dan teman sekerjanya termasuk Rina.
“Tak ada  pape la cuma pening kepala sikit je” jawab Adira dan cuba menepis kata-kata Rina.
“Aku tengok lain sangat ko hari ni. Selalunya ko la yang banyak cakap macam keretaapi tak berhenti. Tapi hari ni ko la paling diam macam batu.” jelas rina
“Betul aku tak ada apa-apa. Malam tadi kurang tidur la agaknya ni.” jawab Adira
“Okey, nanti kalau ada apa-apa bagi tahu aku ye” kata Rina
“Hrmm okey la. Aku tak ada apa-apa la tak payah la risau. Aku sihat je.” kata Adira
----------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti hari-hari biasa Adira meneruskan rutin hariannya sebagai pekerja kilang. Adira mengangkat barang yang baru dikeluarkannya daripada stor. Tiba-tiba Adira rasa pening yang amat sangat dan pemandangannya agak kabur dan gelap. Barang-barang ditangan Adira jatuh bertaburan di lantai dan Adira jatuh rebah lalu pengsan.Sepi.
“Ya Allah. Iraaaaaaaaa!!!!” jerit rina sebaik sahaja mendengar barang yang diangkat oleh Adira jatuh. Lalu menghampiri Adira.
”Ira.. bangun Ira..bangun...” Rina sangat panik.
”Tolong!!!!!!!!!” teriak Rina.
Semua staff-staff  berkerumun sebaik sahaja mendengar jeritan Rina dan melihat apa yang berlaku. En. Faris selaku pengurus besar kilang itu juga tidak ketinggalan menyaksikan apa yang sudah terjadi. Keadaan menjadi huru-hara. En. Faris dan staff lelaki yang lain segera mengangkat adira masuk ke dalam kereta toyota camry milik En. Faris dan diikuti oleh Rina.
”Doktor!!!!!! Tolong...” jerit Rina setiba di hospital.
Setibanya di hospital Adira terus dimasukkan ke dalam bilik kecemasan. Sementara itu, En. Faris cuba menghubungi keluarga Adira tapi gagal dihubungi. Lalu En. Faris menghubungi Rina kerana Rina sahaja yang rapat dengan Adira. Semua masalah mereka sering kongsi bersama tapi masalah kesihatan dirinya sahaja dia tak cerita pada Rina. Rina cuba menghubungi Aman berulang kali untuk memberitahu apa yang telah berlaku pada Adira. Akhirnya talian dapat disambungkan terus kepada Aman. Rina memberitahu keadaan Adira dan memutuskan talian.
Lampu di pintu bilik kecemasan masih menyala. Rina kelihatan agak gelisah dan tidak senang duduk. Kejap duduk dan kejap bangun.
” Rina bawa bertenang jangan la macam ni. Cuba awak duduk dulu dan tenangkan fikiran” nasihat En. Faris apabila melihat kegelisahan Rina.
Rina hanya mampu tersenyum hambar dan duduk di kerusi yang berhampiran. Hampir 4 jam Adira dimasukkan di dalam bilik kecemasan dan tidak ada sebarang petanda operasi akan selesai. Rina difahamkan operasi ke atas Adira ini bukan calang-calang doktor yang mengetuai operasi.
”Kak Rina. Macam mana keadaan kakak saya?” tanya Aman sebaik sahaja tiba di hospital.
”Ye kak Rina, macam mana keadaan kakak kami?” sampuk Atira dengan tangisan.
”Akak pun tak tahu dik. Dah 4 jam Ira kat dalam tu. Tadi kat kilang tiba-tiba je Ira pengsan.” jelas Rina.
Tangisan Atira semakin kedengaran. Aman cuba menyenteramkan adiknya. Walaupun perit untuk menelan semua ini, Aman perlu tabah untuk menangani masalah yang melandanya ini. Dia harus kuat dan bagi semagat kepada adiknya supaya tidak mudah lemah dengan dugaan daripada Allah Yang Maha Kuasa.
”Assalamualaikum. Aman,Atira macam mana dengan kakak?” tanya Asyifa.
”Waalaikumsalam.” Semua serentak menjawab salam.
Atira yang dari tadi duduk di bangku yang disediakan dalam hospital itu terus memeluk Asyifa.
”Kakak...” itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh Atira.
Lampu di pintu wad kecemasan telah ditutup. Lalu pintu bilik kecemasan dibuka dan doktor yang merawat adira selama 5 jam pun keluar. Aman dan Atira terus menerpa ke arah doktor yang merawat Adira.
“Doc, macam mana dengan kakak saya?” Tanya Atira kepada doktor.
“Alhamdulillah kakak kamu dapat diselamatkan tapi…”
”Tapi apa Doc?” celah Aman yang tak sabar menanti jawapan doktor.
“Tapi, penyakitnya akan menyerangnya bila-bila masa sahaja” terang doktor.
”Sebenarnya apa penyakit kakak saya Doc?” tanya Amin untuk kepastian
”Kak long ada penyakit barah otak tahap 4. Kak long ada jumpa Kak Syifa untuk mendapat rawatan. Kak Syifa dah suruh dia buat pembedahan masa di peringkat awal lagi tapi dia tak nak. Dia takut korang berdua tahu. Dia tak nak korang risau pasal kesihatan dia. Dia suruh Kak Syifa rahsiakan semua ni daripada korang berdua. Kak Syifa minta maaf pada korang sebab tak bagi tahu korang. Kak Syifa minta maaf sekali lagi.” penerangan yang panjang lebar daripada Asyira membuat semua orang terdiam dan terpaku.
Air jernih di mata Atira jatuh berguguran kerana tidak dapat menahan sebak sejurus mendengar penerangan Asyifa.
”tak mungkin!! Kak Syifa tipukan. Kak Long baik-baik je kan. Kak Syifa tolong beritahu kitorang yang kak Syifa tipu kami semua. Kak Syifa tolonglah...” Atira tidak dapat menerima kenyataan.
”Tidak Atira. Semua ni benar. Kak Syifa tak tipu. Atira kena terima ketentuan Allah. Atira kena kuat.” jelas Asyifa.
”Doc, betul ke semua ni?” tanya Atira kepada doktor kerana tidak puas hati dengan jawapan Asyifa.
Doktor hanya mampu mengangguk.
”tak mungkin!” jerit Atira
” Atira.. istighfar dik. Ingat Allah. Mungkin ini ujian untuk kita dik.” Aman menyenteramkan adiknya.
”Adira ingin bertemu dengan adik-adiknya” beritahu doktor.
“ye saya adiknya” jawab Aman.
Pintu bilik dibuka lalu Aman dan Atira menerpa ke arah Adira yang dalam keadaan terbaring di atas katil.
“Kak Long…” Atira terus memeluk Adira seerat-eratnya seperti tidak mahu dilepaskan.
“Atira jangan la macam ni kesian la Kak Long” Aman menasihatkan adiknya.
 ”Atira tak nak Kak Long pergi” jawab Atira
“Ishh.. Atira ni kenapa cakap macam tu. Kak Long tak pergi mana-mana pun” jelas Aman.
Adira hanya tersenyum melihat gelagat adik-adiknya. Dia rasa puas dengan apa yang dia telah dilakukan dalam mendidik adik-adiknya.
“Kak.. Long bang..ga dengan adik ad…dik Kak Long..A…aman..ja..gaa Ati..ra baik- ba..ik..Aman te..russskann cit..ta Man tu….” kata Adira.
Adira susah untuk menyebut ayat dan terpaksa menyebut sebutir-sebutir kerana penafasannya tidak stabil.
“Kak Long jangan la cakap macam ni..kak long rehat la dulu. Doktor tak kasi Kak Long cakap sangat.” Kata Aman dengan juraian air mata.
Air matanya yang selama ini ditahan supaya tidak gugur akhirnya gugur jua dihadapan kak Long dan adiknya.
“nak adiik kakk long ber..jaaaaaa yaa..kak long ra..sa.. kak long dah lak..sanakan tu..gas kak long…kak long min..ta maaf kak long tak da..pat.. tengok Man da..pat men..ja..di dok..tooor.. Ta…pi kamu kena te..ruskan. Kak Long sa..yang adik- adik Kak..Longgggg….” luahan terakhir Adira.
Tiba-tiba Adira merasa susah nak bernafas. Aman yang melihat perubahan pada diri Adira segera mendapatkan doktor.
“Kak Long….Kak Long….doktor…kakak saya doktor…”jerit Atira.
“Kak Long. Mengucap Kak Long.” kata Atira
"                                                                                "
Atira mengajar Adira mengucap dua kalimah syahadah.      

Atira melihat mesin kesan nadi menunjukkan semakin lama semakin mendatar. Perasaan Atira tidak tenteram kerana  dia takut bakal kehilangan kakak yang tersayang. Aman terus keluar untuk mendapatkan doktor. Aman berharap sangat kakaknya akan selamat walaupun dia tahu harapan untuk hidup kakaknya amat tipis. Dia dapat melihat melalui mesin kesan nadi itu. Aman sudah pandai membaca alat itu semenjak dia melanjutkan pelajaran di Universiti.
Doktor segera masuk ke bilik yang telah ditempatkan untuk Adira.
“Maaf cik. Cik diminta keluar dari bilik ini” beritahu doktor kepada Aman dan Atira.
Aman dan Atira akur.
Setelah satu jam berlalu, pintu bilik kecemasan dibuka.
”Doc, kakak saya macam mana?” Tanya Aman dengan nada sedih.
Doktor hanya mampu menggeleng.
“Maaf. Kami sudah semaksima mungkin berusaha menyelamatkan kakak awak tapi Allah lebih menyayanginya. Takziah saya ucapkan” jawab doktor dan berlalu dari situ.
Atira yang sejak tadi diam membisu tidak dapat menahan sebak dan menagis teresak-esak tak dapat bendung perasaan itu lagi.
“Kak Long, Atira sayang Kak Long………”luahan Atira.
AL-FATIHAH………..

Hak Cipta Terpelihara oleh Siti Solehah 2011

keputusan yg kupilih....

Assalamualaikum W.R.T
wahhhhhhh  rndu glerrrrr nk update blog
bkn sbb ape sejak kebelakangan ni sbuk sgt
nk bkak blog ada jee halangan...
perrhhh halangan ke??tettttttttttttttttttt
hehehehehehehhe~~
dh bpe hari ea leha xupdate blog??
hrrrrmmmmmmmmmmm....
lama gak la kn kn..
hihihiihi
sebenarnya dlm masa itu leha tgh pk hala tuju hidup
leha selepas result SPM...
alhamdulillah result spm leha okay okay je....
pk pnya pk akhirnya leha memutuskan masuk form6
knpe ye law msuk f6 org akan pndang serong??
salah ke??? x salah kn??
leha rasa sronok sgt msuk f6...
sbbnya 
1   : dpt rasa mcm pelajar lg...(rasa muda lg)hihihih
2   : sbjeknya ada 5 je dlm 3 semesta berbanding diploma satu sem ad 6 sbjek
3   : dpt duduk uma ag..hihihihihi
4   : dpt ramai girl friend n boy friend....(jgn pk bkn2 ye)
5   : dpt biasiswa law diploma xdpt biasiswa tp kena pnjam PTPTN
6   : tak payah pk hari ni nk pkai bju apa sbb f6 setiap hari pkai bju skolh
7   : dpt g sklh naik moto lg....hihihii
8   : aktivitinya sgt2 menarik
9   : cikgu2 nya sgt2 best
10 : dpt plih sendiri sbjek pe yg kita minat.....
tu bru sikit...sbnarnya byk lagi....hihihihihi