Thursday

GiLer puNyEr oRaNg "marikh"!


Assalamualaikum...
diari utk hari ni...hmmm
sgt2 menduka cita...huhu


hari ni je 4 kali kot nangis kt sekolah...
semuanya gara-gara LELAKI!
opppssss jgn fikir bukan2...
azman! ya, AZMAN...


aku benci kau!!!!!!
kenapa kau kacau my life?
hmmm kerja kau pekerja kontrak kt sklh


so, buatla kerja kau!
jgn la nk kacau hidup saya!
tolong jgn ganggu org lain!
kalau ada gmbar kau dah lama upload

and tulis WANTED!!!!
biar padan muka kau..
tak padan dgn umo,
ada hati nk kacau...

hmmm leha, sabar leha.. :)
tak le nk sabar kot...

sabar tu kan separuh daripada iman...
hmmm baiklaaaa....
hari ni ada perlawanan softball 
peringkat daerah kt sekolah
so, kitorg jd la urusetia bhgian mknn..
hmm dia pun, sibuk je dtg kt tmpt ktrg...
asyraf pun satu, (eh mmg la dia satu) ok x lawak pun..
dia pergi bangun dari kerusi sebelah saya buat apa.

kan org "marikh" tu duduk kt sblh leha...
apa lagi dgn sedaya upaya leha lari ke dlm kelas.


igtkn smpai situ je, tp time leha khusuk baca buku "inifinity"
dia duduk kt blkg leha, buat apa leha tak tahu...

tetiba leha toleh dia baru lari. terus leha duduk kt bawah meja...
nangis sepuas-puasnya. abg ayub pulak amik2 gmbar..hmm pape tah...

time kt dlm kelas 6A1 pulak. tgh sembang2 tetiba cikgu lokman ckp 
"azman suka ko soleha" 
apa lagi terus je air mata ni keluar < ehh bukan nangis sbb gembira tau>

sbb aku benci statement tu!!!
tersedu-sedu kot...
sampai sekarang rasa lebam kot mata ni sbb byk nangis....

mungkin esok mata ni akan ada ketumbit...huhuhu
time nk balik pulak...
duduk la kt kantin sbb baru hantar meja kantin...
tetiba iwan dtg ckp " azman mintak maaf" 
fuhhh lantak kau la...
semua tinggalkan leha sorang2 kt kantin..


 tp dr jauh leha nampak azman ckp sesuatu dgn nad...
tetiba leha dgr nama leha dipanggil...

cikgu lokman panggil dr keretanya, so, leha pergi la kt kereta ckgu
tanya kenapa? ckgu ckp kamu okay tak..

saya hantar kamu...
ha??? dup dap dup dap
tak apa la ckgu saya bawa moto...


"saya hantar kamu kat depan la kalau kamu takut dgn dia tu"
oh hmm tak apa la saya jalan dgn diorang...
sampai kat persinmpangan nk ke tmpt moto (belakang pejabat)
nampak dia kt kawasan moto!!!


ohh tidak! sekali lagi nangis!
kenapa dia mesti ada kt situ?!
tunggu punya tunggu dia berambus jugak dari situ...
ALHAMDULILLAH....

Tuesday

tAnGaN yg GaTaL

kenapa tangan ni gatal sgt taip nama dia...
kan hati dah terasa sakit...hmmm
argggggggghhhhhhh...

Wednesday

riNdu saNgaT

tetiba hari ni leha teringatkan arwah tokwan dan tok belah abah dgn tok belah mak leha...rasa mcm baru semalam leha dgr cite2 tokwan...tokwan selalu cerita kat leha ngn abg n kakak leha...sume cite2 nya best sgt... cerita pasal kenapa tokwan berhijrah ke selangor..cerita pasal zaman persekolahan tokwan..cite pasal zaman kanak2..hrmm rindu sgt nk dgr ceritanya lagi....teringat leha time tokwan cerita pasal mcm mna tokwan g sklh.... tokwan ckp law kasut sekolah kotor ckgu xkc msuk kls...jd, tokwan jalan meredah hutan utk g sklh buka kasut la....lagi satu tokwan cerita memandangkan tokwan sejak lahir kidal cikgu sekolah tokwan marah tokwan sebab menulis tgn kiri...tu la tokwan boleh tulis guna dua-dua belah tgn...tp skrg leha xdpt dgr cerita2 dr tokwan lagi...tokwan menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 2 ogos 2007...sebulan selepas arwah tok meninggal iaitu 6 julai 2007...tok meninggal sbb ada kanser di leher...kalau arwah tokwan pula sesak nafas dalam bilik air...time tu leha form 2...tgh dok buat folio sejarah keluarga...seminggu sebelum tokwan pergi leha dpt byk pengetahuan mengenai salasilah keluarga leha...leha dpt smpai moyang tokwan...alhamdulillah...
tok(nenek) belah mak pula pergi ketika leha form 4..time tu leha on the way nk g melaka...rombongan sekolah anjuran unit agama Islam sklh leha...leha nangis sepuas-puasnya di dalam bas..
tapi ketika di sana leha tak enjoy sgt dgn aktiviti di sana..hmm AL- FATIHAH...

kEkHiLaFaNku

kenapa aku on fb je ada muka dia?
Ya ALLAH dugaan apa lagi yg kau berikan kpd aku ni
kenapa aku sukar melupakan dirinya??
aku cinta kepadanya??
Ya Allah berikan la kekuatan kpd hamba MU ini...
kenapa dia tinggalkan aku terkapai-kapai 
\sedangkan dalam masa yg sama dia sering
melafazkan kata-kata cinta...
Ya Allah, resah hati ini memikirkannya...
bantu la hambaMu ini
tenangkan hidup aku drpd perkara-perkara begini...
jika dia bukan milik ku lagi, lapangkan la dada ku ini...
aku terlalu merana kehilangan dia..
Ya Allah...tlg berikan kekuatan dalam hidupku ni...
tahun ni aku bakal duduki STPM...
permudahkan la aku menerima ilmu tanpa gangguan ini Ya Allah..
aku mohon Ya Allah..
aku tak mampu harungi hidup ini 
tanpa bantuanMu ya Allah...
aku khilaf dgn segala perbuatanku dahulu...
kenapa terlalu sukar aku melupakan dia ya Allah...
bagaimana aku mahu melupakan dia Ya Allah...
kenapa perasaan ini lain drpd perasaan semasa 
aku putuskan cinta yg terdahulu...
kenapa sukar sangat...
kenapa ada sahaja perkara yg paling aku takuti berlaku...
kenapa semua lelaki sama sahaja.. TAK SETIA yang satu??
aku tak tahu mcm mana sekarang perasaan aku..
sedih+resah+kecewa+benci
semua bersatu menjadi satu...
kenapa ia berlaku saat aku mahu amik exam yg besar..
sbgai contoh time SPM, aku telah menimpa musibah yg sgt\
berat..maaf tak boleh diceritakan hanya tarikh kejadian mampu dinyatakan iaitu
18 November 2010 
empat hari sebelum SPM..
saat itu aku pernah terfikir sehingga mahu bunuh diri..
selama seminggu aku tak lalu menjamah apa-apa makanan
walaupun dipanggil beberapa kali oleh kakak, emak dan abah..
aku telah hancurkan harapan ibu bapa...
aku telah menconteng arang ke muka ibu bapa ku..
aku telah mencemarkan nama baik keluarga
aku telah melakukan banyak dosa...
aku telah melakukan perbuatan yang tak mampu dimaafkan oleh aku sendiri...
aku telah melakukan kekhilafan yang sangat besar..
aku berdosa..
maka sebab itu aku tak mampu untuk memiliki cinta lagi...
cinta kepada Allah pasti akan kekal 
dan mungkin tidak akan sakit hati sebegini...
aku ingin berubah menjadi sebaik namaku
SITI SOLEHAH


PenYiBuK!!


kenapa semua orang sibuk sgt pasal aku??????
aku ada kacau periuk belanga diorang ke??


bencinya!!!!!!!!!!!!!!!!
kalau aku clash or couple pun korang peduli apa??
dah tak ada jodoh!!!!!!
bukan salah aku pun nk clash...


tolong la jgn buat aku mcm ni...
"leha, ko couple dgn F**** ke?"
lantak aku la nk couple dgn sapa pun...
kenapa? dia tu abang kau ke?
kalau tu abg kau..maaf ye adik IPARKU~~
benci dgn org yg sibuk nk amik tahu pasal org ni...
" Leha, ko dh clash dgn F**** ke?"
ehh, lantak aku la aku nk clash ke apa?

kenapa? kau nk buat kenduri kesyukuran ke??
ehhh plezzzzzzzz la...
stop boleh tak???
"kenapa ko clash dah?"
ehhh tolong laaaaaaaaa..
perlu ke aku bg tahu sbb aku clash kt kau???
ehh udah2 la nk citer pasal aku tu..
yang dh lepas biar la lepas
lantak aku la nk buat apa pun dlm hidup aku ni!!!
"leha, betul ke kau pulangkan balik novel tu?, kenapa?"
ehh wajib sgt ke aku jawab semua soalan2 yang tak ada sedikit pun 
masuk dalam exam STPM 2012???
tak ada kan. so????
"eh leha, kau tahu tak a**i dah kahwin..
ehh, biar la, dh jodoh dia nk kahwin..
bukan laki aku pun!!
kenapa semua org nk amik tahu dunia aku ni???
btw, aku nk ucap kan selamat pengantin baru kepada dia..
semoga hidup berkekalan hingga ke akhir hayat... AMIN..

pasal semua ni la aku xle fokus dlm kelas tadi!!
semua mood aku spoil...
aku nk hidup aman boleh tak???????
tolong laaaaa aku mohon...
stop about this..
aku penat nk tangisi lagi 
sape kata aku tak sayang kt dia..
sbb terlalu syg la aku terpaksa biarkan dia pergi...
cukup la aku menangis hampir setiap malam...
org ckp dia SETIA..
hmm yeke?? tertanya tanya aku benarkah dia SETIA??
kalau dia setia sgt knp mesti ada org lain dlm hidup dia??
semua ni salah aku ke?
pernah dengar tak pepatah inggeris mengatakan
don't judge a book by its cover
mungkin ramai sudah perasan aku tak la sehappy mcm mula2 diorang kenal aku...
"happy-go-lucky"
susah kot nk sehappy dahulu...
aku benci lelaki2 zaman sekarang ni...
semua kata-katanya hanya dusta belaka...
BENCI!!!!!!!!!!!!!!!1
*******************************************
YA ALLAH
kuatkan la hambaMu ini drpd dugaan yg melanda...
hambaMu ini sgt hina disisiMu Ya Allah..
permudahkan la perjalanan hidupku..
Kau jauhkan la aku drpd hasad dengki,dendam...
pulangkan la kembali kecerian hidup ku Ya Allah...
aku mohon Ya Allah
Kau tabah kan la aku...

Sunday

motivasikan diri solehah...

Assalamualaikum...



Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas beteri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
SELAMAT MENCUBA..
SELAMAT BERAMAL…
sumber dari: gaya KAUNSELOR 



banyak lagi ayat2 motivasi antaranya :
http://www.ugmc.bizland.com/ak-yakindiri.html
http://www.macam-2.com/2010/02/12-kata-kata-motivasi-yang-memperkasa.html

http://mycaunselor.com/?cat=23

LuaHaN HaTi kotTt...

assalamualaikum....
saya nk mintak maaf byk2.. setiap hari saya terfikir kenapa awak dah tak msg saya.. mintak maaf sgt2..mungkin saya ada buat silap kan.. mungkin salah saya sbb tak memahami kesibukan awak.. saya byk buat salah kan.. saya tahu awk dh tak nk kwn dgn saya kan.. thanks sbb pernah jadi sebahagian kawan dalam hidup saya...sorry sekali lagi.. dulu saya pernah ckp dah kan perangai saya sukar difahami..salah saya jugak kan.. mungkin dah tiada ruang utk saya dihati awak kan.. thanks for everthing...


"if you love something, let it go.if it comes back to you, its yours forever. if it doesnt, then it was never meant to be."


kata-kata awak tu akan saya simpan sampai mati...
sbb saya sayang awak la saya sanggup biarkan awak pergi dan menanti apa yang tak mungkin berlaku kembali...

mungkin semua ni terjadi sbb masalah silam saya.

mungkin Allah membalas perbuatan saya yang terkutuk dilakukan oleh saya dahulu itu...

mungkin selepas ini saya tak boleh jadi kawan awak sbb saya takut nk lalui semua ini.

mulai hari ini saya buang segala-galanya tentang awak dlm hidup saya...
maaf kan saya, saya terpaksa delete number phone awak, picture kartun dan awak yang pernah awak berikan...
saya terpaksa buat begini...saya tak sanggup nk hadapi semua ini...
hidup ini amat perit jika perkara yg kita impikan tak menjadi...
maafkan saya.. saya selalu tgk wall fb awak...sebelum saya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan ini. Ya! memang saya sgt cemburu.. sgt kuat cemburu!
mungkin Allah mahu sekali lagi uji saya dalam bulan march ni. 

tahun lepas pun dalam bulan ni pun saya memutuskan perhubungan cinta...
walaupun awak pernah hadir dalam hidup saya dan pernah mewarnai hidup saya, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk melupakan awak meskipun payah dan perit utk ditelan.
maaf sekiranya saya menceritakan kisah kita di dalam blog... 

dulu saya pernah ckp kat awak belog ni ialah tempat saya meluahkan perasaan tetapi selepas awak hadir dalam hidup saya dah janji dgn awak takkan update blog sbb awak ialah tmpat luahan saya yang paling memahami saya..
tapi bila awak dah tiada, saya tiada tempat nk luahkan perasaan lagi...
saya sedar saya tak sempurna utk menyempurnai hidup awak...
kata-kata awak selama ni hanya TIPU kan...
mungkin itu salah satu faktornya saya tak dpt terima awak waima sebagai kawan...

maafkan saya jika awak terbaca entry ini...
bukan saya benci awak, TAPI saya tak boleh nk terima!!!

31 MARCH-1 APRIL 2012
tarikh yg saya akan igt sampai bila-bila...
maafkan saya jika entry ini menganggu awak!
thanks sekali lagi sbb pernah mewarnai hidup saya..
saya janji saya akan pulangkan semula novel yg pernah awak bagi dahulu..

bukan sbb saya nk membuang terus dlm hidup saya tapi saya tak nk berhutang budi dgn awak.
saya tak sanggup melihat novel tu ada di dalam rumah saya... maafkan saya...

maafkan saya jika jalan yang saya pilih ini menyakiti hati awak...