Friday

kAWaN yAnG sEnGaL

saya ada sahabat...

saya ada seorang sahabat yang cukup sengal...
memang boleh jadi sewel layan dia..
sakit hati pun ada, 
nama dia MUHAMMAD AZREEN BIN MASRUN
kadang-kadang malas nak layan kesengalan dia. hahaha
apa-apa pun dia banyak bantu saya dalam 
menyelesaikan masalah yang saya hadapi.. 
macam form 5, dia banyak bagi kata-kata semangat.
thanks bro!
kesengalan kau tu kadang-kadang memgembirakan hidup saya.
walaupun darjah 6 baru kau masuk sekolah sini tapi
kau memang sering menggilakan saya...
hahaha
dulu time darjah 6 semua orang panggil kau MANGGIS
sebab kepala kau bulat macam manggis.
dan kegarangan kau masa tu banyak menakutkan semua orang.
dan tak ada siapa kawan perempuan yang berani tegur kau.
hahahaha bila org panggil kau manggis kau diam je.
okay, lepas darjah 6 lost contact.
sebab kau sekolah munsyi...
then bila ima pindah SDM.
ima, ada tanya pasal kau.
okay, dari situ. 
dapat berhubung dgn kau.
lost contact pun tapi selalu nampak kau lalu depan rumah.
dah 1 kampung kan.
jalan kaki sampai rumah kau.
hahahaha
kalau kenduri selalu nampak kau di bahagian basuh pinggan.
memang padan dgn kau! hahaha
kalau hazim pulak mesti bahagian angkat makanan. 
memang sesuai la kerja korang berdua ni..hahaha~~~ 
*gelak jahat..
kau selalu jadi pendengar yang setia bila kte ada masalah.
masalah kawan..
masalah diri
masalah sekolah...
thanks kawan!
biar pun saya selalu cakap kau giler, sewel dan lain-lain 
kau tetap tolong saya kan. hahaha
ni la namanya sahabat.
biarpun susah mahupun senang mesti ada untuk sahabatnya.
yang paling gilernya, time tunggu result SPM,
saya dgn kakak2 saya berniaga di depan rumah.
kau la customer pertama kita orang.  
kau beli ABC..
pastu malamnya kau mesej. 
kau complain macam-macam.
tak guna punya kawan! hahahaha
yang paling bestnya. kau selalu share topup celcom bila tengah terdesak.
hahaha
thanks brooooo!



terima kasih kawan!
sebab jadi kawan paling GILER dalam hidup ini.

Wednesday

FB meNgEcEWaKaN...

masalah betul la facebook ni...
semua yang saya post hilang.
siapa yang pandai dok men'delete' post-post saya ni..?
hmm
tak apa la. malas nak post kat fb dah!
baik post kat twetter jer...
betul tina cakap
fb ni teruk.
sesuka hati je men'delete' post org.
see???
mana ada post-post yang telah saya post.
saya tak pernah delete pun!
bencinya dgn fb ni.
adoiiii....
dah sehabis zoom dah tu. 
tgk la mana ada post saya
mahupun kawan fb yg post...



Tuesday

suDaH 4 TaHuN.

setelah 4 tahun org tu tak wujud dalam hidup ni.
aleh-aleh, tadi on twitter
ternampak gambar seseorang
sekali tengok macam kenal.
macam pernah nampak!
dan pernah menyakitkan hati ini
tengok profil dia.
SAH!
memang dia pun.

hmmm
saya tak follow dia. dan tak akan follow pun walau apa pun yang berlaku.
dapat tengok pun dari twitter kawan dia.
kawan dia tu saya follow sebab dia kawan saya jugak time di PKNS Shah Alam.
okay
facebook dia? lagi la saya tak add. dan dah BLOCK pun! 
sebab saya sangat BENCI dia.
okay, dia orang giler!
bersyukur sangat dapat lupakan dia.
TERIMA KASIH ALLAH!



layan cerita ADAMDANHAWA... :)

Monday

PeNiNG KePaLa

budak pun pandai pening kepala

Pening kepala!!!
sebab- sebab pening kepala...

  • Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein.
  • Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.
  • Silau – keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.
  • Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya.
  • Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.
  • Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.

hmm ada la. beberapa faktor tu yang saya amalkan, hmm patut la pening kepala. okey,
tapi saya rasa silau dan rabun saya dah makin kritikal kot. sebab pakai cermin mata pun tak nampak lagi dan akan menyebabkan pening kepala. jalan keluarnya, buka cermin mata tak payah pakai! tapi tak nampak la. huhuhu susah jugak ye org rabun ni. hmmm


sumber: http://melayukini.net

No PiN uPu sAYa!

okay, gambar tiada kaitan! hehe
semalam ajak abah pergi sg besar pagi ni.
okay, abah diam je. 
pagi tadi, tengah syok tidur,
mak panggil : adik nak g sg besar tak?
of course la nak. nak beli no pin upu kan. 
*excited je lebih, macam la hari lain tak boleh kan. hehehe
saya ingatkan abah tak nak pergi. saya tidur je la. hihihi
sebab selalunya pagi abah busy, 
petangnya pulak takut saya boleh, ada hal.

okay, bangun, keluar daripada bilik. 
nampak bantal kat depan tv.
sambung tidur! hahahaha
tetiba, mak datang, mak marah. huhuhu sorry :-(
apa lagi terus bangun la, tapi duduk je la.
biasa la tengah mamai lagi kan.

okay, bangun pi amik baju semua
MANDI. huhuhu
dah mandi, siap semua pakai baju, tudung
pi start kereta. okay, tengok jam baru pukul 9.10 minit.
sempat kot on laptop. okay, on la laptop.
pastu tak sampai 10 minit abah balik,
dah jum pi sg besar.
okay, 'sleep'kan laptop, amik dompet terus masuk kereta.

dalam kereta pulak, 
cakap kat abah pi kedai fotostat dulu
nak fotostat ic.
*okay, buka dompet, cari dompet tak ada.
#cuak giler, 
abah, ic tertinggal...
saya dah agak dah respon abah pasti marah.
abah pun buat la "U-turn"
dalam perjalanan nak balik amik ic tu
dengar la abah marah. hmm sedih!
abah suruh pergi sendiri je. 
naik motor.
saya diamkan diri je la. huhu
nak cakap apa lagi, dah memang salah saya kan :-(
sampai rumah, abah suruh amik ic cepat 
*dalam hati saya senyum
sebab abah tak marah :-)
dan abah yg akan bawa pergi sg besar.
saya tak payah la nak bawa motor merempit ke sg besar. hihihi
I LIKE! hihihi muah!!!!

sampai sg besar, pergi cuci gambar
untuk amik lesen kereta nanti.
hmm okay, guna duit sendiri. 
segan nak mintak kat mak dgn abah. hihihi *konon!
then, abah nak pi bank MAYBANK 
tapi tak ada parking. 
pi BSN pulak tak ada parking jugak.
abah turunkan saya dgn kakak
kat BSN nak beli no pin.
abah dengan mak pi MAYBANK.
okay, amik tiket giliran. tengok no yg ke 1066
padahal masa tu dah no 1024. 
lama lagi ti dalam 42 orang lagi. hmm 
tengok kaunter buka satu je. 
dalam hati, pukul berapa la nak habis ni. hmmm 
org bank banyak tapi buka kaunter satu je. apa pun tak boleh.
pastu pi kat polis yg jaga kat bank tu mintak borang deposit.
polis tu : nak apa?
me : nak borang deposit.
polis tu : untuk apa?
me : nak beli no pin upu.
polis tu: no pin upu SPM?
me: tak STP...
banyak betul dia tanya hmm. ingat hensem sangat ke? okay!
*SPM?? saya ni nampak budak lepasan SPM ke? 
wah mudanya saya. hahaha *perasan 
#debush!!!! tumbuk muka sendiri. hahaha
tgk kerusi semua dah penuh. berdiri la jawabnya.
okay. 
bila tiket giliran dah ke 1036 baru buka kaunter satu lagi.
tengok kat sebelah ada 3 budak pegang borang deposit jugak.
mesti dia nak beli no pin upu jugak.
okay, sorang duak tu dah kat kaunter.
bila dia dah selesai,
kakak kaunter tu cakap siapa yang nak beli no pin upu ke sini.
okay, dua orang budak lagi pergi kat kaunter satu.
lepas selesai urusan diaorang
saya pulak.
okay, RM 15.60 tau harga no pin upu utk lepasan STPM
mahal jugak, time form5  RM11.60 je.
okay, naik la dalam RM4.00

sampai rumah dalam 11.20 minit pagi. tak sabar ni nak isi borang upu
tapi permohonan buka pukul 12.00 tgh hari.
okay, tunggu punya tunggu bosan.
on facebook, twitter. 
on fb nk main game.

on twitter, twett la something. hahaha


bosan tahap petala kelapan!
okay, mak pun panggil suruh hidupkan api kat luar rumah nak panggang ikan
okay, buat la sampai berjaya.
kakak datang, suruh dia handle. hahaha
saya lari! tak tahan bau asapnya.
 okay masuk rumah on komputer untuk buat permohonan upu.
nak buat kat laptop tak boleh sebab nanti kena print. 
laptop tak install lagi software printer.
on computer, cucuk broadband.
connect!
seacrh google
taip upu.
klik link untuk permohonan lepasan STPM
masukkan la no ic, no ID, nama ibu, kata laluan.
first, isi maklumat peribadi.
seconds, isi maklumat family
third, akademik
fourth, kokurikulum
fifth, pilih course.
okay nak pilih course ni la saya lemah, tak tahu nak pilih apa. okay tutup komputer
nanti bila-bila pergi sekolah mintak pendapat ustaz  kaunseling la..

okay DONE!
bye-bye
ASSALAMUALAIKUM
dan 
SELAMAT PETANG!



saya nak gemuk!!!

MuNgKiN, sAya yaNg SaLaH


KAU TELAH PERGI...
Mungkin aku yang salah
Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Hanya untuk diriku
Mungkin aku yang salah tak menjagamu

Memang aku tak mampu
Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Selalu untuk diriku
Memang aku yang salah buatmu terluka

Jujur ku katakan ku masih mencintaimu
Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu
Walau dirimu kini bukan untukku lagi
Kau telah pergi

Kini kau telah terluka kau tak ingin lagi
Mencintaiku kerna ku menyakitimu
Kini kau bukan untuk diriku lagi

Jujur ku katakan ku masih mencintaimu
Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu
Walau dirimu kini bukan untukku lagi
Kau telah pergi

Sunday

oRaNg pLaNeT ZuHrAH


saya tension bila org Planet Zuhrah (PZ) asyik datang rumah je.
pastu tengok orang macam tak pernah tengok je!
geram sungguh!!!!!
macam tak ada rumah je dok merayap sokmo!
benci!
*eh lupa, tak boleh membenci org sgt. kelak dapat bala.
okay, saya tak berkenan sgt dia asyik dok bertenggek kat rumah cari mak saya.
okay, mula-mula datang jumpa mak dan abah
time tu saya pi sekolah. (kalau org Kedah ckp "pi ngaji") 
saya tak tahu pun kalau abah tak buka cerita. hmm
abah ckp ada org nk merisik. ha? GILER! tak percaya!
tanya kakak, kakak mengiyakan apa yg abah cakap.
okay, FINE!
tanya mak, mak cerita semuanya.
fuh, selamat mak tolak! bak kata omputih "REJECT"
saya tertanya-tanya siapa dia?
mak pun cakap la siapa dia!
okay, automatik saya gelarkan dia org PLANET ZUHRAH.
sebab dia tak sedar diri! 
hmm umur sebaya (30 tahun) dgn kakak sulung saya ada hati nak...
bak kata org tua-tua 
"UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI DULU BARU NAK UKUR BADAN ORG LAIN"
*betul ke peribahasa saya ni. haha apa-apa je la. 
 mak cakap sebelum dia accident dia pemalu dan memang jarang sekali jejakkan kaki ke rumah ini. dan memang saya tak pernah nampak batang hidung dia waima basikal dia tu.
akibat daripada kemalangan itu, dia koma la jugak.
tempurung kepala dia pecah dan lumpuh...
org PZ ni saudara abah jugak KOT tapi saudara jauh la kot. 
sebab saya dengar dia panggil mak "MAK TAM"
akibat daripada kemalangan itu jugak dia putus tunang. 
mak cerita lagi; 
dia cerita kat mak, 
dulu mak tunang dia panggil dia OKB (ORANG KAYA BARU) kononnya la sebab dia kerja JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor)...
tapi sekarang mak tunang dia tu panggil dia OKU (ORANG KELAINAN UPAYA)
sbb tangan kiri dia kot tak boleh bergerak, KAKU! sbb accident tu.
siapa yang melihat dia akan jatuh kesian terhadapnya (bukan jatuh cinta taw!)
memang kesian sebab dia cakap pun tersekat-sekat.
tapi dia jadi ramah. semua org dia nak tegur.
bak kata kakak ipar saya; 
mungin akibat dia accident urat ramah dia bersambung kot.

okay, begini ceritanya berdasarkan cerita daripada mak;

org PZ ni pergi rumah jiran depan rumah saya ni. nak merisik anak dara. 
dia nak merisik yg umur 23 tahun tu tapi mak jiran saya cakap dia dah nak bertunang dgn org Kelantan.
pastu dia tanya si adik nya pulak (umur 19 tahun) mak jiran saya cakap lagi anak dia yg tu nak sambung belajar kat MELAKA (konon je la, tak betul pun)
then, mak jiran saya ni g tuju kat rumah saya.
sebenarnya dia tak kenal dan tak pernah nampak kewujudan kami adik beradik pun. sebab kami jarang keluar rumah. (anak dara tak elok merayau)
Datang rumah, tanya khabar. tanya anak Pak Tam ada berapa? yang belum kahwin berapa.
pastu keluarla hajat dia. abah dgn serta merta cakap anaknya tengah belajar. 

malam dari kejadian itu pulak, dia datang beri salam dgn kuatnya.
(masa tu saya duduk dalam bilik)
dgr la, apa yg kecoh-kecoh kat luar tu.
dia datang semata-mata nak tanya 
"mak tam, nama mamat sape?, tak elok nama mamat. mamat maksudnya MATI."
hek eleh? hey, ingat kami ni kuno sgt ke???? hoi hoi. (sabar solehah!)
mak  pun terangkan la nama abang saya tu. namanya MUHAMMAD. kami memang tak panggil dia mamat pun, tapi kami panggil dia bang chik. sebab dia anak yang keempat. 
TERDIAM terus dia. 
malam-malam buta datang semata-mata nak cakap tu.
okay fullstop!

semalam, balik dari ceramah pra L kereta, tengok ada basikal tua di halaman rumah.
saya ingatkan MAK NJANG. okay nak parking la motor kat bangsal.
alih2 tgk orang PZ ada. terus bawa masuk motor. SIMPAN!.
dia tengok saya dengan kakak macam tak pernah tengok je!!!!!
kami terus masuk tanpa toleh belakang. 
SERIUS taubat nak pi ramah-tamah dgn dia. (tak pernah pun!)
masuk dalam rumah, buat hal sendiri tapi suara dia dengar sampai dalam rumah
gelak dia kelakar. kakak pi ajuk cara dia gelak. hahaha
dengar dia tanya kat abang saya yg sulung. berapa orang adik beradik la apa la.
giler.!
untuk larikan diri dari dia saya ikut kakwa g sg besar untuk kali kedua. hahaha
okay done!

tadi kat kenduri pulak nampak dia. kakak ipar cakap baju yg dia pakai semalam.
saya tak tahu pun, sebab saya tak tengok pun semalam dia pakai baju apa. lantak dia la.
balik dari kenduri, kakak ipar cerita yang dia minat kat mak nak jadi anak angkat mak. 
giler ke org PZ ni? nak cakap tak ada mak, mak dia hidup lagi, sihat waafiat lagi!
kurang kasih sayang kot. giler la orang PLANET ZUHRAH ni!!!!
kakak ipar cakap lagi semasa saya keluar nak masuk kereta dia tenung je. macam tak pernah tengok org!
dah, kau jangan berani nak datang rumah saya lagi! 
saya buat report polis tau la kau!

itu gangguan seksual tahu tak.
kaum wanita ada kelebihan dalam negara ni!
kau kena ingat, ini amaran keras!
nak buat apa saya takut. abang sulung saya kan POLIS. hahahaha

PeLuPA BeTuL!

tadi pergi la ceramah untuk PRA L bagi kereta.
datang awal kot. merempit berdua dgn kakak. hahaha
tak ada sape nak hantar,. terpaksa la jd minah rempit sekejap! 
sampai-sampai tgk jam lagi 15 minit pukul 2.30p.m hmm
laju jugak saya bawa motor! hahahaha...
tapi saya rasa sehabis perlahan dah tu. 
okay, buat muka cumel! hihihi
okay, dalam masa 15 minit tu, boleh lagi duduk dgn muka slumber je tak pergi daftar.
tengok2 org di kaunter nombor dua tu panggil org satu persatu.
pelik jugak. then, pi la kt kaunter sebelahnya (kaunter nombor tiga)
saya :nak dengar ceramah lesen kereta
kaunter 3 : bagi ic kat sebelah.
okay saya pun bagi la.
kaunter 3 : eh, solehah kan?
buat muka blurr. hahaha
jenuh dok pikir siapa dia..
saya : ye saya. sape ye?
kaunter 3: aku la kawan farah suhada.
saya tak ingat! tapi macam familiar giler muka dia.
saya: nama sape?
kaunter 3: AWEN.
awen???siapa ye. loading... lama kot hahaha
okay, salam tangan dia.
duduk!
pikir...
jenuh dok pikir siapa dia.
pikir punya pikir.
hah! baru teringat, 
S.P.I.E.S!
ye, spies, kem spies time form 5.
kenapa la saya ni lupa. adoi!....
okay, sorry kawan. saya betul-betul lupa.
terima kasih sebab tegur saya ni. huhuhu

BeRsiN...

ASSALAMUALAIKUM...

saya tak boleh tidur tapi saya ngantuk! huhuhu
SELSEMA!
kakak punya pasal la pi pakai losyen buat apa.
kalau losyen tu tak mengeluarkan bau yang menyusuk hidung tak apa jugak hmm
okay, bersin, bersin dan bersin
sampai hidung mengalirkan laharnya.


pernah tak korang perasan, 
kenapa bila kita bersin automatik mata kita terpejam?
semuanya kekuasaan Allah.
ada sebab kenapa Allah SWT buat begitu. 
jawapannyal jika kita buka mata, mata kita akan terjojol keluar.
macam takutkan binyinya, tapi itu la hakikatnya. 
so, jgn dok cuba-cuba nak buka mata masa bersin.
lagi satu sebab urat saraf mata rapat dgn saraf hidung.
 (haha betul ke ni? saya pun dah lupa)
setiap yang Allah jadikan ada hikmahnya :)
bertapa besarnya anugerah yang Allah bagi untuk hamba-hamba-NYA.
cuma kita je yang tak ingin mengucap syukur.

INGAT LIMA PERKARA :
1. sihat sebelum sakit
2. muda sebelum tua.
3. kaya sebelum miskin
4. lapang sebelum sempit
5. hidup sebelum mati



Friday

SeMaNgAt NARUTO



ASSALAMUALAIKUM...
hencemnye naruto tapi kenapa la sakura tak suka naruto masa kecil.
okay, sebenarnya nak cerita pasal semangat yang ada pada naruto ni.
Walaupun ramai yg tak suka dengan dia masa dia kecik2
tapi semangat dia tetap kental untuk berjaya.
walaupun ramai orang pulaukan dia. 
dia berjaya malah berjaya menyelamatkan banyak nyawa yg telah terbunuh.
hebatkan naruto. 
dia mana ada banyak kawan tapi dia boleh berjaya.
dia mempunyai jiwa yg kental.
naruto...
semangat dia la yg patut kita contohi.

HoLiDaY- BuKit MeRaH

okay, biar gambar yang berbicara. 
:)
























CouNtDowN!!!

Assalamualaikum.
Salam JUMAAT semua. :)




hari ini untuk kali keduanya saya 
Siti Solehah binti Abd Wahab 
akan mem'REMOVE' COUNTDOWN
yang telah banyak berjasa kepada saya.
 hope result STPM saya gempak! amin.
doakan saya ye... :)




sedih nak buang countdown ni. huhu
tapi saya dah tak perlukannya lagi.
#macam ni la manusiakan, bila dah tak diperlukan lagi akan dibuang begitu sahaja
tapi bila tak dapat/ tak ada sibuk nak cari. hmm okay. bye.
selamat menunaikan solat zohor bagi umat ISLAM... 



saya nak gemuk!

Lagu Sekolah Rendah...


Lagu sekolah rendah.
SK Sungai Nibong.
banyak kenangan kat sekolah ni.
jadi budak nakal!!! hahahaha
kena panggil dengan guru besar 
hahahaa biasa la budak-budak lagi.
okay jom nyanyi sama2. tapi pastikan  berdiri tau! 
AWAS!!! hihi
1,2,3 NYANYI...


SKSN sekolahku
Tempat menuntut ilmu
Jasamu tetapku kenang selalu
Agarmu terus maju

Usaha pasti akan jaya
Sebagai cogan kami
Tekun belajar setiap masa
Mencapai cita murni

Di bidang sukan dan berpersatuan
Tidaklah ketinggalan
Semangat luhur kan jadi bekalan
Ke arah kejayaan

Usaha pasti akan jaya
Sebagai cogan kami
Tekun belajar setiap masa
Mencapai cita murni

Thursday

saya bukan pelajar sekolah!!!


saya rindu nak sekolah!!
macam tak caya je dah bukan pelajar sekolah.
tapi umur masih lagi 19 tahun okay!
TOLONG jangan jeles! hahaha
especially kepada NURSYUHAIDA BINTI JAIL!
hahahaha~~ * gelak doraemon

teringin nak nyanyi lagu sekolah, lagu negaraku dan lagu negeri selangor.
pastu lafaz ikrar sebagai pelajar.
hmm bestnya!!!
teringin nak melawan cakap cikgu,
teringin nak dengar cikgu marah
teringin nak cari pasal dgn kawan-kawan
teringin nak makan kat kantin sama-sama kawan
teringin nak duduk kat kerusi sekolah. 
senang cerita SAYA NAK JADI PELAJAR SEKOLAH!!!! 

AYUH KEMBALI KE SEKOLAH # laguiklan kasut bata#

apa-apa pun, selamat tahun baru walaupun sudah nak masuk hari ke-4! 
dan selamat bersekolah kepada semua yang bergelar pelajar!

*anak buah saya dah sekolah PASTI, macam tak percaya je.