Monday

PuAsA...

10 Ramadan 1433
alhamdulillah,
sudah 10 hari umat Islam
 menunaikan tanggungjawab
masing-masing kepada Allah
syukur alhamdulillah...
.............................................................
buka puasa selalu minum air ber"ais".
fuhhh lega... :)
tapi akibatnya kelak akan muncul
seperti
sakit tekak, pening kepala, selsema dan demam...
hampir setiap malam saya kena ceramah free dgn mak.
tajuk ceramahnya "MALAS CARI MAKAN"
huhuhuhuhuhuhu

Sunday

Bulan Ramadan datang lagi ^_^

Assalamualaikum..
sedar tak sedar dah hari kedua puasa kan.
macam tak percaya je.
tapi kita mesti percaya.
semuanya kehendak Allah.
bulan ramadhan kali ni harap penuh keberkatan
ramadhan...
setahun sekali je jumpa bulan yang penuh keberkatan ni.
harap tahun depan dapat berjumpa lagi bulan ramadhan.
tetiba terasa keseorangan.
kenapa? hmm ntah la mungkin
Allah sekali lagi mahu menguji saya kot.
1 Ramadhan 1433 bersamaan 21 Julai 2012.
Mungkin saya lalai dan leka dgn duniawi sehingga mengabaikan
suruhan Allah SWT.
ya Allah, terima kasih kerana sedarkan saya.
saya terima dugaan ini dengan hati yang terbuka.
diharap bulan ramadhan yang dipenuhi keberkatan ini saya
dapat meningkatkan amalan2 yang membolehkan saya tidak lupa akan-Mu, Ya Allah.

doa Dhuha..

Wednesday

Cerpen : Senyuman Terakhir

SENYUMAN TERAKHIR
Dendangan lagu Wajah yang dinyanyikan oleh Jaclyn victor daripada rancangan televisyen Malaysian idol pertama begitu bermakna buat Adira. Adira seorang kakak yang sanggup menjaga dan memelihara dua orang adiknya sendiri. Walaupun sudah hampir empat tahun pemergian ibu dan ayahnya akibat kemalangan, Adira terpaksa akur untuk menjaga adik -adiknya walaupun kerjaya yang hampir tercapai harus dilupakan kerana dia sudah diamanahkan oleh ibu bapanya sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir. Adira yang dulunya terkenal dengan sifat kelakarnya telah berubah menjadi seorang yang pendiam dan sekaligus telah membuatkan dirinya mempunyai sifat keibuan.
“Aiman, tolong kak Ira ambilkan daun pisang kat belakang rumah…” pinta Adira kepada adik lelakinya..
“Hari ni Atie nak tolong kak Ira boleh” tanya Adira..
“Tak payah la, Atie. Atie pergi siapkan homework dulu ye.”
“Ala Atira nak tolong kak Ira. Kesian Atie tengok kak Ira buat kerja sorang-sorang. Boleh la kak Ira?”
“Kan kak Ira cakap tak payah, tak payah la. Kenapa degil sangat ni? kalau Atie kesian sangat kat kak Ira, Atie pergi balajar rajin-rajin ubah nasib keluarga kita. Atie tahu tak, kak Ira sayang sangat kat adik-adik kak Ira ni. Tak apa kak Ira boleh buat sendiri. Sudah, pergi sana study.” jelas Adira sambil mengesat air mata yang menitis lalu memeluk kedua-dua adiknya..
“Atie  janji. Atie akan belajar rajin-rajin kan abang man” kata Atira sambil mengesat air mata Adira.
“Iye kak Ira, Aiman dengan Atie akan buktikan pada kak Ira yang kami mampu mengubah nasib kita” jelas Aman dan mambuatkan Adira tersenyum.
“Okey okey dah. kak Ira nak siapkan kerja kak long dulu. Atie pergi sambung belajar ye. Aiman tolong kak Ira ambilkan daun pisang ye..nanti tak siap nasi lemak kak Ira, asyik melayan korang je ni..”
“Okey la Aiman pergi ambilkan daun pisang” kata aman
“Okey kak Ira, Atie nak siapkan kerja sekolah eyh. nanti kalau ada pape yang nak ditolong panggil saje Atie.” Atira tersenyum sambil berlalu..
Adira meneruskan kerjanya. Dia terpaksa membuat nasi lemak dan beberapa  jenis  kuih-muih untuk menampung perbelanjaan dia dan adik-adiknya yang masih sekolah. Tahun ini Aiman bakal menduduki SPM manakala Atira bakal menduduki PMR. Adira mengharapkan adik-adiknya akan mendapat keputusan yang cemerlang dan mampu mengubah nasib mereka adik-beradik. Walaupun Adira hampir mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor namun dia berharap adik-adiknya akan merealisasikan impiannya yang tidak tercapai itu.                                               
 “Kak Ira, Aiman nak pergi main bola kejap ya?”
“Okey tapi jangan balik lewat sangat”
“Baiklah, kak Ira”
Adira meneruskan penyapuannya di halaman rumahnya. Walaupun hampir setiap hari dia menyapu di halaman rumah, daun-daun kering masih banyak bertaburan di atas tanah. Setelah penat menyapu Adira rehat di atas pangkin untuk menghilangkan penat..
Setelah kehilangan ibu dan ayah Adira menjadi tonggak utama dalam keluarga. Adira terbayangkan wajah senyum ibu dan ayahnya. Setiap hari sesudah solat Adira pasti mendoakan arwah ibu dan ayahnya semoga aman di sana, Amin. Adira percaya walaupun mereka bukan dari golongan barada tetapi dia akan buktikan dia mampu mendidik adik-adiknya dan mengubah nasib mereka adik-beradik.
“Assalamualaikum…”
Adira tersentak dan tersedar daripada lamunan
“Waalaikumsalam”
Adira melihat Asyifa dihadapannya yang sedang tersenyum..Adira berasa kaget dengan kehadiran sahabat baiknya itu..Mereka sudah lama tidak bersua semenjak Asyifa bekerja di Kuala Lumpur.. Semenjak dari bangku sekolah lagi mereka bersahabat baik sehinggakan mereka digelar kembar dalam kalangan rakan-rakan sekolahnya malah wajah meraka juga seiras. Adakalanya mereka digelar belangkas kerana mereka akan tetap bersama apabila di sekolah. Di situ ada Adira, di situ juga ada Asyifa.
“Hey, ni aku la Asyifa….”
“Asyifaaaaaaa…” kata Adira
Adira memeluk sahabat baik nya itu untuk menghilangkan rasa rindu yang kian lama dipendam terhadap sahabat baiknya itu..lalu Asyifa membalas pelukkan dari sahabatnya dengan seerat-eratnya..
“Aku rindu kau sangat…lama kau dah tak balik kampung kan?”
“Aku bukan tak nak balik tapi sibuk sangat la Ira. Di KL tu semua orang nak kejar masa untuk cari duit..lagi pun, kan aku doktor. Setiap hari mesti je ada pesakit. Tak menang tangan dibuatnya. Kau bayangkanlah setiap hari aku mengadap pesakit je, layan kerenah pesakit. Macam-macam aku kena buat tapi best la juga dapat kepuasan bila rawat mereka” jelas Asyifa
Adira yang hanya mampu mendengar cerita Asyifa..Mereka pernah berjanji untuk menjadi doktor dan merawat pesakit bersama sama namun Adira terpaksa melupakan hasratnya kerana dia ingin menjaga adik-adiknya selepas pemergian kedua-dua orang tuanya. Sejak itu mereka jarang bertemu kerana Asyifa sibuk dengan tugasannya.
“Kau sihat Ira? Kenapa aku tgk kau makin kurus je ni. Kau diet ya?” kata Asyifa sambil tersenyum.
“Ish, tak ada la biasa je..kau tu ha yang jarang balik, tiba-tiba balik ni kenapa?” balas Adira yang cuba menepis kata-kata yang dilontarkan Asyifa..
“Aku balik pun bukan apa. Aku rindu sangat kampung aku ni, lebih-lebih lagi aku rindu sangat budak cumel ni” jelas Asyira sambil mencubit pipi mulus Adira.
“Aduh, sakit la” kata Adira lalu meronta untuk dilepaskan pipinya..
Walaupun sudah lama, tidak bertemu mereka masih lagi rapat macam dulu. Apabila Asyifa balik kampong, rumah pertama yang dia akan pergi ialah rumuh Adira kerana mereka ingin bertukar tukar cerita. Adakalanya, seharian Asyifa duduk di rumah Adira semata-mata ingin mengetahui perkembangan kembarnya itu.
“Apa yang bising sangat ni kak Ira” tanya atira sebaik sahaja mendengar bising di luar rumah.
“Oh kak Ifa rupanya ingatkn siapalah tadi..dah lama kak Ifa sampai?” tanya Atira lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Asyifa.
“baru je. Eh, dah lewat ptg ni. Ira, aku balik dulu ye. Nanti apa-apa hal contact aku. Atie, kak asyifa balik dulu. Assalamualaikum...” putus Asyifa. Asyifa meminta diri lalu dia memboloskan diri di dalam kereta myvi miliknya.
“Waalaikumsalam” serentak Adira dan Atira menjawab.
Beberapa tahun kemudian, Aiman berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti Sains Malaya manakala Atira pula berjaya melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di mesir iaitu Universiti Al Azhar dalam kursus kedoktoran. Aiman dan Atira ingin meneruskan cita-cita kakak mereka untuk menjadi seorang doktor yang mampu merawat dan menolong orang ramai..
Adira tersenyum puas melihat adik-adiknya yang hampir Berjaya mencapai cita-citanay dahulu. Dia telah melaksanakan tanggungjawab senagai kakak dengan sebaik mungkin dalam mendidik adik-adiknya. Dia berharap sebelum dia menutup mata buat selama- lamanya, dia dapat melihat adik-adiknya memakai baju seragam seorang doktor.
Seperti biasa, Adira akan menghantar nasi lemak dan kuih-muihnya di gerai pak karim. Seawal 6 pagi lagi adira sudah berada di gerai pak karim. Di situlah tmpt di menjualkan kuih muih dan nasi lemak..
“Pak Karim, nasi lemak dan kuih ni saya letak di sini ye…”
“Okey Ira.”
Sesudah menghantar kuih dan nasi lemak adira terus menuju ke perhentian bas. Dia meneruskan rutin hariannya iaitu sebagai kerja kilang di sebuah kilang elektronik untuk menambahkan lagi pendapatannya. Dia tahu, tahun ini kedua-dua adiknya bakal menghadapi peperiksaan akhir semester penting. Oleh itu, duit sangat penting untuk membeli buku rujukan, laptop dan sebagai nya.
“Awal kamu sampai Ira” sapa mak jiah
“Tadi saya hantar kuih. Hari ni Pak Karim nak awal sikit kuihnya. Itulah sebab saya datang awal tu” terang Adira
“Mak Jiah tengok kamu ni kuat sungguh kerja. Kamu tak penat ke Ira oi. Siang kamu kerja kilang, malam pula kamu buat kuih. Mak jiah bukan apa, Mak Jiah risaukan kesihatan kamu tu je. Tengok muka kamu tu, dah pucat dah. Kamu sakit ke Ira?” kata mak Jiah
“Ala Mak Jiah dah biasa dah. Tak ada apa-apa la. Saya okey je.”
“Eh bas dah sampai tu. Jom. Jom. ” ajak Mak Jiah sebaik sahaja melihat bas kilang berhenti di hadapan mereka.
Di dalam bas Adira hanya mendiamkan diri walaupun suasana dalam bas agak bingit dengan celoteh rakan sekerjanya.
“Kau ni kenapa Ira” sapa Rina teman sekerja yang paling rapat dengan Ira..
“Tak ada apa-apa la” jawab Adira
“Betul ni, aku tengok muka kau pucat je ni. Kau okey tak ni?” tanya Rina
Rina seorang teman yang sering mengambil berat tentang Adira kerana dia begitu menyayangi Adira macam adiknya sendiri. Perwatakan Rina yang suka menghiburkan suasana tempat kerja menyebabkan Adira rasa senang berkawan dengan Rina.
“Tak ada apa-apa lah cuma  pening kepala je” jawab Adira dan cuba menepis kata-kata rina.
“Aku tengok lain sangat kau hari ni, muka kau Nampak pucat sangat la” jelas Rina
“Betul, aku tak ada apa-apa. Mungkin malam tadi kurang tidur kot. Aku siapkan kuih, Pak Karim minta awal kuih.” jawab adira
“Okey, nanti kalau ada apa-apa bagitahu aku ye. Ira, aku dah anggap kau macam adik aku dah. Jangan segan-segan bagitahu aku masalah kau ya.” kata Rina
“Hrmm okay la. Aku tak ada apa-apa la jangan risau ya kakakku yang tersayang.” kata Adira
Sewaktu Adira hendak mengangkat barang di kilang tempat dia bekerja, dia terasa pening dan pandangannya tiba-tiba kabur menyebabkan barang di tangannya terjatuh. Adira jatuh pengsan.
“Ya Allah. Ira!” jerit rina sebaik sahaja mendengar bunyi barang terjatuh.
Semua staff-staff berkerumun untuk melihat kejadian yang berlaku. En. Fitri selaku pengurus besar kilang itu segera mengangkat adira masuk ke dalam kereta toyota Camry miliknya, lalu dipandu menuju ke sebuah hospital yang berdekatan. Setibanya di hospital, Adira terus dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Sementara itu, En.Fitri cuba menghubungi keluarga Adira tapi gagal dihubungi. Lalu En. Fitri menghubungi Rina kerana Rina sahaja yang paling rapat dengan Adira. Semua masalah mereka sering kongsi bersama. Malah Rina juga tahu penyakit yang dihadapi oleh Adira. Rina telah menghubungi Aiman untuk memberitahu perkara yang telah menimpa kakaknya.
Aiman dan Atira tiba di hospital dengan wajah panik kerana takut sesuatu yang menimpa pada kakak mereka.
Pintu wad kecemasan terbuka, Aiman dan Atira terus menerpa ke arah doktor yang merawat kakak mereka.
“Doktor , kenapa dengan kakak saya? apa penyakit dia doktor? Dia sihat kan. Tak ada apa apa yang berlaku kepada kakak saya kan, doktor? Dia sihatkan?” tanya Atira tanpa dapat menahan air matanya terus mengalir.
“Bawa bersabar cik, Alhamdulillah sekarang kakak cik okey, tapi segala kemungkinan bakal berlaku.” Doktor cuba menenangkan perasaan Atira. Dia sudah maklum semua perasaan ahli keluarga pesakit-pesakitnya apabila situasi sebegini berlaku.
“Apa maksud doktor?” tanya Aiman.
“ Saya harap semua bawa bersabar. Saya tidak tahu kalian sudah tahu atau belum. Sebelum ini Adira pernah rujuk di hospital ini.” terang doktor dan berhenti untuk mengambil nafas untuk menuturkan kata-kata yang seterusnya.
“Sebenarnya, cik Adira menghidap penyakit barah otak” terang doktor dan menyebabkan Atira jatuh terduduk.
Rina cuba mententeramkan Atira yang tidak dapat menahan emosinya. Dia takut kehilangan satu-satunya kakak yang dia ada di dunia ini. Adira banyak berkorban untuk dia dan abangnya. Tiada yang dapat menggantikan tempat kakaknya. Dia takut untuk meneruskan hidup tanpa kakaknya. Dia mahu kakaknya ada di sisinya sampai bila-bila.
“ Kak Ira… Kenapa kak Ira tak bagitahu kami? Atie sayang sangat kak Ira.” Atira tidak dapat menahan kesedihannya. Dia benar-benar takut kehilangan kakak tercinta.
“Atie, jangan begini Atie. Abang pun sedih Atie. Atie kena kuat seperti mana kak Ira kuat dan tabah menghadapi pelbagai dugaan membesarkan kita. Dia sanggup korbankan cita-cita dia untuk kita meneruskan cita-citanya.” Aiman cuba tenteramkan adiknya.
“ Assalamualaikum…”
“Kak Ifa…” panggil Atira lalu memeluk Asyifa.
“Sabar Atie, kak Ira pernah bagitahu, dia sayang sanagt kamu berdua sebab itu dia tak nak adik-adiknya tahu. Dia selalu juga berhubung dengan kak Ifa tanya penyakitnya. Penyakit kak Ira dah sampai tahap keempat Atie. Mungkin tak dapat diselamatkan lagi. Kita kena reda sahaja apa-apa yang berlaku. Kak Ifa baru sahaja berjumpa dengan kak Ira. Dia pesan mahu berjumpa kamu berdua sekarang.” Jelas Asyifa.
Tanpa berlengah lagi Aiman dan Atira menuju ke bilik wad yang telah menempatkan Adira. Asyifa yang hanya mampu melihat gelagat adik-adik sahabatnya itu dan mengusuri langkah Aiman dan Atira.
“Kak Ira…” Atira yang terkenal dengan sifat manjanya terus memeluk Adira.
Adira tersenyum melihat gelagat manja adiknya yang tak pernah hilang dari dahulu lagi walaupun sudah berumur 22 tahun. Umur yang sudah layak mendirikan ‘masjid’. Adira ingin melihat wajah kegembiraan di wajah adik-adiknya.
“Aiman” kata  Adira yang melihat Aiman diam dari tadi.
Aiman tahu kakaknya cuba mahu menunjukkan wajah gembiranya dihadapan dia dan Atira. Kakaknya sangat pandai menyembunyikan masalah darinya. Dia juga tahu kakaknya tidak mahu adik-adiknya menangis pemergiannya kelak. Oleh itu, kakaknya itu berusaha tersenyum walaupun dalam masa yang sama tengah menahan dan melawan penyakit yang dihadapi oleh kakaknya. Kakaknya sungguh pandai berlakon untuk menutupi masalah yang melanda. Biarpun Aiman baru tahu penyakit yang dihadapi oleh kakaknya, dia sudah mengetahui akibat daripada penyakit itu yang sukar diubati. Dia bakal doktor, memang wajarlah dia sudah mengetahui implikasi yang akan berlaku kelak.
“Iya kak Ira” jawab Aiman sambil mengukir senyuman buat kakaknya.
“Aiman sihat? Macam mana belajar?” tanya Adira
“ Alhamdulillah kak Ira, Aiman sihat dan belajar pun okey” jawab Aiman.
Adira bersyukur kepada Allah, adik-adiknya sudah hampir mengejar dan menyambung cita-citanya. Aiman pula sudah bijak mengawal emosi dan berfikiran matang walaupun dia tahu adiknya itu cuma menahan perasaan dan tidak ditunjukkan di hadapannya, mungkin. Atira pula sudah pandai menguruskan kehidupannya tanpa memerlukan pertolongannya. Adira memanjatkan kesyukuran sebab Allah telah memudahkan segala urusannya. Dia tidak kisah bila-bila masa Allah mahu menyuruh malaikat Izrail mencabut nyawanya.
“ Kak Ira nak laksa. Boleh Atie tolong buatkan? Kak Ira nak rehat sekejap ya” pinta Adira.
“Baiklah kak Ira” balas Aiman
“Kak Ira rehat la secukupnya ya. Petang nanti Atie bawakan laksa kegemaran kak Ira” kata Atira
Adira hanya mampu mengukirkan sebuah senyuman kepada adik-adiknya. Dia tidak mahu adik-adiknya memikirkan masalah yang ditanggung olehnya. Dia hanya mahu adiknya berjaya dan berjaya dalam kehidupan mereka. Itu sahaja.
Seperti yang dijanjikan Atira, dia datang melawat Adira dan membawa makanan kegemaran kakaknya. Sejak kecil Adira selalu menyuruh ibu mereka masak laksa, sehingga kini makanan itu menjadi makanan yang kegemaran Adira.
Pintu bilik yang menempatkan Adira dikuak oleh Atira. Atira tidak sabar melawat kakaknya dan memberikan makanan kegemaran kakaknya itu.
“Kak Ira, ni Atie dah bawakan laksa ni.” Kata Atira sambil membuka balutan plastic dan mengeluarkan bekas yang mengisi laksa.
“Kak Ira, bangun kak.” Aiman mengejutkan kakaknya
Aiman pelik. Adira tidak memberikan tindak balas. Aiman memegang tangan kakaknya. Muka kakaknya pucat.
“Inalillahi Wainailaihi Rajiun” kata Aiman
“abang, kenapa bang?” tanya Atira
“Kak ira dah tiada, Atie” jelas Aiman
“Kak ira jangan tinggalkan atie, kak. Atie bawakan laksa untuk kak Ira ni. Kak Ira janji nak tengok Atie jadi doktor. Kak Ira…”
“Dah la Atie. Jangan macam ni. Kak Ira dah tenang di sana. Jangan menangisi sesebuah kematian. Allah tidak suka. Mungkin ini dugaan buat hamba-hambaNya. Allah lebih menyayangi kak Ira, Atie.” jelas Aiman.
Asyira yang melihat dari sebalik pintu tidak mampu menahan air matanya. Dia sudah kehilangan ‘kembarnya’. Tiada lagi gelak tawa ‘kembarnya’ yang dengar di dunia ini. Tiada lagi tempat dia berkongsi cerita mengenai bidang kedoktorannya. Tiada lagi senyuman yang membuatkannya terhibur. Semuanya hilang.
“aku harus kuat!” bisik hati Asyifa.
“Atie, Aiman. Sebenarnya… Kak Ira ada bagi surat pagi tadi selepas kamu berdua balik” jelas Asyifa tanpa dapat menahan emosinya lagi.
Tanpa berkata apa-apa, Aiman terus mengambil surat lalu membaca isi kandungannya.

 

Assalamualaikum, Aiman dan Atie. Kak Ira bangga sangat dapat adik macam kamu berdua. Kak Ira beruntung Allah bagi adik yang sangat baik. Korang dah buktikan pada kak Ira untuk ubah nasib keluarga kita. Terima kasih adik-adik kak Ira. Kak Ira sayang sangat dengan adik-adik kak Ira. Kak Ira bukan tak nak bagitahu masalah penyakit ini pada kamu berdua, tetapi kak Ira tak mahu pengajian korang terganggu lepas mengetahui penyakit ini. Kak Ira minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Mungkin sudah takdir, kak Ira pergi dahulu dari adik-adik kak Ira. Wasalam…"

Adira





Al-Fatihah :

 

Sunday

HaRi SuKaN

Assalamualaikum...
7 Julai 2010
sekolah mengadakan sukan tahunan kali ke-33
seperti biasa, perbarisan mesti la ada kalau tak ada bukan sukan kot namanya..
saya suka sukan tapi acara untuk form 6 telah dihad kan kepada 3 acara je..
* lompat jauh
*lontar peluru
* larian 100 meter
*sukaneka
empat acara je, saya masuk acara lompat jauh..
alhamdulillah, dapat johan. tak ada la jauh sgt. dapat 3.31 meter je. biasa la dh kategori form 6 mesti semua dah tak berapa nak larat lompat.. saya tgk lompatan kategori P1 (form 4 & 5) agak jauh jugak la..melebihi jauh saya. huhuhu
perbarisan rumah sukan saya buat ala-ala kesultanan melayu.
raja diangkat naik kerusi. yang lain pakai baju melayu sekolah hari jumaat.
Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan kami.
tahun ni pelajar-pelajarnya sangat memberi komitmen yg baik.
terima kasih semua.

 lain sangat muka saya bila dah make up ni.
seriously, saya tak pernah make up.
mata terasa berat sangat pekai bulu mata palsu
merah habis muka saya selepas saya pakai semua ni.
ada org ckp, macam amoy. haha :D
ada form berapa ntah bukan rumah berlian ckp akak cantikla, siapa yg make up kan akak
Asmira yg make up kan.(sebelah kanan saya)
perbarisan berlian dapat no 2, no 1 rumah delima, ketiga dan keempat tak tahu.
keseluruhan pula 
no 1 : rumah nilam
no 2 : rumah delima
no 3 : rumah BERLIAN
no 4 : rumah zamrud
semua yang pegang sepanduk untuk setiap rumah sukan
dari kiri : yan (zamrud), aida (delima), saya (berlian), lalek ( nilam, tapi bukan dia yg pegang)
zamrud buat tema ninja turtle.
delima buat tema badot
berlian buat tema kesultanan melayu
nilam buat tema harimau malaya.
okay, sampai di sini dulu.
bye Assalamualaikum...

Tuesday

me alone...

Assalamualaikum...
hari tinggal sorang-sorang di rumah..huhu
first time kot...
abah dgn bangchik pergi surau...
emak, kakwa, kakyah, kakchik dgn abg emy g klang...
katanya dh smpai tanjung tp xsmpai pun...
takut pun ada duduk sorang2 ni..hhuhu
tapi saya kena berani!... :p
go leha..go leha...!!