Monday

PiCtuRe wiTh FaMiLy

Assalamualaikum...
kebosanan yang terlampau
*tahap petala kelapan!
on laptop,
tergerak nak tgk gambar2 kat laptop.
tengok gambar abang nikah. kakwa kahwin dan bangchik kahwin
tengok la gambar bersama family.

bergambar bersama kakwa dan saudara-mara 

sabar je la dgn akim.
serius tak perasan! 

ni time abg nikah.tak cukup korum
bangchik tak ada,tapi terlebih sorang. ijat!

okay, ni antara gambar-gambar yang ter-upload.
banyak lagi. tapi internet macam lembab sikit hari ni. 
so, ini je la yg dapat saya upload.
tahun depan saya dapat 3 sonfruit! yeah.
makin berkembanglah keluarga Abd. Wahab :)

*hari khamis 13 December 2012,
saya dan keluarga nak g bercuti.
exam habis 12 december 2012!
yeahooo!
sukanya saya. tahun ni je dah 3 kali g bercuti.
awal tahun pergi kedah, dan johor, melaka, pahang
akhir tahun pergi bukit merah! hihihi
jangan jealous...:) 

Sunday

BeRciNtA SeLePaS kaHwiN

macam menarik je tajuk tu.
hahaha tajuk je yg menarik 
entry-nya tak menarik sgt pun.
eh, lupa beri salam.
ASSALAMUALAIKUM, semua :)
hope sihat-sihat selalu.
(saya je yg tak sihat-sihat lagi) *hukhukhuk
doakan saya sentiasa sihat ye :)
okay, back to topic.
best kan kalau bercinta selepas kahwin.
baru rasa nikmat sebuah percintaan.
saya berharap sangat saya dapat menikmati bercinta selepas kahwin
tapi tu semua KALAU.
bila dengar kawan baik saya dah tunang.
macam cemburu je.
yela, terasa macam semakin jauh dgn dia.
tapi dia dah bahagia.
JANGAN CEMBURU DGN KEBAHAGIAN ORANG SANGAT LA!
^_^
semoga awak bahagia ima ^_^
jangan lupa jemput saya nanti hihihi
sweetnya la...
seronok sangat tengok awak dah bahagia.
saya je belum lagi. 
doakan saya ye. :)

okay, BERCINTA SELEPAS KAHWIN.
hmm, banyak kebaikannya.
bestnya!










*tahun depan saya dapat TIGA org anak buah*

OsT PuTeRa RaYyaN

Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai
Lafazkanlah kasih Kalimah cinta
Lafazkanlah saja Rindu milik kita
Kerana hati ini Hanyalah buatmu
Setulus hati ku Ku serah padamu
Oh kekasih
Kekasih janganlah kau pergi
Kerana ku menyayangi mu
Kerinduan ini hanyalah untuk mu
Percayalah ku cinta padamu
Moga realiti bukannya mimpi
Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai

Lagu: lafazkanlah
ost putera rayyan

Saturday

CaFe CiNtA


Assalamualaikum..
"Cafe cinta"
sangat-sangat memberikan ikhtibar
pasal CINTA
seronok dengar ceramahnya.
THANKS aida sebab suruh saya tgk video ni.
Alhamdulillah ada keyakinan sedikit selepas tgk video ni. :)
saya teringin nak pasangan hidup macam yg kakak tu cakap
semoga Allah pertemukan. AMIN...
betul kakak tu ckp.
banyak keburukan COUPLE kan.
banyak cabaran semasa couple.
hmm kalau macam tu baik tak payah couple, kahwin terus je
betul tak?
banyak jugak ye zaman sekarang orang kahwin muda.
SWEET sangat tengok orang kahwin muda ni.
bahagianya MEREKA!
saya pun nak macam tu!!!!!! hehehe
bila tgk gambar-gambar mereka.
cemburu kot.
tetiba terdetik : bila la saya boleh bahagia macam mereka.
TERSANGAT JELES, okay!
bila saya nak dipertemukan dengan seseorang yang boleh memahami saya.?
hanya seorang je yang sangat memahami saya. 
tapi dia hak org lain. dia dah kahwin. :(
cinta terhalang :'(
SEMOGA DIA BAHAGIA DENGAN ISTERINYA 
amin.
saya harap awak bahagia. :)
dia dah bahagia dengan org tersayang.
saya bila lagi ??? hmmm so sad :'( 
*menangis...

menangis darah sekali pun dia tetap hak orang lain.
dah! lupakan dia.



...CINTA ALLAH KEKAL ABADI...

SaKiT

saya terasa!
kenapa macam ni?
saya rela undur diri!
benci!
terseksa!
sakit hati!
kecewa!
sedih!
merana!
BENCI!!!!!!!!!!!!!
jgn buat saya macam ni!
please!!!!!!!!!!!!!!!
saya merana!
saya kecewa!
saya terseksa!
saya rindu suasana macam dulu!
saya nak macam dulu!
saya.....................................................
HARGAILAH KAWAN!
jgn buat kawan macam ni????????????/

Tuesday

DeMaM!

sekarang cuaca tak menentu.
kadang-kadang hujan,
kadang-kadang panas kan.
biasa la semua kuasa ALLAH.

DEMAM. yay! demam
itu yg mampu saya taip.
Batuk. susah nak tidur.
kalau malam pun asyik terjaga je
nak tidur petang, lagi la susah
asyik batuk je.
esok ada exam PENGAJIAN AM1
nasib baik sampai pukul 10 pagi je. huhuhu

okay la. dah tak larat nak taip
panjang-panjang. huh.

hey kamu! jaga kesihatan kamu tu!!!!

Monday

DaH aDa pAkWe?

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!
selamat petang :)

tajuk pun macam "perrrhhhhhhhh"
hahahahaha
tadi, dalam pukul 12 lebih kot.
lepas balik kelas km2
tengah duk leka update blog dgn on twitter
tetiba MakTam datang...
maktam : buat apa tu? ada soalan spot kt laptop ke?
saya : hahaha ~ tak ada la. saje je..
maktam : dah tengok dah gambar Akim kt fb?
saya : gambar apa? gambar lama je ada.
maktam : gambar terbaru dia tak letak? 
saya : tak ada pun. ada gambar dengan kawan dia je kt pantai.
maktam : kak tie, ada gambar apa pulak?
saya : hmm gambar dengan artis2 je kt unimas.
* dalam masa yg sama battery laptop low.
maktam : leha dah ada pakwe?
saya : gulp (telan air liur) eh, battery low la. kejap nak amik charger
maktam : ada ke tak??
*LARI!!!!!!!!!!!!!!!!!
hahahahaha

kan best kalau ada saudara atau sepupu perempuan yang sebaya.
tapi saya ada 2 saudara lelaki yang sebaya je.
dah la dua-dua ni pandai.
sorang masuk UTM johor (hadi)
sorang lagi masuk UPNM (akim)
hmm kadang-kadang terasa jugak, segan pun ada
lagi-lagi bila diorang balik. fuhh...
kalau dgn akim tak apa lagi dah biasa jumpa
selalu bermain bersama masa kecil.
suka tengok bila dia mancing. hahaha
tapi tak dapat ikan pun!
tapi kalau hadi tu rasa lain sikit.
sembang pun sepatah dua.
kalau dua hari dia datang. hari pertama mesti tak akan 
sembang dgn dia tapi hari kedua baru nak sembang
mungkin malu kot. 
yela, dah besarkan... 
masa kecil selalu main sama tapi bila besar malu nak tegur dia.
saya yang paling cumel tu! hahahaha
*PERASAN*









ILOVEBLOG

setuju tak, kalau saya cakap blog kekasih hati kita?
kenapa? sebab blog sentiasa ada masa kita senang atau sukar.
walaupun kita curang dgn dia. dia tetap setia utk menjadi peneman
waktu sedih.
saya rasa kalau saya tak ada blog mungkin saya boleh jadi giler
yela tak ada tempat untuk luahkan perasaan ini.

teringin nak bagi anak cucu baca blog hahahahaha *perasan la kau leha!
teringin nak buat novel berdasarkan kisah hidup sendiri
teringin nak jadikan blog sebagai diari hidup

dah stop! tak usah teringin2 la kan.
terima kasih banyak kepada FATIMAH ZAHRA BINTI RASHID
kerana dia telah perkenalkan kekasih hati saya kepada saya.
mula-mula blog ni nama
tomorrowneverdie.blogspot.com
saya tukar sebab ada kawan saya kat kelas (F5) baca pastu touching. hahahaha
pastu tukarla kepada
sukahatiakulah.blogspot.com
ni pulak saya tukar sebab ada seorang blogger tu suruh tukar sbb agak kasar bunyinya. okay saya ikut baru la tercetusnya
inlifesoleha93.blogspot.com
lepas ni tak tahu la nak tukar or tak. hihihihi

aKu DaTaNg

suka layan lagu ni! best. hihihi :)


Lirik Lagu Aku Datang - Tomok

Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku

Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Aku datang kepadamu
Kepadamu

TeMan peNgGanTi

jom layan lagu TEMAN PENGGANTI


Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz2DxMlIHMg

problem is trouble

Alhamdulillah, satu masalah dah selesai...
terima kasih Allah :)
masalah yang satu lagi ni, bila nak selesai?
mungkin habis exam selesai kot.
mudah2an. dah tak sanggup jadi macam ni.
pergi sekolah pun macam tak terasa diri pergi sekolah je. :(
leha! hiraukan mereka.
biarla diorang nak buat apa dgn kau!
yang penting habis kan exam lagi 3 paper ni!
seriously, jadi sangat2 lain! masalah yang sangat merumitkan diri saya :(
huk. huk. huk. (batuk)
kenapa masalah ni sukar di atasi ?????
thanks aida, sudi dgr segala masalah kita :)
*jangan nak senyum2 sangat la aida ^_^
weh, seriously, kita rasa lega bila cerita masalah kita kat kau!
thanks kawan! kau sahabat kita dunia dan akhirat. :)
sayang kau!
 masalah, masalah, masalah!
bila kau nak nyah dari hidup saya????
kawan yg baik selalu ada sewaktu kawannya dalam keadaan susah atau senang.
kenapa korang buat saya macam ni weh?
apa salah saya? macam terpinggir!!!!\setiap malam saya memikirkan samalah yg tiada kesudahan ini....
kenapa korang tak sedar? atau korang pura-pura tak sedar???
seriously, saya terasa sangat. saya sayang korang! tapi dah korang buat saya macam ni, macam saya tak wujud!!!!!!!!!!!!!
ya, mungkin faktor rumah saya jauh kan? okay.
untuk belajar, walau apa pun masalah kita kena atasi. tapi ada ke korang tanya? nak join tak??
sedih weh... macam dah tak ada mood nak g sekolah! semuanya mcm tak kena.
korang sembang pun macam saya tak wujud! saya TENSION!!!

woi woi woi.....
bila nak selesai masalah ni...
pergi kau masalah!!!!!

okay la, hari ni ada kelas km2.
masuk pukul 8.45 tapi tak siap apa2 pun. huhuhu

Sunday

KePaLa KuSuT!!!!!!!!




Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan dengan kebahagian...

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan. :)

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN.. :)

Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan.


kuatkan la diri ku ini.
cekalkan la hati ku ini.
tabahkan la hati ku ini.
tenangkan la hati ku ini.

jiwa kacau!!!!!!!
TAHAP PETALA KELAPAN!
kesedihan menyelubungi diri ku ni.
benci perasaan ni.
tension......

aida, terima kasih sudi luangkan masa
mendengar luahan perasaan saya.
kau la kawan saya dunia dan akhirat.

ada 3 masalah yg besar
yang perlu saya pikul sepanjang STPM ni
1. masalah peribadi
2. masalah kawan
3. masalah CINTA
semoga saya kuat menghadapi masalah ini.
terima kasih aida sudi dengar ketiga-tiga masalah saya ni.
ada masa untuk saya.
saya rasa puas selepas saya menangis kat depan kau.
saya rasa kau la kawan yg sejati. sanggup ada bersama saya pada masa susah atau senang.
terima kasih aida. kita pegang kata-kata kau semalam tu. INSYAALLAH.
semoga Allah permudahkan urusan saya, AMIN,,,,


mood : BUT, I LOVE HIM














Awak, saya sayang awak...

please! saya mohon, tolong berikan penjelasan. jangan seksa saya dengan hanya berdiam diri awak tu.
berdiam diri tak dapat selesaikan masalah.saya jugak ada cakap dan kita pernah berjanji sama2 pasal kalau kita ada masalah kita bagi tahu, kongsi! bukan berdiam diri, biarkan saya hidup terkontang kanting macam ni! tolong la. saya perlukan jawapan! bukan hanya berdiamkan diri! tolong la. awak jugak perlu faham situasi saya di sini. kalau awak di tempat saya apa yg awak rasa kan? mesti tertanya-tanya kan. kenapa tak balas mesej, tak angkat call! tolong la. adakah awak masih ingat lagi kata-kata awak untuk memulakan hubungan kita? kalau awak tak ingat, saya tolong ingatkan.


"Awak sudi tak berikan peluang kedua tu untuk saya? Peluang kedua untuk memiliki awak? (",)"

dan jawapan saya berikan kepada awak...

Saling mencintailah hanya kerana Allah,
Saling menyayangilah hanya kerana Allah,
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah.
Kerana hanya Allah yang dapat menumbuhkan rasa cinta, 
kasih sayang dan kebahagiaan tersebut..
*bila hati sudah memberi, jangan disakiti lagi, bila sudah sudi, harap setulus hati…
^_^



"BILA HATI SUDAH MEMBERI,
JANGAN DISAKITI LAGI,
BILA SUDAH SUDI,
HARAP SETULUS HATI"

saya buat pantun ini untuk awak, sbb saya nak awak tahu saya memberikan peluang kedua untuk memperbaiki hubungan kita, dan saya juga berharap dengan peluang kedua ni awak tak akan buat saya kecewa lagi.

cukup la saya kecewa masa kali pertama dulu. masa awak mintak putus dalam masa yang sama ada dapat berita ex saya dah kahwin. yela mungkin tak patut saya kecewa kerana dia dah kahwin. tipu la. kalau rasa sayang pada ex hilang mcm tu je. seminggu awak, setiap malam saya menangis pasal dua masalah yg menimpa saya sekali gus.
mungkin dah memang takdir saya.

saya terima keputusan yg awak buat. kalau mmg sudah tiada tempat untuk saya dihati awak, awak bagitahu je. saya boleh terima. tetapi kalau ada lagi ruang saya dihati awak. tolong bagi tahu saya. saya perlukan jawapan dari awak!
saya harap kalau awak baca entry ini, awak berikan keputusannya secepat yang mungkin. maaf seringkali menganggu awak.  tapi saya TERPAKSA sebab inginkan kepastian dari awak. saya cuma nak awak tahu, saya ikhlas mencintai awak. tapi saya tak berhak mencintai awak sekiranya awak tak mencintai saya.

"CINTAILAH INSAN YANG MENCINTAI KITA KERANA INSAN YANG KITA CINTAI BELUM TENTU MENCINTAI KITA SEPERTI KITA MENCINTAINYA. TETAPI APAKAH CINTA INSAN YANG KITA CINTAI ADA UNTUK KITA? KEIKHLASAN DAN KETULUSAN CINTA ADALAH KUNCI KEBAHAGIAN" - Didi Dania




i love you...



Ya RABB berikanku PELANGI untuk

setiap HUJAN, SENYUMAN untuk

setiap TANGISAN, RAHMAT untuk

setiap CUBAAN dan KEKUATAN
untuk setiap DUGAAN...











Saturday

silap, maaf, xd mood

assalamualaikum...
esok genap 2 tahun peristiwa tu berlaku.
Ya Allah, tabahkan la hatiku ini.
adakah dia ingat lagi peristiwa itu?
peristiwa yang meragut keceriaan dalam hidupku.
Ya Allah. tarikh itu telah membuatkan
hati ku ini gundah gelana.
kuatkan hati ku dalam menempuh cabaran ku ini.
mungkin aku sudah tidak layak dimiliki oleh sesiapa pun.
insyaAllah, aku akan sedaya upaya melupakan dia
walaupun dia selalu hadir dalam mimpiku.
dia sudah berpunya, aku tidak berhak memilikinya lagi.
mungkin sudah jodoh dia.
dia lupa akan janji-janji dia dulu.
dia lupa apa yg dia sudah ungkapkan dulu.

Monday

mOoD STPM

assalamualaikum...
saya, Siti Solehah binti Abd Wahab, calon STPM terminal 2012 ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah kata, menginggung hati, melakukan kesilapan dan melukakan hati semua pihak. dengan rendah diri, saya memohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki. saya memohon doa dan restu kalian. doakan saya. :)

STPM ini telah membuatkan saya terasa tertekan. tinggal 13 hari lagi. saya harap saya boleh buat yg terbaik utk exam ini dan menebus kesilapan saya semasa spm 2010.

kepada abah dan mak : Mak, Abah. adik akan buktikan adik mampu masuk universiti tahun depan. adik mintak maaf telah mengecewakan mak dan abah dulu. adik minta maaf.

kepada keluarga : adik mintak maaf. doakan kejayaan adik. tinggal adik sorang je kan tengah belajar. kak dah kerja. abg pun dah kerja. kakwa kerja. bangchik pun kerja. kakyah duduk kat rumah. doakan kejayaan adik mu ini :)

kepada kawan : weh, kte minta maaf. doakan utk kte tau. kte pun doakan kejayaan korang! kita sama-sama berjaya ye :) kita sama-sama mengejar cita-cita kita.

kepada semua pembaca : saya mintak maaf. Doakan saya :) terima kasih sudi membaca diari online saya :)

mood sekarang pun tak menentu. kadang-kadang marah, sedih, kecewa, happy.
dan kadang-kadang moody je seharian. "bad mood"...

STPM buat hidup saya tidak menentu. mood makan pun kadang-kadang hilang! sukar utk diramalkan macam soalan STPM. :)

hidup dalam keadaan tertekan.

fuh! STPM oh STPM (Sijil Tinggi Paling Mudah!)
demam exam sudah bermula.

19 November 2012 tarikh keramat
12 Disember 2012 tarikh debaran
Febuari/ mac 2013 tarikh bersejarah

Ya Allah, permudahkan la hambaMU ni dalam menghadapi STPM.

subjek :

  • pengajian am
  • bahasa Melayu
  • sejarah
  • kesusasteraan Melayu

"USAHA PUNCA KEJAYAAN"

"DOA SENJATA UMAT ISLAM"

sekalung budi saya ucapkan untuk semua!!! ^_^

mood : exam

Tuesday

Doa untuk saya

Bismillahirahmanirahim...

“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”

“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

"YA ALLAH, PERMUDAHKAN LAH AKU MENERIMA PELAJARAN DI DALAM KELAS.
LANCARKANLAH PERJALANAN HIDUPKU. PERMUDAHKANLAH AKU MENJAWAB SOALAN-SOALAN STPM PADA TAHUN INI. YA ALLAH JAUHKAN LAH AKU DARIPADA SIFAT MALAS. PERMUDAHKANLAH AKU UNTUK MEMASUKI UNIVERSITI PADA TAHUN DEPAN. YA ALLAH MAKBULKANLAH DOA HAMBA-MU INI. AMIN.

Thursday

joDoH

‎:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" :: 

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Wednesday

wHy??/

kenapa perlu ada orang ketiga?
kenapa perlu ada derita?
kenapa perlu ada kecewa?
kenapa perlu ada sengketa?
kenapa perlu ada hampa?
kenapa perlu ada air mata?
kenapa perlu ada terluka?
kenapa perlu ada sakit?
kenapa perlu ada tekanan?
kenapa perlu ada duka?
kenapa perlu ada benci?
kenapa perlu ada sayang?
kenapa perlu ada bahagia?
kenapa perlu ada cinta?
kenapa perlu ada suka?
kenapa perlu ada putus?
kenapa perlu ada lafaz?
kenapa perlu ada perasaan?

ReSuLt MUET


esok keputusan MUET keluar???
oh tidak!!!!
saya takut mahu tgk keputusan saya!!!
Ya Allah,
mudah-mudahan saya dapat band 3
huhuhu
saya tak nak ulang balik kt universiti nanti..
cuaknya!!!!!!!!!!!

WaLauPuN...


walaupun kita cakap, kita sudah benci dia.
kadang-kadang, senyap-senyap kita ingin tahu bagaimana kehidupan dia sekarang.
kita curi-curi tengok status fb dia.
kita curi-curi tengok comment dia.
kita curi-curi tengok gambar dia.
mungkin sebab,
dia pernah menjadi insan yang pernah kita sayang.
dia pernah bertakhta dihati kita
dia pernah menggembirakan hidup kita.
sejarah tidak pernah berubah tetapi sejarah untuk dikenang bukan untuk ditangisi.
cinta mudah datang dan mudah pergi.
hanya doa ku titipkan kepada dia.
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.



Sunday

apa yang kita perlukan???

"Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)"


saya sangat tertarik dengan kata pujangga ini... :)





TiDak SeMuA...


Tak semua masalah perlu dikongsi
tapi tak semua masalah dapat ditangani sendiri
dan yang pasti semua masalah ada jalan keluarnya
cuma cepat atau lambat menjadi pokok persoalannya.
Allah sengaja menguji hamba-Nya.
untuk membuktikan kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya
oleh itu, hanya hamba yang bertuah sahaja yg Allah uji.
bukan bermaksud hamba yg tidak diuji tidak bertuah.
mungkin Allah ingin menduga kita sebagai hamba-Nya
sama ada kita bersyukur dengan nikmat-Nya atau tidak.
setiap yang berlaku ada hikmahnya
dan mungkin lebih baik daripada sebelum ini.
Allah tidak akan menduga seseorang hamba-Nya 
di luar kemampuan hamba-Nya.
Allah sangat menyayangi hamba-hamba-Nya
cuma adakah hamba-Nya menyayangi-Nya
kita hanya perlu menjalankan perintah-Nya sahaja.

Ya Allah, Tabahkanlah hati dia, dalam menghadapi dugaan -Mu 
walaupun dia tidak memberitahu masalahnya tetapi
hati ini kuat menyatakan dia menghadapi masalah yg besar.
Amin Ya Rabbal Alamin
ini lah yang akan berlaku sekiranya kita tidak memahami masalah pasangan kita.
Ya Allah jauh kan la aku daripada masalah. Amin... :)

Saturday

LaYaN_muAra HaTi

assalamualaikum...
hari layan lagu jiwang... hahaha
mood: menanti seseorang mesej or call
jom layan lagu "muara hati" 

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

first time...

assalamualaikum semua.. 

alamak, ter'excited' la pulak kan.. :)
hahahaha mana tak nya first time nak dating dengan 'Tengku'
tengku mana? hahaha tengku kt selangor je. tak jauh pun.
selama ni date ajak kawan sekali tapi hari ni pecah book of record 
saya, SITI SOLEHAH BINTI ABD. WAHAB akan bertemu dgn 'TENGKU' 
yang dicintai. hope semuanya berjalan dgn lancar dan tidak jumpa siapa-siapa yang mengenali diri ku ini
Aminnnn... hehehehe
Tengku tunggu saya, saya akan datang. 
hahahaha 
baru pukul 4. 10 petang. bila la jarum panjang nak ke angka 6 ni...
lambat betul masa berlalu.
saya sayang tengku saya.
i love you! muahhh :-*

Wednesday

12 o'clock



dah pukul 12 pun masih tak tidur lagi...
hurmm panahan tidur petang la ni kan.
tapi kalau tak tidur petang badan jadi letih.
kalau dah letih hidup jadi malas.
bila dah malas nak buat sesuatu pun dah tak boleh kan.

mata oh mata
bila kau nak tidur?
sudah tak sanggup melayan diri sorang2
tak ada siapa nak teman.
nak tgk tv. segan (takut) tgk sorang-sorang.

nak main game dah terlebih main dari tadi.
nak study, perut tgh lapar, susah nak study
nak solat, tak boleh solat.
nak melalak, ganggu kakak tidur.
nak menangis,tak ada sebab nak menangis.
nak gelak, nanti dilabelkan GILA
nak mandi, tak bagus mandi malam-malam
nak makan, malas nak ke dapur.

kesimpulannya, saya online dan update entry kt blog saya ni.. hehehe

Monday

peRsoALaN...?

"hidup sangat indah sekiranya perkara yang kita impikan menjadi kenyataan
hidup sangat bermakna sekiranya kita pandai mengatur jalan hidup
hidup sangat bererti sekiranya kita mempunyai kenangan yang menyeronokkan.
hidup sangat indah sekiranya kita memperolehi kejayaan.
hidup sangat seronok sekiranya kita bijak menghiburkan hati diri.
hidup sangat berguna sekiranya diri kita banyak memberi manfaat kepada orang lain.
hidup sangat bosan sekiranya kita tidak mengisikan masa dgn berfaedah"

apa pilihan anda?

adakah pisang boleh berbuah dua kali?
adakah sejarah boleh berulang?
adakah saya tengah TENSION?????????///

persoalan yang tiada kesudahan.
tapi setiap soalan mesti ada jawapannya.
arrgggggggggghhhhhhhh!!!!!

MENTAL!!!
perkataan yg paling popular hari ini di sekolah.
apa yg menyebabkan seseorang mental?
sukarnya mengawal mental diri sendiri.

Saling merindu-Leon

Usah kau tangiskan pada cinta lama
Usah kau impikan kita 'kan bersama
Biarkan ia terus berlalu...
Bagaikan mimpi hilang di mata

Kini kau kembali merayu lagi
Kaitkan semula madah-madah cinta
Harapkan bebunga berputik semula
Yang telah lama...
Gugur ke bumi

Dalam sukma mimpiku
Ia telah berlalu
Cinta yang dulu suci
Bagiku tiada lagi...

Aku yang masih
Ditaman ini
Mencari bunga
Mawar berduri
Ku sangka madu
Racun berbisa
Itulah Hakikatnya...

Nak ku tinggalkan
Terasa sayang
Ingin ku belai
Tangan tak sampai
Pastinya kita
Saling merindu
Ku masih cinta pada mu...

Tuesday

kEnaPa?




KENAPA AKU DIUJI ??
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
AL-QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya holat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam. Nah, cukup jelaslah bahwa Allah lah yang memberi kita cubaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya!
Hanya Allah sandaran manusia...


copy by https://www.facebook.com/rndustghmati