Monday

KakAk sAya nAk kAhWiN

Assalamualaikum...

hey, kawan-kawan
kakak saya mahu kahwin la sabtu ni...
hahaha tu pun nak kecoh kan... :p 
hahaha ntah pape ntah.. 
sebenarnya dah tak ada modal nak bercerita.. 
malam ni mungkin tidur lambat kot,  
sebab nak siapkan minit mesyuarat pengawas 
tgh hari tadi tetiba cikgu minta.. 
katanya, esok pegawai PPD nak dtg 
tengok fail pengawas.. 
alamak! sempat ke saya menyiapkan 4 minit mesyuarat? 
jeng. jeng. jeng... 
tak payah nak jeng3 sangat la kan... :) 
okay bye...salam





TeRusKaN SoLeHaH...

"hidup perlu diteruskan walaupun apa-apa pun dugaan melanda!"
Allah itu maha Adil!
bina keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan ini
setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..
jangan merungut setiap pemberian Allah...
Allah tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya...
setiap dugaan yang melanda hanya segelumit masalah
yang Allah turunkan untuk menguji ketaatan hambaNya kepada-Nya

Ya ALLAH...
jadikan la aku seperti gadis itu,
yang lembut tutur katanya tanpa 
menyinggung perasaan org lain

Ya ALLAH
jadikan la aku seperti gadis itu
yang bijak menjaga auratnya
tanpa mendedahkan sedikitpun auratnya

Ya ALLAH 
jadikan la aku seperti gadis itu
yang sangat menjaga akhlaknya
tanpa mengaibkan nama keluarga

Ya ALLAH
jadikan la aku seperti gadis itu,
yang sangat bijak menjaga masanya
walaupun semasa belajar atau beribadah kepada Mu

Ya ALLAH
jadikan la aku seperti gadis itu,
yang tidak ditakuti tapi disegani oleh semua orang
tanpa ada perasaan bongkak dan sombong

Ya ALLAH
aku mahu berubah ke arah itu,
bantulah hambaMu ini..




"kalau cinta tak perlu kata maaf dan terima kasih"

Berubah ke arah kebaikan


Berubah ke arah kebaikan..
ya! sebagai seorang muslim yg berpegang dgn ajaran al Quran dan Sunnah
perlu berubah walaupun sejahat mana perkara yang kita lakukan dulu..
kemaafan daripada Allah dengan manusia adalah sangat penting
oleh itu, kita perlu menjaga hubungan satu sama lain...
sehina mana pun kita, kita perlu sujud kepada Allah.
semua kejadian ialah perkara yg telah ditentukan oleh Allah kepada hambaNya
untuk menguji hamba-hambaNya..
Ujian yang berlaku adalah untuk menguatkan iman kita jugak...
ya Allah, kuatkan la aku menerima sebarang ujian yg Kau berikan kepada ku ini... :)
Ya Allah, banyak sekali impianku namun dosa yang menggunung membuatkan hamba malu bermohon pada-Mu... Ya Ilahi, Kau amat suka hamba-Mu yang berdoa pada-Mu...hamba akan terus memohon pada-Mu, semoga kau meredai impianku sebagai perancangan yang telah Kau takdirkan untukku, dan semoga hamba sentiasa reda dengan suratan-Mu walaupun ia bercanggah dari keinginanku, kerana Kau yang mencipta diriku, pasti Kau lebih tahu yang terbaik buat aku.








MUET 2012 bakal tiba!

Assalamualaikum...
sebelum memulakan sesuatu eloklah kita sebagai seorang muslim membaca bismillah..
^_^
Amin... :)
****************************************************

     MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
     REGISTRATION SLIP FOR JULY SESSION 2012


MUET/D

NAME
:
SITI SOLEHAH BINTI ABD WAHAB
IC NUMBER
:
931230-10-5***
INDEX NUMBER
:
MB5009/1536
TEST CENTRE
:
SMK DATO MUSTAFFA, SUNGAI BESAR

CODEPAPERDATETIMEDURATION
800/2SPEAKING10 JULY 201211:00 am30 minutes
800/3READING28 JULY 20128:00 am - 9:30 am90 minutes
800/4WRITING28 JULY 201210:00 am - 11:30 am90 minutes
800/1LISTENING28 JULY 201212:00 noon - 12:30 pm30 minutes

jadual muet saya!!
takutnya, nak ber'SPEAKING"
harap lidahku lancar menuturkan bahasa yg asing bagi ku ini...







Saturday

KhAiRuL FaHmi...


Assalamualaikum dan selamat maghrib :)
maghrib-maghrib ni ank cerita pasal adik fahmi la...
seronok betul dia main air...
walaupun dia dah menggigil kesejukan 
dia nak main jugak...
ni antara reaksi beliau semasa berada di dalam kolamnya..













dia seronok sbb sgt abg dia tak ada, kalau tak habis satu kolam tu abg dia nk buat mcm kolam dia sorang... :)

sEjaTi


Assalamualaikum dan selamat petang!
sekarang ni musim panas la..
malas nak keluar rumah..
duduk kat dalam rumah je kot...
tengah dok layan perasaan tetiba terfikirkan ima
semalam aida jail cakap ima nk tunang lepas raya
betul ke? kalau betul, tahniah ima
semoga kau bahagia bersama org tersayang...
walaupun kita kenal bermula tingkatan 5,
tapi macam sudah lama perkenalan kita kan
mula-mula kau masuk 5Takwa. saya rasa selesa berkawan dgn kau
macam sudah lama kita kawan...
kau telah banyak mengajar saya erti sahabat sebenar...
kau banyak mengajar saya erti sebuah persahabatan
itu sebab saya tidak segan cerita masalah saya pada awak dulu
semasa saya hampir hilang pedoman..
hanya kau dan saya sahaja tahu cerita tu
walaupun lena dgn aida kwn saya jugak, mereka tidak tahu.
hanya kau sorang je ima.
thanks sahabat...
semasa SPM kau byk mengajar saya ttg matapelajaran yg saya lemah..
waktu SPM kita selalu study bersama, makan nasi lemak yg kau beli tu. kau bawa nuget.
byk kenangan indah bersama kau... ^_^

*rindu 5Takwa

Wednesday

Kajian ilmiah saya

KAJIAN ILMIAH saya yang bertajuk ANALISIS KANDUNGAN BAHASA MELAYU DALAM AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA,.....................................
Pengkaji : Siti Solehah binti Abd. Wahab (2012)
PPU SMK Dato' Mustaffa

**************************************
 1.1 Pengenalan
Setiap bahasa mempunyai peraturan atau tatabahasa tersendiri. Peraturan tersebut perlu dikuasai oleh pengguna bahasa bagi membolehkan mereka menggunakan bahasa yang betul untuk menyampaikan idea. Aspek tatabahasa amat penting dalam berbahasa dan perlu dikuasai oleh masyarakat untuk bertutur dengan betul, namun kecelaruan penggunaan bahasa dalam kalangan anggota masyarakat telah menjadi salah satu faktor pengabaian masyarakat terhadap aspek tatabahasa.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara itu. Sejajar dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi. Dasar pendidikan Malaysia pula menetapkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Untuk memikul tugas sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pengantar ilmu, proses perancangan bahasa telah dilakukan untuk membina dan memupuk bahasa Melayu ke arah taraf yang lebih maju. Di Malaysia perancangan bahasa Melayu ini dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kerajaan berperanan memastikan bahasa Melayu tidak dipinggirkan seperti  Melukut di tepi gantang. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu tidak dipandang ringgan oleh masyarakat Melayu. Di sekolah, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran tetapi setelah munculnya perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 bahasa Melayu mula terpinggir sebagai bahasa pengantar di sekolah. Setelah mendapat banyak bantahan terhadap PPSMI, pada 8 Julai 2009 kabinet telah memutuskan untuk memansuhkan PPSMI dan menggantikannya dengan dasar baharu iaitu dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). MBMMBI bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris standard, membina modal insan yang mampu mengekses pelbagai ilmu melalui pelbagai media, membentuk ‘1 Malaysia’ yang mempunyai jati diri yang kuat, progresif, dinamik dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa ke arah mencapai negara maju.
Beberapa pihak telah membangkitkan isu mengenai kepentingan memartabatkan semula bahasa Melayu. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelapan ingin bahasa Melayu dimartabatkan dan digunakan sepenuhnya termasuk dalam bidang ekonomi, kewangan serta perundangan. Radio Televisyen Malaysia (RTM) bercadang melaksanakan proses alih suara bagi rakaman suara individu yang menggunakan bahasa Inggeris dalam sesi temu bual kepada bahasa Melayu sebagai usaha mengukuhkan penggunaan bahasa Kebangsaan dalam bidang penyiaran. Selain itu, kerajaan juga turut memainkan peranan sosialnya melalui aktiviti Bulan  Bahasa Kebangsaaan yang dianjurkan setiap tahun. Semua warga Malaysia perlu diingatkan untuk memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan selain usaha yang diambil untuk membolehkan kita menguasai bahasa Melayu dengan tepat.
Hakikatnya semua pihak perlu memainkan peranan memartabatkan Bahasa Melayu. Isu ini mendorong pengkaji untuk menganalisis penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar dan mengenal pasti peranan pihak akhbar dalam  memartabatkan bahasa Melayu.Pengkaji memilih akhbar Mingguan Malaysia sebagai sampel kajian. Berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh Audit Bereau Circulation atau ringkasnya ABC, bagi tempoh 1 Julai 2005- 30 Jun 2006, akhbar Mingguan Malaysia merupakan akhbar yang tertinggi jualannya di Malaysia iaitu sebanyak 482,240 naskah sehari. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Media Atlas Malaysia bagi tempoh suku ke-3 bagi 2005 hingga suku ke-3 bagi 2006, akhbar Mingguan Malaysia ini juga telah dibaca oleh seramai 2488000 pembaca sehari.
Akhbar Mingguan Malaysia merupakan edisi hari Ahad akhbar Utusan Malaysia. Pengkaji akan menjadikan Buku Tatabahasa Dewan yang disusun oleh DBP sebagai panduan untuk menganalisis penggunaan bahasa Melayu di dalam akhbar tersebut.

1.2 Definisi Konsep
Dalam kajian ini, beberapa konsep perlu difahami dan dijelaskan supaya kajian yang dilakukan memenuhi objektif dan kehendak pengkaji. Antara konsep yang perlu ditakrifkan ialah analisis kandungan, bahasa Melayu dan akhbar.
1.2.1 Analisis Kandungan
Kerlinger (1986) mendefinisikan analisis isi kandungan sebagai satu kajian analisis yang sistematik, objektif dan sifat kuantitatif untuk tujuan mengukur pemboleh ubah. Kerlinger menganggap analisis isi kandungan sebagai satu cara pengamatan dan pemerhatian. (Bud,1967:2)
Holsti (dikutip dalam Berg, 1989, h. 224) menyatakan bahawa analisis kandungan ialah “any technique for making inferences by systematically and objectively identifying special characteristics of messages.”
Analisis kandungan merangkumi aktiviti membaca, meneliti, memilih, dan menyaring teks yang dikenal pasti sebagai bahan atau data penyelidikan. Teks termasuklah dokumen, buku, surat, elektronik mel, video, cd, foto dan catatan atau diari. Kandungan teks pula adalah pelbagai, misalnya kata, frasa, ayat, imej, warna, aksi, dialog, bunyi, dan setiap yang tersurat dan tersirat. Analisis ialah satu proses yang sistematik, teratur dan bersandarkan suatu kerangka teori, konsep atau model.
1.2.2 Bahasa Melayu
Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan Malaysia.
Secara umumnya, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain keempat-empat negara tersebut. Bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
1.2.3 Akhbar
Menurut Encyclopedia Americana (1970 : jilid 20), akhbar merupakan saluran komunikasi. Ia biasanya diterbitkan secara harian atau mingguan yang memuatkan tentang hal ehwal semasa, pendapat, atau berita-berita yang disebarkan kepada masyarakat. Akhbar berbeza daripada media lain seperti filem, radio, dan televisyen. Ia boleh menyampaikan mesej dalam bentuk cetakan di atas kertas.
Menurut Kamus Dewan Edisi 4, akhbar membawa maksud berita, warta, surat khabar dan harian.
Tuntasnya, pengkaji ingin menganalisis penggunaan tatabahasa bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia yang dipaparkan dalam segmen hiburan akhbar Mingguan Malaysia. Pengkaji akan membaca, meneliti, memilih dan menyaring teks (berita) yang telah dikenal pasti sebagai bahan penyelidikan.

1.3 Kajian Masa Lalu
Kajian-kajian mengenai analisis kandungan bahasa Melayu dalam akhbar telah banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tempatan mahupun oleh pengkaji luar negara. Kajian mengenai kandungan bahasa Melayu dalam akhbar tempatan di negara ini telah turut mendapat perhatian oleh para pengkaji.
Kajian tempatan mengenai analisis kandungan bahasa Melayu dalam akhbar telah dilakukan oleh Mashudi Kader dan Darwis Harahap (1982). Tajuk kajian mereka ialah Sehari dengan “Mingguan Malaysia”,Ahad,7 November 1982. Para pengkaji ini menemui pelbagai jenis kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar Mingguan Malaysia, Ahad,7 November 1982. Kesalahan yang ditemui oleh mereka ialah kesalahan ejaan, diksi, tanda baca, penggunaan kata tugas, imbuhan, frasa, ayat, kata ganti nama diri dan pengaruh bahasa asing dalam struktur.
            Pengkaji Indonesia Agung Trinugroho (2011) dalam kajian beliau yang bertajuk Makalah Analisis Penggunaan Bahasa Indonesia Pada Media Massa Cetak telah mengkaji kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar Surya, edisi 8 Januari 2011. Hasil kajian beliau telah mendapati banyak kesalahan penulisan terutama bidang morfologi iaitu penggunaan kata penghubung, kata baku, istilah dan gaya bahasa.
Kajian yang dilaksanakan oleh M. Yasin dan rakan-rakannya telah menemui banyak kesalahan bahasa dalam surat khabar Kompas dan Republika. Antara kesalahan yang ditemui ialah kesalahan menggunakan pemilihan kata (diksi), penggunaan istilah asing, dan kesalahan ejaan.
Kajian seterusnya dilakukan oleh Warsiman. Tajuk kajian beliau ialah Analisis Kesalahan Kalimat Bahasa Indonesia dalam Media Massa Cetak/Elektronik. Pengkaji menemui banyak kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar utama Indonesia. Antara kesalahan yang ditemui oleh beliau ialah kesalahan ayat tanpa subjek, kesalahan ayat tanpa objek, dan pengaruh bahasa Inggeris.
  
1.4 Matlamat Kajian
Matlamat kajian dalam kajian ini adalah untuk menganalisis penggunaan bahasa Melayu terbitan akhbar harian tempatan iaitu segmen hiburan akhbar Mingguan Malaysia.Pengkaji ingin memastikan sama ada nahu bahasa Melayu yang digunakan bercanggah dengan sistem tatabahasa bahasa Melayu yang telah disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka atau tidak.

1.5 Objektif Kajian
Secara khususnya, kajian ini dilakukan adalah untuk mencapai objektif berikut :
a)    Menganalisis penggunaan bahasa Melayu dalam segmen hiburan akhbar Mingguan Malaysia yang bercanggah dengan sistem bahasa yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
b)    Menyatakan jenis-jenis kesalahan bahasa yang terdapat dalam segmen hiburan akhbar Mingguan Malaysia.
c)    Mengenal pasti peranan media khusus pihak akhbar dalam membantu usaha kerajaan memartabat Bahasa Melayu.

1.6 Persoalan Kajian
Ramai yang beranggapan bahasa Melayu itu satu bahasa yang mudah disebut, dieja atau dipakai tanpa pertimbangan yang sempurna. Oleh itu, antara persoalan dan permasalahan kajian mengenai analisis kandungan bahasa Melayu dalam akhbar Mingguan Malaysia ialah.
a)    Adakah terdapat kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar Mingguan Malaysia yang dikaji?
b)    Apakah jenis-jenis kesalahan bahasa yang terdapat dalam akhbar Mingguan Malaysia.
c)    Sejauhmanakah pihak media memartabatkan bahasa Melayu sejajar dengan usaha kerajaan melancarkan dasar MBMMBI melalui akhbar?
                                                                                           
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini dilakukan kerana kepentingan-kepentingan berikut:
  1. Hasil kajian ini akan dapat menjelaskan jenis-jenis kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh pihak media cetak khususnya akhbar Mingguan Malaysia. Oleh itu, kajian ini diharap dapat membantu masyarakat mengetahui kelemahan-kelemahan pihak media cetak dalam menghasilkan sesuatu karya.
  2. Kajian ini diharap dapat menolong pihak-pihak tertentu di kementerian terutama pihak yang terlibat dalam mengikuti perkembangan bahasa Melayu dalam akhbar tempatan.
  3. Kajian ini merupakan salah satu usaha meluaskan dan meningkatkan taraf penggunaan atau peranan bahasa dalam masyarakat.
  4. Pengalaman yang pengkaji perolehi sepanjang kajian, dapat meningkatkan kemahiran pengkaji dalam menganalisis kesalahan bahasa yang terdapat di dalam Bahasa Malaysia STPM.
  5. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan penggunaan tatabahasa yang betul dalam masyarakat. Dapatan kajian ini kelak menjadi bahan rujukan pelajar, guru-guru dan masyarakat. Semoga hasil kajian ini dapat mewujudkan rasa cinta akan bahasa Melayu dalam diri setiap warganegara Malaysia.
1.8 Batasan Kajian
Skop kajian ini adalah terhadap maklumat kesalahan bahasa Melayu yang terdapat dalam akhbar Mingguan Malaysia, Ahad, terbitan 22 Januari 2012. Pengkaji akan meneliti pelbagai jenis kesalahan bahasa Melayu yang tercetak dalam akhbar tempatan iaitu Mingguan Malaysia.
Kajian ini hanya untuk meneliti kandungan akhbar tempatan dari segi penggunaan bahasa Melayu. Perhatian diberikan khusus kepada kesalahan penggunaan bahasa Melayu dari aspek tatabahasa yang telah digariskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Akhbar Mingguan Malaysia dipilih sebagai sumber utama kajian. Dalam menganalisis akhbar ini, hanya maklumat yang berkaitan secara langsung sahaja diambil sebagai sampel. Kajian ini dibataskan lagi dengan mengkaji kesalahan bahasa di dalam ruangan hiburan sahaja. Hanya tiga tajuk berita hiburan sahaja akan dianalisiskan oleh pengkaji. Aspek tatabahasa yang akan dianalisis termasuklah aspek imbuhan, ejaan, kata sinkof, dan pengaruh bahasa Inggeris.

2.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah penyelidikan ialah satu kombinasi daripada beberapa faktor. Sebagai contoh, terdapat beberapa jenis dari luaran ‘kebenaran' yang perlu ditemui di luar sana, atau sama ada tugas penyelidikan itu adalah untuk meneroka pelbagai perspektif masyarakat secara semula jadi. Ia dipengaruhi pelbagai perspektif yang dimiliki oleh penyelidik misalnya positivis, interpretivist, atau perspektif lain. Sikap penyelidik juga mempunyai peranan yang menentukan, misalnya teori mana seharusnya digunakan sebagai satu model teoretis atau perspektif (pendekatan deduktif) atau beberapa model patut timbul daripada data sendiri (induktif).
2.1 Analisis Isi Kandungan
Kaedah analisis kandungan merupakan kaedah yang sangat popular digunakan dalam kalangan pengkaji media massa. Hal ini demikian kerana kaedah ini menyediakan satu cara yang amat berkesan untuk menguji kandungan sesuatu kajian yang berkaitan dengan media terutamanya dalam media cetak (Wimmer & Dominick, 1991 :157).
Kerlinger (1986) mendefinisikan analisis isi kandungan sebagai satu kajian analisis yang sistematik, objektif dan bersifat kauntitatif untuk tujuan mengukur pemboleh ubah. Kerlinger menganggap analisis isi kandungan sebagai satu cara pengamatan dan pemerhatian (Budd, 1967:2)
Kaedah pengkajian melalui kandungan berita dalam akhbar merupakan satu kaedah yang penting dalam menganalisis sesuatu kesalahan bahasa Melayu mengikut garis yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kajian ini menggunakan kaedah analisis isi kandungan ke atas tajuk-tajuk yang dipilih di bahagian hiburan dan disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia. Hal ini bertujuan untuk meneliti kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar Mingguan Malaysia yang dikaji, jenis-jenis kesalahan bahasa yang terdapat dalam akhbar Mingguan Malaysia, dan peranan pihak media memartabatkan bahasa Melayu sejajar dengan usaha kerajaan melancarkan dasar MBMMBI melalui akhbar.
Sampel kajian
Berita hiburan dalam Mingguan Malaysia 22 Januari 2012. Ruangan ini dipilih berdasarkan soal selidik yang telah diberikan kepada responden. Berikut merupakan hasil dapatan borang soal selidik:
SEGMEN
RESPONDEN
PERATUS
Hiburan
11
55%
Sukan
8
40%
Berita dalam negeri
0
-
Berita luar negara
1
5%
Lain-lain
0
-
Jadual 2.1 : Jenis berita yang diminati responden
2.2 Soal Selidik
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan soal selidik. Menurut Majid (2000), penggunaan borang soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji.
Soalan soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibina oleh pengkaji sendiri. Soal selidik dibina berpandukan kategori penerimaan dan gerak balas. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian A mengandung item yang berkaitan tentang latar belakang responden seperti jantina, umur, peperiksaan yang telah diduduki, gred bahasa Melayu dalam peperiksaan yang telah diduduki dan jenis segmen akhbar yang diminati. Maklumat segmen akhbar yang diminati akan digunakan untuk mengukuhkan lagi kajian yang pengkaji lakukan.
Bahagian B pula mengandung soalan yang berkaitan dengan peranan akhbar khususnya segmen hiburan dalam kehidupan seharian. Saol selidik deberikan kepada kumpulan pelajar lepasan  Penilaian Menengah Rendah (PMR). Terdapat lima soalan yang perlu dijawab oleh responden dalam bahagian B ini. Skala likert yang mengandung lima pilihan digunakan bagi membantu responden menyatakan tahap persetujuan terhadap setiap item yeng dikemukakan. Skala likert difikirkan sesuai kerana skala likert pengukur utama yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

Skor nilai
Skor
Sangat tidak setuju
1
Tidak setuju
2
Kurang setuju
3
Setuju
4
Sangat setuju
5
Jadual 2.2 : Skala likert yang digunakan dalam kajian pengkaji
Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan taburan frekuansi dan peratusan bagi mengenal pasti peranan akhbar khususnya segmen hiburan dalam kehidupan seharian.
Instrumen
Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Borang ini diberikan kepada 20 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 Bestari di SMK Dato’ Mustaffa.
2.3 Rujukan
Kaedah kajian yang seterusnya ialah melalui rujukan. Antara rujukan yang digunakan semasa kajian ini dilakukan ialah rujukan daripada buku dan laman sesawang. Hal ini demikian kerana bahan-bahan ini banyak memberikan input yang boleh mendorong pengkaji untuk membuat analisis data.
2.4 Penutup
Perancangan dalam melakukan kajian dijalankan sebaik mungkin dan sistematik bagi memastikan perjalanan kajian berjalan dengan lancar. Hal ini adalah sangat penting bagi mendapatkan nilai data yang sahih dan jitu.

4.0  RUMUSAN KAJIAN
Daripada kajian ini saya mendapati terdapat kesalahan bahasa di dalam akhbar yang saya kaji iaitu akhbar Mingguan Malaysia. Kesalahan yang acap kali dilakukan oleh pihak akhbar ialah penggunaan sinkof iaitu penyingkatan kata. Hal ini sering dipandang remeh oleh pihak media massa khususnya media cetak.
Ketiga-tiga tajuk berita yang dipilih daripada akhbar pengkaji mendapati terdapat kesalahan yang sama dan berulang kali dilakukan. Antara kesalahannya ialah penggunaan sikof, ejaan, imbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris. Hal ini boleh mengelirukan pembaca mengenai ketepatan penggunaan bahasa. Oleh itu, peranan pihak media dalam memartabatkan bahasa Melayu sejajar saranan kerajaan ialah tidak berkesan. Hal ini demikian kerana pihak media sendiri menggunakan bahasa yang tidak mengikut hukum tatabahasa malah tidak mustahil pembaca akan mengalami kecelaruan penggunaan bahasa.
Pada amnya, penggunaan bahasa Melayu baku dalam bidang media massa telah lama dipraktikkan. Dari segi tatabahasa, sebutan, dan ejaan, terdapat keseragaman sama ada dalam media cetak ataupun media elektronik. Dewan Bahasa Pustaka memantau semua program di media elektronik dan juga media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dari semasa ke semasa. Pegawai yang menjalankan pemantauan akan membuat surat teguran atau surat pujian jika menggunakan bahasa Melayu yang betul.

6.0  PENUTUP
Perjuangan meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang tinggi dan bermartabat perlu dikuatkan dengan iltizam dan pendekatan yang kreatif dan berani oleh kita semua khususnya pejuang-pejuang bahasa. Bahasa Melayu bukan sahaja milik orang Melayu sebaliknya milik rakyat Malaysia dan penduduk Nusantara.
Pada hari ini, bahasa Inggeris mendapat tempat yang penting di dalam pelbagai posisi kehidupan kita, keperluan untuk menguasai bahasa Inggeris sangat kuat bukan bagi membentuk identiti baru tetapi lebih kepada kemahiran untuk menguasai dan menyebarkan ilmu serta menampilkan diri di arena antarabangsa.
Bahasa Melayu mengandungi unsur-unsur seperti sejarah, sosiobudaya dan kebijaksanaan yang membentuk kekuatan tersendiri. Hal ini tidak difahami sesetengah daripada kita. Mereka melihat bahasa sebagai unsur yang terpisah-pisah daripada pembentukan indentiti sesuatu bangsa itu. Di dalam konteks memperkasakan bahasa Inggeris, kita perlu juga memartabatkan bahasa Melayu dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas bukan kerana isu sensasi.
Malangnya pada hari ini, ada sesetengah daripada kita tidak lagi memartabatkan bahasa Melayu kerana banyak sebab. Antaranya, apabila keperluan untuk berbahasa Inggeris maka bahasa Melayu tidak perlu diutamakan. Seterusnya, tidak ada rasa cinta dan hormat kepada bahasa sendiri.
Dalam Bahasa Melayu Bahasa Dunia (2005), James T. Collins menulis, hari ini terdapat lebih kurang 150 juta penutur bahasa Melayu di seluruh dunia. Angka yang cukup besar dan membanggakan orang Melayu, namun kuantiti tidak menjaminkan kelestarian bahasa Melayu.


KaJiaN iLmiAH-pEriNgKaT dAeRaH


Assalamualaikum dan salam sejahtera
tajuk kajian kami ialah analisis kandungan bahasa Melayu dalam akhbar mingguan malaysia, ahad 22 Januari 2012. PPSMI atau pengajaran dan...

ni la antara ayat yg saya bentang..
perasaan? fuhh memang cuak giler kot..
tangan sebelah kiri mengigil sebentar (fuh...)
nasib baik tgn yg pegang mikrofon tak mengigil..
first time kot, wakil sekolah bentang2 benda semua ni..
yela selalunya, masuk olahraga, catur dan bola jaring je..
tapi kali ni memang lain gilerrrrrr...

tempat : SAMT. Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah
peringkat : daerah 

"Setiap insan perlu ada kekuatan, tanpanya tiang yang dibina sekuat manapun pastinya akan rebah."

alhamdulillah kekuatan saya muncul semasa berada di atas pentas..
mula-mula pegang mikrofon tu semua perasaan ada
cuak+takut+malu+gemuruh
sebab?
CUAK : saya tak pernah naik pentas dalam khalayak ramai!!!
TAKUT : saya telah diamanahkan untuk mengharumkan nama sekolah 
MALU : ramai kawan tengok saya bentang, kawan dr sekolah rendah.huhu
GEMURUH : * sama macam cuak jugak!!

"Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj"

walaupun saya sebenarnya bukan pilihan cikgu h**r**. tapi saya telah buktikan saya telah berjaya membawa pulang sijil JOHAN ke sekolah cikgu.. saya tahu cikgu memang tak nak memilih saya tapi apabila cikgi Ka**ru*d*n telah cadangkan nama saya, cikgu hanya pasrah, bukan.. cikgu R*ha*a pun sama jugak, tidak mahu saya menjadi wakil sekolah bukan. sebab semalam semasa latihan saya main-main, tak serius... tapi segala percakapan yg telah melemahkan saya telah menjadi baja yang menyuburkan semangat dalam diri saya... terima kasih CIKGU!

saya tidak tahu macam mana pembentangan kajian saya untuk peringkat negeri pulak...huhuhu :(

"Kawal kemarahanmu kerana kemarahan akan menunjukkan betapa diri kamu amat lemah sekali"


* mutiara kata di atas tak ada kena mengena pun dengan pembentangan kajian ilmiah saya tadi..

persoalannya: macam mana hendak menangani masalah "marah" ni!!?
saya tidak tahu! tolong saya, bantu saya, saya buntu...

*nak upload video pembentangan tadi, 
tapi enggak bisa deh... ):

6 june 2012

Assalamualaikum...

awak suruh saya tukar password fb awak
alasan awak ada org tahu password awak...
tapi itu semua helah awak kan..
awak sebenarnya nak suruh saya tgk status awak yg ini kan?

Awak sudi tak berikan peluang kedua tu untuk saya? Peluang kedua untuk memiliki awak? (",)



my answer : Saling mencintailah hanya kerana Allah,
Saling menyayangilah hanya kerana Allah,
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah.
Kerana hanya Allah yang dapat menumbuhkan rasa cinta, 
kasih sayang dan kebahagiaan tersebut..
*bila hati sudah memberi, jangan disakiti lagi, bila sudah sudi, harap setulus hati…
^_^


awk
"I want to say something. I love u. honestly from my heart. J
Good night."

"Saya percaya kepada jodoh. Andai jodoh itu milik kita, saya tak akan sia2kannya, saya akan berikan yg terbaik, andai sebaliknya, saya redha. Kerana itu suratannya. J
Memang mudah untuk melafazkan cinta, tapi sukar untuk buktikannya. Semoga Allah terus berikan jalan hidup terbaik untuk saya, dan awak. Salam."

KaHwiN!!?

Assalamualaikum....
peace!!
sempena hari perkahwinan pada 30 jun 2012 ni
anda semua dijemput hadir beserta perut lapar...
Jemput la semua yg mengenali saya datang rumah
yg beralamat Parit 12 Sg Nibong, Sekinchan Selangor
(bukan sg nibong, Pulau Pinang tau)
rumah serba serbi warna biru...
*wahhh excited ni!!
datang tau jgn lupa... ^_^
datang la ramai-ramai utk memeriahkan majlis
*cehh wah mcm event sendiri je
kalau boleh bawa la hadiah (tepung, telur dan minyak)
bukan nak baling kat pengantin tapi ada mangsa yang menanti
*TACHA tunggu tau!!! i love u..bhahahaahha
-------------------------------------------------------------
tarikh : 30 Jun 2012
masa : 10.00 pagi- 1.00 petang je kot
hari : sabtu
pengantin : kakak saya merangkap kembar saya... :)
-------------------------------------------------------------
BABAK I
time pergi kedah haritu,
abah bagi la kad jemputan..
saudara : yg mana yg nk kahwin? tu ke? (tunjuk saya)
abah : bukan, yg yg sorang lagi tu...(tunjuk kakak saya)
fuhh... muka saya ni nampak mature ke? oh tidak!!
nk jd budak2 la mcm ni...

BABAK II
tempat : di rumah tok cik (kedah jugak)
dengan muka selambanya saya ikut abah dgn mak masuk rumah org yg tak pernah saya jejaki (TOK CIK)...
macam biasa, kalau masuk rumah org mesti la kena salam kan...
saya pun salam la dgn tok cik (perempuan) tetiba saya rasa mcm tgn saya tak mahu dilepaskan oleh org yg saya salam tu...(kenapa dgn org ni pegang tangan aku tak nak lepas) beberapa saat kemudian baru dia lepaskan...
(fuhh lega).. tiba-tiba muka saya pula dipegang (fuhh apa kena dgn org ni, kat muka aku ada sisa makanan ke)
Tok cik : mah, makcik tengah cari menantu ni..
mak : untuk sapa?
tok cik : untuk cucu makcik, anak maznah..segak org nya..putih...
tok cik : ingat nak cari yg dah tak mengaji (belajar) dah...yang ni kerja apa? (tunjuk saya)
mak : eh tu mengaji lagi...tingkatan 6 (fuhh lega saya)




Tuesday

masa cuti sekolah

assalamualaikum...
selamat bercuti kepada semua org yg tengah bercuti
termasuk cuti sakit, cuti sekolah, cuti sem, cuti ponteng dan serupa dengan nya.. ^_^
cuti sekolah? hmm minggu lepas pergi langkawi lagi tapi dengan family la..hehe
setahun pergi 2 kali ke langkawi...wah..wah...wah... :-p
mula-mula pergi kedah, tidur di pendang..
hari kedua baru pergi langkawi...
tidur semalam jer...
hari ketiga pulak tidur di pantai murni, kedah..
fuhh...
minggu pertama cuti ada kelas tambahan, tapi pergi hari khamis je 
itu pun pukul 10.30-12.30
sekejap je...hihihi :-p
*budak pandai...^_^
banyak kot homework cikgu bagi...
  • sejarah - buat 8 esei (hmm...)
  • bahasa malaysia - dua set kertas soalan kertas 1 dan satu set kertas 2 (fuhhh!!)
  • pengajiam am - buat 6 set soalan bahagian E (takpe saya suka soalannya) ^_^
  • siapkan kajian ilmiah hantar minggu pertama buka sekolah...fuhhh (sengsara mau siapkan 
dicampurkan banyak kan...
malas nak siapkan tapi....
SAYA TAK SUKA ORANG MEMBEBEL!!!
jadi, saya kena siapkan jugak segala homework tu dalam minggu ni jugak!!!!!
STPM dah dekat tapi tak sedar-sedar jugak
*malas study...hihihi
time jwb soalan mid-year banyak goreng kot...
tak tahu hangit ke hangus...hihihi
hope elok la kan... ^_^
*mengharap je lebih tapi tak nak study! hihii
kesedaran belum muncul lagi la...
*******************************************************
okay jom baca kata-kata mutiara untuk meningkatkan motivasi diri :-p
mutiara kata