Wednesday

SaHaBaT oh SaHABaT

Assalamualaikum...





kesimpulannya:
jadi la macam spongebob dengan Patrick 
walaupun berlainan pendapat mereka tetap kawan baik.
walaupun mereka dari keturunan yg berbeza sering bermain sama-sama
selalu ada walaupun susah dan senang...
setiap cerita kartun ada 
ceritanya
kisahnya
benarnya
betulnya
hikmahnya
lawaknya
lucunya
pengajarannya
so, rajin-rajinkan la diri tengok kartun ye!!!



nampak tak, pengaruh kartun dalam hidup saya.. hahaha



Tuesday

StResS STuDy

Assalamualaikum...

bila dgr STUDY je..
semua org stress...
lagi-lagi bila sekeliling kita suka study tapi kita tak study.

okay, bukan isu ini nak dibangkitkan.
pagi tadi, buka instagram
dah lama tak buka kan..
almaklum la hp rosak kot.
mcm apa jerrr...
tasha, tag la gambar dia ber"LiNe" dgn ckgu HAZRIN.

daripada melihat gambar tu,
ckgu bagi tahu ada DUA orang kawan ktorg nak quit dari study.
SIAPA?? SIAPA???
tertanya-tanya kot...
yela, setahu saya sorang je.
sebab dia satu u dgn saya.
alasannya, dekan buat experiment dekat bacth dia.
okay, dah pujuk macam mana pun dia tetap dgn pendirian dia.
"kau lelaki, kau mesti tahu nak mencorak masa depan kau, tak kan kau nak bagi makan anak bini kau minyak hitam je kot..."

sorang lagi????
tergolong dalam top 10 pelajar cemerlang kot.
dia ranking ke 3...

alasannya tak boleh bawa.

*********************************
sebenarnya, saya pun ada terfikir nak quit je.
tapi bila pikir balik,
kesian kat mak dgn abah
kalau tak study nak buat apa
nak kerja mmg tak reti la kan.
nak kahwin dgn sape
masa depan macam mana pulak.

cehhh wahhh,,,
bajet poyo la tu..
uwerrrkkkkk...
hahahaha

serius, bila dah amik test ni rasa berat kot nak bawak
tgk result pun, cukup-cukup makan je. 
dgn assignment yg ntah ke berapa tengkek-tengkeknya la
dgn environment yg sgt pancaroba ini
dgn subjek-subjek yg mmg surrender nak amik.

tak pernah terlintas dan terfikir nak menjebakkan diri balik ke dalam dunia sains
cukup la masa form4 dgn form5.
menyesal tahap gaban dan tahap petala kelapan dah.
lepas habis SPM mmg heaven giler sbb fikir dah tak akan jumpa
subjek yg telah diberi nama SAINS.
masa form4 tu pun amik sebab ikut kawan.
syaratnya pun cukup2 makan utk masuk ke kelas sains masa f4.

SYARATnya:
PMR
math mesti sekurang-kurangnya B
sains mesti sekurang-kurangnya C

so, mmg cukup-cukup makan la kan. 

****************************************
masa cuti DEEPAVALI, jumpa la twa
ckp la kt dia, saya belajar balik sains dan sekutu baginya
dia ckp 
"perhh, aku, dah tak boleh dah nak hadap benda tu semua. kadang-kadang aku terfikir nak duduk rumah je takpayah belajar."

dia dah sem 3 boleh la, saya ni baru part 1. nak hadap lagi 7 sem.
hmmm
********************

Monday

BiRtHDaY SuHaNa

birthday girl

07/10/2012

....PROSPEK...

rindu saat ni...

kami ramai-ramai bersepakat dgn ckgu buat surprise...

selepas aktiviti malam kebudayaan dgn bergambar bersama imam muda Najdi.

off kan suiz lampu utama di kantin.

semua panik...

sue ni jenis takut gelap..

so. dia akan pegang org sekeliling dia.

dgn perlahan2 bawa kek di hadapan dia.

MENANGIS....

hahaha...














Senior + junior
 *gambar tak ada kena mengena*
....BIG FAMILY....

THiNK PoSiTiVe, SOLEHAH...

Assalamualaikum...


Ya, Allah...
hari ni genap 3 tahun benda tu  berlaku dalam hidup saya..
kenapa bila tarikh tu menjelang benda tu muncul dalam ingatan?

kena pulak dengan hari ni..
KAUNSELING!
subjek utk hari ni sangat kena dgn tarikhnya.
tetiba tersenyap di class bila prof mengajar.
sebab apa?
sebab ada pasal tu dalam pelajaran hari ni.
dummmm!! tetiba dia seribu.
jantung berdegup kencang.
terasa ada batu hempap atas kepala.
sesak nak bernafas.
diam seribu bahasa..
TERKAKU.
sbb tarikh nya sangat kena dgn hari ni.
tarikh kejadian...
tarikh kegelapan
tarikh kehancuran
tarikh penderitaan
tarikh kemusnahan
tarikh kebodohan
tarikh tak dapat dilupakan sampai bila-bila.


cuba utk menghapuskan tapi...
cuba utk menceriakan diri tapi...
cuba utk melupakan tapi...
cuba utk senyum tapi...
cuba utk mengabaikannya tapi...

SUSAH, PAYAH, SUKAR, PAHIT, RUMIT...

Ya, Allah...
berikan la hambaMu ini kekuatan dalam mengharungi dugaan ini.
bantulah hambaMu ini utk melupakan kisah lama.
berikan la keceriaan yg dahulu kepada hambaMu ini.
bantulah hambaMu ini utk menghapuskan masalah lama.

********************************************

tetiba rasa nak menangis je hari ni.
nak mengurungkan diri.
duduk sesorang.
menyelimutkan diri
TANPA GANGGUAN...

tapi,,,

perlu LAWAN!!!
perlu BANGKIT!!
perlu KUAT!!!
perlu TABAH!!!

Solehah! awak, boleh mengharunginya..
ALLAH akan menguji hamba-hambaNYA yang mempu dan benar-benar mampu mengharunginya.
so, kita perlu rasa bertuah kerana Allah uji kita,!!

YES!! THINK POSITIVE...

WASALAM...


Saturday

give me face!!

Assalamualaikum...


Kosong...
Kenapa hari ni rasa kosong sangat.
Macam kurang sesuatu...
Hmm
Sukar utk ditafsirkan.
Macam nk menjerit.
Nk tampauuu org pun ada.
Meh sini pinjam muka
Nak tampauuuu
Huarggghhh
Seriously.  Tension kot...
Mungkin nak kena tampauuu org dulu kot...
Please give me face!!!

Wednesday

KAMU SEMBAHYANG 5 WAKTU TETAPI...

~ KAMU SEMBAHYANG LIMA WAKTU TETAPI .....

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.
Jika sembahyangmu 10 minit , 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu tidak bersyukur padanya… kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah , kereta dan sebagainya… tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman temanmu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mahu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud ‘Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’.

Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan perkara di atas, tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud ‘Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang’.

Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.




~~~COPY & PASTE~~~

Thursday

MaNDi MaLaM

BAHAYA MANDI DI WAKTU MALAM
Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.
Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi.
Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.
Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.
Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) dengan air suam boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
Mandi menggunakan air panas juga dapat membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.
Mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres. Ini akan mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
Ia membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur).
Nasihat saya mandilah setelah balik bekerja dan bersukan, walau pun di malam hari. Gunakanlah air yang suam atau hangat untuk membersihkan diri.
Mandi di malam hari tidak mendatangkan mudarat.
Wallahu a’lam




*******************************************************************

TeRiMa KaSiH aWaK...














Terima kasih awak....
Sudi memberikan saya rasa bahagia

Terima kasih awak. ..
Sudi kongsi kegembiraan. .

Terima kasih awak. ..
Sudi mengembalikan sinar dalam hidup saya...

Terima Kasih awak. ..
Sudi menjadi  teman pengganti utk saya...

Terima kasih awak. ..
Sudi kongsikan ksih sayang awak. ..

Terima kasih awak...
Sudi melengkapkan kekurangan diri saya...

Terima kasih awak...
Sudi membuat saya ketawa

Terima kasih awak. ..
Untuk semuanya...


Saya sayang dan cintakan awk...

Wednesday

ke'STRESS'an vs ke'TENSION'an


assalamualaikum...
mood : nk lempang org laju2 je.

stress!


assignment!


tension!



"teringin nak masuk sekolah balik amik STPM"

Monday

KeRiNDuaN...

ASSALAMUALAIKUM...

menghitung hari. dan terus menghitung utk balik rumah!!
yeahhhh! 
EXCITED. itu yg saya rasa sekarang.
tak sabar nak jumpa
my BIG family...
mak
abah
kak
abang
kakwa
bangchik
kakyah
kakak-kakak ipar
abang-abang ipar
hafiz
fahmi
firdaus
maisarah
ashraf

rindu serindu-rindunya...

nak tengok rumah. 
macam mana la rupa rumah sekarang ni.
mesti lain kan.
RUMAHKU SYURGAKU

rindu kat DEMY.
tapi demy dah lari tinggalkan saya sendiri. huhu
hope dia dapat berdikari di luar sana.
dapat survey dengan dunia pancaroba ni.
(perhh ayat) 
demy, balik la. saya rindu awak.
saya janji saya akan bagi awk makan banyak-banyak biar GEMUK!
rindu sangat..
dah 3 tahun kita bersama.. hmmm 
kenapa awk tinggalkan saya. huhu sobsobb
*abah ckp awk tak pandai cari makan sebab saya jaga awk dr kecil.
semua yang sebaya dgn awak dah tiada.
awk je yg saya ada.
balik laaaa...
saya janji akan carikan tempat yg special utk awk.
awk kan cumel.
walaupun awak nampak garang tapi awk tak pernah cuba nak gigit saya. 
tapi kalau org yg tak kenal pasti awk gigit.
awak kiuttt.
saya nak awak pulang bila saya balik rumah nanti...
DEMY!!!!!!!!

rindu kat ikan Garfield saya.
rindu sangat.
adakah mereka sudah berkembang kan institusi kekeluargaan mereka?
sape yg bagi mereka makan?
sape yg tolong basuhkan pasu mereka?
hmmm.. kesian mereka.
nanti saya balik saya jaga awak semua eyh.
saya suka tgk awak berenang.
hope mereka sihat-sihat belaka...

tapi saya rindu LILO.
dia cumel, tapi dia dah tak ada. hmm
semuanya salah saya. 
hope Lilo aman di sana...






Wednesday

ScHooL vs uNiVeRsiTy ...

ASSALAMUALAIKUM...

Sekarang ni hidup sebagai student universiti lain sangat dengan hidup sebagai student sekolah. rindu nak pergi sekolah naik motor. datang lewat, tak kena tahan. pengawas la katakan. hahaha bangun pukul 6.40 pagi. pagi tu jugak iron baju, pagi tu jugak susun jadual, pagi tu jugak buat sikit homework. hahaha pelik kan. mcm mana boleh siap dalam masa yang singkat. pergi sekolah pukul 7.05pg or 7.10 pg. sampai mesti pukul 7.15pg. merempit la katakan. lonceng bunyi pukul 7.20pagi.. hahaha < tak serik lagi ni walaupun dah excident banyak kali. hahaha.
abah selalu tanya bawa motor laju tak. mesti la jawab TAK. hahaha giler kalau cakap LAJU. sah sah kena marah. huhuhu ^_^

dalam kelas duduk depan selalu bersembang dengan nad. selalu kena marah. semua tu dah terbiasa. sampai kami sudah dicop ratu sembang. hahaha..

lagi-lagi time subjek sejarah. almaklum la student yg amik sejarah 10 org je. 5 org lelaki 5 org perempuan.
sunyi kan. ngantukkan. so, utk mengatasinya bersembang. hahahaha tapi kalau ckgu nmpak muka mcm mintak bantal cikgu akan adakan forum. perh. masa ni la kau nak ckp macam YB pun boleh.
hahaha RINDU!!! memang lakonan terbaikkkk punya. 


 hasil karya kami semua...

 class paling ceria pada tahun 2012!
hahaha selalu dapat no 1 ni.

 cikgu-cikgu yang sporting habis...

mentor saya!!! a.k.a ibu/ummi/mami/mama saya di sekolah.

 hasil sentuhan beliau melukis

 kami adik beradik.
sporting habissss!!
sayang you all.
 pose sebentar masa kolokium peringkat negeri
 thanks korang selalu support kte.
pentaque 

pose sebelum pembentangan KAJIAN ILMIAH...

KAMI ADIK BERADIK!!!

Siti Solehah Abd Wahab
Nur Nadiah binti Azmi
Nur Suhana binti Mohd Sabri
Hashima Hakasha binti Ali

enjoy sangat sebagai student sekolah.

PEACE YOOOO!!!

muahahahahaha...

Wasalam...

Saturday

SaYa SeoRaNG PeLaJaR...

assalamualaikum...
 hey..

alhamdulillah saya sudah jadi warga UiTM Shah Alam.
okay, dah sebulan sebenarnya. *tak sempat nak update kot.

nak share sikit kisah hidup suka duka sepanjang berada di UiTM 

02.09.2013
ialah tarikh saya bergelar seorang pelajar kembali setelah sekian lama duduk di rumah 
(disember 2012-september 2013) 

di mana hala tuju saya selepas STPM akhirnya terjawab!
UiTM menjadi tempat melanjutkan pelajaran saya okay.

MINGGU 1
setiap malam asyik menangis (homesick)
so, yg jadi mangsa saya sepanjang minggu ni aida, aizat ojan, nadia dgn lena.
hahaha korang la yg terpaksa dengar kisah kite kan. haha thanks.
sudi dengar cerita kite, bagi nasihat. bagi motivasi. bagi cadangan.
sayang korang! hahahaha
sanggup kot call diorg berjam2 semata-mata nak hilangkan rasa sedih yg bersarang.
yela, setiap malam asyik bergenang je air mata ni.

mmg kalau ada problem mereka ni la akan diganggu dengan masalah saya. hahaha 
okay, kawan yang terbaikkkkk!
 sekarang saya dah kuat!
SOLEHA boleh kuat mcm dulu!!!!
*balik kampung*

MINGGU 2
masih lagi setiap malam menangis.
lagi-lagi masa mak dgn abah hantar kat rumah kak yana.
bergenang je air mata.
terus toleh ke tempat lain
lap air mata!
huhuhu
"mak, tak nak balikkk" tu la ayat yg menjerit2 di dalam hati ketika itu,
tapi saya harus kuatkan diri. 
sampai bila saya harus duduk bersama mak. 
saya kena berdikari.
*first time berpisah dgn family setelah umur 19 tahun*
dan datang satu masalah...
terasa batu besar hempap di atas kepala saya.

"knp dia mesti tahu?"
"knp dia ckp mcm tu?"
"kenapa dan kenapa?"

pelbagai persoalan bermain di minda saya.
dan tiada jawapan utk masalah ini.

penyelesaiannya: think positive!

*saya akan fikir banyak kali bila akan keluar ke seksyen 7*

setiap malam tu call diorg lagi.
mmg tak putus2 call diorg
mmg rasa down gilerrr.
*balik rumah abang*

MINGGU 3
class dah start.
pendaftran subject dah settle. 
Alhamdulillah.
tiada lagi malam air mata
tiada lagi call diorg.
tiada lagi masalah.
*tipu la tak ada masalah*
dgn melupakan masalah saya mem"busy"kan dia.
TETAPI bila duduk bilik sorang-sorang

 satu persatu memori akan memutarkan masalah-masalah yang dihadapi.

kesannya: setiap malam tidur lambat dan mata akan sebam keesokkannya. 
*tak balik rumah mana2 pun sebab ada koko dgn PTPTN*

tu je la serba ringkas perjalanan hidup di UiTM.


UiTM dihatiku!!!!





Tuesday

BuKiT TiNGGi, PaHaNG

ASSALAMUALAIKUM...

bercuti bersama kawan-kawan 5TAKWA/2010
minggu lepas (6 Julai 2013)
rancangan asalnya ramai nak ikut. dalam 8 org.
almaklum la pelajar dalam kelas cuma 16 org je. sikit kan.
tapi atas sebab-sebab tertentu satu kereta tak jadi ikut. terpaksa la diteruskan.

yeahhhh, pergi bercuti weyh!!!
first time abah kasi pergi jalan-jalan jauh dgn kawan...

BUKIT TINGGI, PAHANG, MALAYSIA.!!!

pemandangan di sana sungguh cantik
terasa macam di luar negara kot.

tapi zik dah biasa dah, almaklum la duduk MESIR kan. 


salah satu hotel di BUKIT TINGGI
tiket masuk
 WELCOME to BUKIT TINGGI...
mula-mula masuk " A FRENCH-THEMED RESORT BERJAYA HIL"

 jumpa badut..
serius, serupa macam muka Farid kot..
dgn gaya rambut dia
perigi ajaib. sape yang baling duit pasti permintaannya dimakbulkan.
*BOLEH PERCAYA KE?
terpesong akidah. masyaALLAH... 
penat menaiki tangga tangkap gambar sebentar

 pemandangan dari atas menara

 semua bangunan ni hotel..
cantik kan!!!
 peace!!!!

selamat datang ke JEPUN..
日本への歓迎
 ada org cina-indon sukarela tangkapkan gambar. hahaha


 ni SPA kat sana. paling murah pun 
1jam setengah berharga RM400
wow! mahalkan...

 dalam rumah JEPUN

 ikan-ikan koi dan ikan ekor kembang *bak kata yan.


 ini truck KAMI YANG PUNYA. hahahaha
 lift pun ada cermin.. *batak sekejap..
singgah BUKIT MELAWATI Kuala Selangor..


kata Izzati, "hari ni hari bukit sedunia ke?"
hahahahahahha