Tuesday

kEnaPa?




KENAPA AKU DIUJI ??
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
AL-QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya holat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam. Nah, cukup jelaslah bahwa Allah lah yang memberi kita cubaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya!
Hanya Allah sandaran manusia...


copy by https://www.facebook.com/rndustghmati

Saturday

RiNdU kAmErA

Assalamualaikum....
saya rindu kamera saya!
kepada org yg telah mengambil kamera saya tu diharap pulangkan la eyh
kesian saya.
itu hadiah birthday saya tahun lepas (2011)
abah saya yang bagi.
cuba kamu (org yg ambil kamera saya) fikir sejenak.
kalau barang berharga yg pernah dibagi oleh ayah kamu dicuri org walaupun ia tak berharga bagi kamu
tapi ia amat bererti.
tidakkah kamu terfikir, mencuri itu berdosa.
hey, kamu tolong la pulang kan kamera saya.
kalau kamu nak sgt guna duit, kita boleh runding
yg penting jgn la sampai mencuri.
semoga Allah membuka hati kamu untuk pulang kan kamera saya
kita dah kawan lama la
dari form 1 lagi
tergamak kah kamu melakukan perkara itu pada sahabat kamu?
renung-renungkan la dan selamat beramal wahai kawan.
saya bukan nak menuduh kamu. tapi saya dah banyak kali baca YASSIN.
dan setiap kali saya baca yassin, wajah kamu bermain di fikiran saya.
apakah itu petunjuk yg diberikan oleh Allah kepada saya?
dan, apabila saya buat air yassin dan bagi 1 kelas minum.
kenapa muka kamu lain sangat.?
adakah kamu takut?
kenapa tangan kamu menggeletar tetiba?
adakah kamu takut?
kenapa kamu sibukkan diri dgn membuat kerja sekolah, sedangkan sebelum ini kamu tak pernah sentuh buku sekolah?
adakah kamu takut?
apabila saya sudah beli camera baharu
kenapa kamu tengok je camera yang saya pegang?
adakah kamu mahu mengambil kamera saya lagi?


 macam ini la camera saya yg hilang tu.
saya sedih sangat 
8 Julai 2012 (selasa)
tolong la pulangkan balik.
sempena bulan ramadan yang mulia ini 
kamu kembalikan la kamera saya.
tolong la saya merayu.
kamu tahu tak. saya terpaksa mencari duit untuk membeli kamera baharu 
demi menggantikan kamera yang kamu ambil itu.
saya terpaksa mengeluarkan duit biasiswa dan pinjam duit daripada kakak saya
semata-mata nak beli kamera.
ni kamera yang saya beli untuk menggantikan kamera yang hilang

p/s: kamu tolong la pulangkan camera saya.
jika kamu segan mahu memulangkan semula
kamu letak sahaja di dalam bag sekolah saya
bila saya tiada di kelas.
*semoga Allah lembutkan hati kamu untuk
pulangkan kembali camera saya
AMIN!!!! :)

Thursday

TeLaTaH 6 aTaS 2

Assalamualaikum....
satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh.
(alamak dah tak cukup jari tangan la, guna jari kaki la)
sebelas, dua belas, dan tiga belas...
alhamdulillah hari ni dah masuk 13 hari umat Islam berpuasa.
sedar tak sedar, dah banyak hari kita puasa.
persoalannya, apakah perkara yang kita buat sepanjang berpuasa ini.
okay, jom kita tinjau ke kelas 6a2 SMK Dato' Mustaffa sepanjang ketiadaan guru hari ini
kita lihat seorang demi seorang perangai mereka.
 okay, yang pertama kita lihat aktiviti aida dengan yan.
nampak ke apa mereka sedang lakukan itu? tak nampakkan? okay jom kita zoom 
bagi nampak sikit.
zoooooooooooomm!!!!!
ha... ni la perkara yg aida dgn yan buat iaitu tgh online
tapi mencari bahan untuk projek seni mereka.
wah!!! bagus la mereka ini. 
tak ada la buat perkara yang membazirkan masa. betul tak?
 baiklah, sekarang kita tengok 3 orang jejaka (yusri, aizat & ojan) ini pula. apa yang mereka buat itu?
nampak khusyuk je ngadap net book...
hmm buku tak ada di tepi mereka la... ni mesti tengah tengok movie ni.
*korang! exam dah nak dekatkan. banyak kan belajar la.
isikan masa anda dengan membaca buku tau menyiapkan kerja sekolah.
 hmm ini pun sama! online. online. online.
ada masa terluang sikit online facebook.
astagfirullah al azim. sedar la wahai kawan-kawanku (alia & wani). 
 alhamdulillah, sejuk mata memandang. study sama-sama
ha, macam ni la org yang mengisikan masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah
wah, anas tengah belajar dengan nad la.
tahniah anas!
 Asmira, apa yang kamu sedang buat itu?
ce zoom in sikit...
zoommmmmmmmmm in!!!!!
wah, asmira tengah melukis la. cantiknya...
siapkan projek seni ye.
bagus. anda tidak mensia-siakan masa.
 seterusnya, farid pula.
apa yang dia sedang lakukan itu?
apa dia buat tu?? (mata nak renung sedalam-dalamnya tapi tak nampak sgt)
sebenarnya dia tengah menonton lagu nasyid yang dinyanyikan oleh Zaid Najmuddin Zul Akmal (adik-adikku)
memang terbaik la lagu ni
*tasha ckp, masuk imam muda la
 banyak betul la net book kat kelas 6A2 ni tadi je dah 4 buah net book.
ni apa kes pula? tengok apa pulak? 
tak dapat dikenal pasti la pulak mereka berdua ni buat apa.
 ha, ni la nad. atau nama panjangnya Nur Nadiah.
subjek apa yang mereka bincangkan tu?
zoom in sikit.
oh, buat jadual untuk bunyi-bunyi konsonan dengan keratan lidah vokal.
mestilah bahasa Malaysia kan. wah bagus, bagus.
* PaTik BaDang Cari Janda Serupa Hantu Raya Lalu MeNgkap NYamuk teNGok WaYang 
(jangan pelik, inilah lagu untuk mengingatkan bunyi-bunyi konsonan.)
Seha. ha ini la pelajar 6A2 yang rajin sangat.
setiap masa buka buku.
*buka je la eyh.
buku apa tu?
macam buku Bahasa Malaysia je.
ye kot. 
 Buku Bahasa Malaysia lagi...
almaklumla pelajar yang ambil bahasa Malaysia cuma 9 orang je 
dua lelaki dan yang lain-lain perempuan.
go-shima-go-shima
 gulp. *telan air liur sebentar.
nak comment apa ha?
tak perlu comment kot.
nanti menambahkan dosa. *peace yooo 
 wah, rajinnya anak sape la ni?
sejuk perut mak dia mengandungkan dia.
alhamdulillah
*jangan nak pelik sangat la tengok pen dia.
budak paling rajin tu. 
*tolong jangan buat muka pelik.
 amboi, dah kemas semua buku dah.
tunggu nak balik je la ni.
hmm NUR SUHANA!
tolong manfaatkan masa kamu.
ada lagi 1 jam lagi nak balik.
penat berpuasa eyh. oh, okay faham.
muka penuh dengan ke'strees'an
penat berpuasa jugak eyh?
ala kesiannya dia.
rajin dia buat homework. kalau mak dia tengok ni
mesti bangga . go-tasha-go-tasha!
GOOD LUCK FOR OUR STPM!