Tuesday

BuKiT TiNGGi, PaHaNG

ASSALAMUALAIKUM...

bercuti bersama kawan-kawan 5TAKWA/2010
minggu lepas (6 Julai 2013)
rancangan asalnya ramai nak ikut. dalam 8 org.
almaklum la pelajar dalam kelas cuma 16 org je. sikit kan.
tapi atas sebab-sebab tertentu satu kereta tak jadi ikut. terpaksa la diteruskan.

yeahhhh, pergi bercuti weyh!!!
first time abah kasi pergi jalan-jalan jauh dgn kawan...

BUKIT TINGGI, PAHANG, MALAYSIA.!!!

pemandangan di sana sungguh cantik
terasa macam di luar negara kot.

tapi zik dah biasa dah, almaklum la duduk MESIR kan. 


salah satu hotel di BUKIT TINGGI
tiket masuk
 WELCOME to BUKIT TINGGI...
mula-mula masuk " A FRENCH-THEMED RESORT BERJAYA HIL"

 jumpa badut..
serius, serupa macam muka Farid kot..
dgn gaya rambut dia
perigi ajaib. sape yang baling duit pasti permintaannya dimakbulkan.
*BOLEH PERCAYA KE?
terpesong akidah. masyaALLAH... 
penat menaiki tangga tangkap gambar sebentar

 pemandangan dari atas menara

 semua bangunan ni hotel..
cantik kan!!!
 peace!!!!

selamat datang ke JEPUN..
日本への歓迎
 ada org cina-indon sukarela tangkapkan gambar. hahaha


 ni SPA kat sana. paling murah pun 
1jam setengah berharga RM400
wow! mahalkan...

 dalam rumah JEPUN

 ikan-ikan koi dan ikan ekor kembang *bak kata yan.


 ini truck KAMI YANG PUNYA. hahahaha
 lift pun ada cermin.. *batak sekejap..
singgah BUKIT MELAWATI Kuala Selangor..


kata Izzati, "hari ni hari bukit sedunia ke?"
hahahahahahha

PuAsA DaTaNg LaGi (1434H)

assalamualaikum...
....AHLAN WA SAHLAN....
salam RAMADAN...

esok dah puasa yeahhh!!!
10 JULAI 2013
bersamaan 
1 RAMADAN 1434

Maksud Puasa :
Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Hikmah Puasa:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t.atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga.
  • Mendidik nafsua marah(yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsulawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsumutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintahAllah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya:"Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
# sama-sama la kita meningkatkan iman kita.
# semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa taat kepadaNYA
# semoga ramadan kali ini dilimpahi keberkatan.

SALAM RAMADAN....
saya, susun sepuluh jari memohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada semua seluruh muslimin dan muslimat...

*selamat menjalani ibadah puasa*