Monday

PiCtuRe wiTh FaMiLy

Assalamualaikum...
kebosanan yang terlampau
*tahap petala kelapan!
on laptop,
tergerak nak tgk gambar2 kat laptop.
tengok gambar abang nikah. kakwa kahwin dan bangchik kahwin
tengok la gambar bersama family.

bergambar bersama kakwa dan saudara-mara 

sabar je la dgn akim.
serius tak perasan! 

ni time abg nikah.tak cukup korum
bangchik tak ada,tapi terlebih sorang. ijat!

okay, ni antara gambar-gambar yang ter-upload.
banyak lagi. tapi internet macam lembab sikit hari ni. 
so, ini je la yg dapat saya upload.
tahun depan saya dapat 3 sonfruit! yeah.
makin berkembanglah keluarga Abd. Wahab :)

*hari khamis 13 December 2012,
saya dan keluarga nak g bercuti.
exam habis 12 december 2012!
yeahooo!
sukanya saya. tahun ni je dah 3 kali g bercuti.
awal tahun pergi kedah, dan johor, melaka, pahang
akhir tahun pergi bukit merah! hihihi
jangan jealous...:) 

Sunday

BeRciNtA SeLePaS kaHwiN

macam menarik je tajuk tu.
hahaha tajuk je yg menarik 
entry-nya tak menarik sgt pun.
eh, lupa beri salam.
ASSALAMUALAIKUM, semua :)
hope sihat-sihat selalu.
(saya je yg tak sihat-sihat lagi) *hukhukhuk
doakan saya sentiasa sihat ye :)
okay, back to topic.
best kan kalau bercinta selepas kahwin.
baru rasa nikmat sebuah percintaan.
saya berharap sangat saya dapat menikmati bercinta selepas kahwin
tapi tu semua KALAU.
bila dengar kawan baik saya dah tunang.
macam cemburu je.
yela, terasa macam semakin jauh dgn dia.
tapi dia dah bahagia.
JANGAN CEMBURU DGN KEBAHAGIAN ORANG SANGAT LA!
^_^
semoga awak bahagia ima ^_^
jangan lupa jemput saya nanti hihihi
sweetnya la...
seronok sangat tengok awak dah bahagia.
saya je belum lagi. 
doakan saya ye. :)

okay, BERCINTA SELEPAS KAHWIN.
hmm, banyak kebaikannya.
bestnya!










*tahun depan saya dapat TIGA org anak buah*

OsT PuTeRa RaYyaN

Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai
Lafazkanlah kasih Kalimah cinta
Lafazkanlah saja Rindu milik kita
Kerana hati ini Hanyalah buatmu
Setulus hati ku Ku serah padamu
Oh kekasih
Kekasih janganlah kau pergi
Kerana ku menyayangi mu
Kerinduan ini hanyalah untuk mu
Percayalah ku cinta padamu
Moga realiti bukannya mimpi
Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai

Lagu: lafazkanlah
ost putera rayyan

Saturday

CaFe CiNtA


Assalamualaikum..
"Cafe cinta"
sangat-sangat memberikan ikhtibar
pasal CINTA
seronok dengar ceramahnya.
THANKS aida sebab suruh saya tgk video ni.
Alhamdulillah ada keyakinan sedikit selepas tgk video ni. :)
saya teringin nak pasangan hidup macam yg kakak tu cakap
semoga Allah pertemukan. AMIN...
betul kakak tu ckp.
banyak keburukan COUPLE kan.
banyak cabaran semasa couple.
hmm kalau macam tu baik tak payah couple, kahwin terus je
betul tak?
banyak jugak ye zaman sekarang orang kahwin muda.
SWEET sangat tengok orang kahwin muda ni.
bahagianya MEREKA!
saya pun nak macam tu!!!!!! hehehe
bila tgk gambar-gambar mereka.
cemburu kot.
tetiba terdetik : bila la saya boleh bahagia macam mereka.
TERSANGAT JELES, okay!
bila saya nak dipertemukan dengan seseorang yang boleh memahami saya.?
hanya seorang je yang sangat memahami saya. 
tapi dia hak org lain. dia dah kahwin. :(
cinta terhalang :'(
SEMOGA DIA BAHAGIA DENGAN ISTERINYA 
amin.
saya harap awak bahagia. :)
dia dah bahagia dengan org tersayang.
saya bila lagi ??? hmmm so sad :'( 
*menangis...

menangis darah sekali pun dia tetap hak orang lain.
dah! lupakan dia.



...CINTA ALLAH KEKAL ABADI...

SaKiT

saya terasa!
kenapa macam ni?
saya rela undur diri!
benci!
terseksa!
sakit hati!
kecewa!
sedih!
merana!
BENCI!!!!!!!!!!!!!
jgn buat saya macam ni!
please!!!!!!!!!!!!!!!
saya merana!
saya kecewa!
saya terseksa!
saya rindu suasana macam dulu!
saya nak macam dulu!
saya.....................................................
HARGAILAH KAWAN!
jgn buat kawan macam ni????????????/

Tuesday

DeMaM!

sekarang cuaca tak menentu.
kadang-kadang hujan,
kadang-kadang panas kan.
biasa la semua kuasa ALLAH.

DEMAM. yay! demam
itu yg mampu saya taip.
Batuk. susah nak tidur.
kalau malam pun asyik terjaga je
nak tidur petang, lagi la susah
asyik batuk je.
esok ada exam PENGAJIAN AM1
nasib baik sampai pukul 10 pagi je. huhuhu

okay la. dah tak larat nak taip
panjang-panjang. huh.

hey kamu! jaga kesihatan kamu tu!!!!

Monday

DaH aDa pAkWe?

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!
selamat petang :)

tajuk pun macam "perrrhhhhhhhh"
hahahahaha
tadi, dalam pukul 12 lebih kot.
lepas balik kelas km2
tengah duk leka update blog dgn on twitter
tetiba MakTam datang...
maktam : buat apa tu? ada soalan spot kt laptop ke?
saya : hahaha ~ tak ada la. saje je..
maktam : dah tengok dah gambar Akim kt fb?
saya : gambar apa? gambar lama je ada.
maktam : gambar terbaru dia tak letak? 
saya : tak ada pun. ada gambar dengan kawan dia je kt pantai.
maktam : kak tie, ada gambar apa pulak?
saya : hmm gambar dengan artis2 je kt unimas.
* dalam masa yg sama battery laptop low.
maktam : leha dah ada pakwe?
saya : gulp (telan air liur) eh, battery low la. kejap nak amik charger
maktam : ada ke tak??
*LARI!!!!!!!!!!!!!!!!!
hahahahaha

kan best kalau ada saudara atau sepupu perempuan yang sebaya.
tapi saya ada 2 saudara lelaki yang sebaya je.
dah la dua-dua ni pandai.
sorang masuk UTM johor (hadi)
sorang lagi masuk UPNM (akim)
hmm kadang-kadang terasa jugak, segan pun ada
lagi-lagi bila diorang balik. fuhh...
kalau dgn akim tak apa lagi dah biasa jumpa
selalu bermain bersama masa kecil.
suka tengok bila dia mancing. hahaha
tapi tak dapat ikan pun!
tapi kalau hadi tu rasa lain sikit.
sembang pun sepatah dua.
kalau dua hari dia datang. hari pertama mesti tak akan 
sembang dgn dia tapi hari kedua baru nak sembang
mungkin malu kot. 
yela, dah besarkan... 
masa kecil selalu main sama tapi bila besar malu nak tegur dia.
saya yang paling cumel tu! hahahaha
*PERASAN*









ILOVEBLOG

setuju tak, kalau saya cakap blog kekasih hati kita?
kenapa? sebab blog sentiasa ada masa kita senang atau sukar.
walaupun kita curang dgn dia. dia tetap setia utk menjadi peneman
waktu sedih.
saya rasa kalau saya tak ada blog mungkin saya boleh jadi giler
yela tak ada tempat untuk luahkan perasaan ini.

teringin nak bagi anak cucu baca blog hahahahaha *perasan la kau leha!
teringin nak buat novel berdasarkan kisah hidup sendiri
teringin nak jadikan blog sebagai diari hidup

dah stop! tak usah teringin2 la kan.
terima kasih banyak kepada FATIMAH ZAHRA BINTI RASHID
kerana dia telah perkenalkan kekasih hati saya kepada saya.
mula-mula blog ni nama
tomorrowneverdie.blogspot.com
saya tukar sebab ada kawan saya kat kelas (F5) baca pastu touching. hahahaha
pastu tukarla kepada
sukahatiakulah.blogspot.com
ni pulak saya tukar sebab ada seorang blogger tu suruh tukar sbb agak kasar bunyinya. okay saya ikut baru la tercetusnya
inlifesoleha93.blogspot.com
lepas ni tak tahu la nak tukar or tak. hihihihi

aKu DaTaNg

suka layan lagu ni! best. hihihi :)


Lirik Lagu Aku Datang - Tomok

Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku

Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Aku datang kepadamu
Kepadamu

TeMan peNgGanTi

jom layan lagu TEMAN PENGGANTI


Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz2DxMlIHMg

problem is trouble

Alhamdulillah, satu masalah dah selesai...
terima kasih Allah :)
masalah yang satu lagi ni, bila nak selesai?
mungkin habis exam selesai kot.
mudah2an. dah tak sanggup jadi macam ni.
pergi sekolah pun macam tak terasa diri pergi sekolah je. :(
leha! hiraukan mereka.
biarla diorang nak buat apa dgn kau!
yang penting habis kan exam lagi 3 paper ni!
seriously, jadi sangat2 lain! masalah yang sangat merumitkan diri saya :(
huk. huk. huk. (batuk)
kenapa masalah ni sukar di atasi ?????
thanks aida, sudi dgr segala masalah kita :)
*jangan nak senyum2 sangat la aida ^_^
weh, seriously, kita rasa lega bila cerita masalah kita kat kau!
thanks kawan! kau sahabat kita dunia dan akhirat. :)
sayang kau!
 masalah, masalah, masalah!
bila kau nak nyah dari hidup saya????
kawan yg baik selalu ada sewaktu kawannya dalam keadaan susah atau senang.
kenapa korang buat saya macam ni weh?
apa salah saya? macam terpinggir!!!!\setiap malam saya memikirkan samalah yg tiada kesudahan ini....
kenapa korang tak sedar? atau korang pura-pura tak sedar???
seriously, saya terasa sangat. saya sayang korang! tapi dah korang buat saya macam ni, macam saya tak wujud!!!!!!!!!!!!!
ya, mungkin faktor rumah saya jauh kan? okay.
untuk belajar, walau apa pun masalah kita kena atasi. tapi ada ke korang tanya? nak join tak??
sedih weh... macam dah tak ada mood nak g sekolah! semuanya mcm tak kena.
korang sembang pun macam saya tak wujud! saya TENSION!!!

woi woi woi.....
bila nak selesai masalah ni...
pergi kau masalah!!!!!

okay la, hari ni ada kelas km2.
masuk pukul 8.45 tapi tak siap apa2 pun. huhuhu

Sunday

KePaLa KuSuT!!!!!!!!




Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan dengan kebahagian...

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan. :)

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN.. :)

Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan.


kuatkan la diri ku ini.
cekalkan la hati ku ini.
tabahkan la hati ku ini.
tenangkan la hati ku ini.

jiwa kacau!!!!!!!
TAHAP PETALA KELAPAN!
kesedihan menyelubungi diri ku ni.
benci perasaan ni.
tension......

aida, terima kasih sudi luangkan masa
mendengar luahan perasaan saya.
kau la kawan saya dunia dan akhirat.

ada 3 masalah yg besar
yang perlu saya pikul sepanjang STPM ni
1. masalah peribadi
2. masalah kawan
3. masalah CINTA
semoga saya kuat menghadapi masalah ini.
terima kasih aida sudi dengar ketiga-tiga masalah saya ni.
ada masa untuk saya.
saya rasa puas selepas saya menangis kat depan kau.
saya rasa kau la kawan yg sejati. sanggup ada bersama saya pada masa susah atau senang.
terima kasih aida. kita pegang kata-kata kau semalam tu. INSYAALLAH.
semoga Allah permudahkan urusan saya, AMIN,,,,


mood : BUT, I LOVE HIM














Awak, saya sayang awak...

please! saya mohon, tolong berikan penjelasan. jangan seksa saya dengan hanya berdiam diri awak tu.
berdiam diri tak dapat selesaikan masalah.saya jugak ada cakap dan kita pernah berjanji sama2 pasal kalau kita ada masalah kita bagi tahu, kongsi! bukan berdiam diri, biarkan saya hidup terkontang kanting macam ni! tolong la. saya perlukan jawapan! bukan hanya berdiamkan diri! tolong la. awak jugak perlu faham situasi saya di sini. kalau awak di tempat saya apa yg awak rasa kan? mesti tertanya-tanya kan. kenapa tak balas mesej, tak angkat call! tolong la. adakah awak masih ingat lagi kata-kata awak untuk memulakan hubungan kita? kalau awak tak ingat, saya tolong ingatkan.


"Awak sudi tak berikan peluang kedua tu untuk saya? Peluang kedua untuk memiliki awak? (",)"

dan jawapan saya berikan kepada awak...

Saling mencintailah hanya kerana Allah,
Saling menyayangilah hanya kerana Allah,
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah.
Kerana hanya Allah yang dapat menumbuhkan rasa cinta, 
kasih sayang dan kebahagiaan tersebut..
*bila hati sudah memberi, jangan disakiti lagi, bila sudah sudi, harap setulus hati…
^_^



"BILA HATI SUDAH MEMBERI,
JANGAN DISAKITI LAGI,
BILA SUDAH SUDI,
HARAP SETULUS HATI"

saya buat pantun ini untuk awak, sbb saya nak awak tahu saya memberikan peluang kedua untuk memperbaiki hubungan kita, dan saya juga berharap dengan peluang kedua ni awak tak akan buat saya kecewa lagi.

cukup la saya kecewa masa kali pertama dulu. masa awak mintak putus dalam masa yang sama ada dapat berita ex saya dah kahwin. yela mungkin tak patut saya kecewa kerana dia dah kahwin. tipu la. kalau rasa sayang pada ex hilang mcm tu je. seminggu awak, setiap malam saya menangis pasal dua masalah yg menimpa saya sekali gus.
mungkin dah memang takdir saya.

saya terima keputusan yg awak buat. kalau mmg sudah tiada tempat untuk saya dihati awak, awak bagitahu je. saya boleh terima. tetapi kalau ada lagi ruang saya dihati awak. tolong bagi tahu saya. saya perlukan jawapan dari awak!
saya harap kalau awak baca entry ini, awak berikan keputusannya secepat yang mungkin. maaf seringkali menganggu awak.  tapi saya TERPAKSA sebab inginkan kepastian dari awak. saya cuma nak awak tahu, saya ikhlas mencintai awak. tapi saya tak berhak mencintai awak sekiranya awak tak mencintai saya.

"CINTAILAH INSAN YANG MENCINTAI KITA KERANA INSAN YANG KITA CINTAI BELUM TENTU MENCINTAI KITA SEPERTI KITA MENCINTAINYA. TETAPI APAKAH CINTA INSAN YANG KITA CINTAI ADA UNTUK KITA? KEIKHLASAN DAN KETULUSAN CINTA ADALAH KUNCI KEBAHAGIAN" - Didi Dania




i love you...



Ya RABB berikanku PELANGI untuk

setiap HUJAN, SENYUMAN untuk

setiap TANGISAN, RAHMAT untuk

setiap CUBAAN dan KEKUATAN
untuk setiap DUGAAN...