Tuesday

PuAsA DaTaNg LaGi (1434H)

assalamualaikum...
....AHLAN WA SAHLAN....
salam RAMADAN...

esok dah puasa yeahhh!!!
10 JULAI 2013
bersamaan 
1 RAMADAN 1434

Maksud Puasa :
Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Hikmah Puasa:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t.atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga.
  • Mendidik nafsua marah(yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsulawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsumutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintahAllah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya:"Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
# sama-sama la kita meningkatkan iman kita.
# semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa taat kepadaNYA
# semoga ramadan kali ini dilimpahi keberkatan.

SALAM RAMADAN....
saya, susun sepuluh jari memohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada semua seluruh muslimin dan muslimat...

*selamat menjalani ibadah puasa*