sempena LEHA sakit mata LEHA nk share pasal skit mata ni...aktikal ni LEHA amik kat http://www.cybermedik.com/sakit-mata-merah
Apa dia sakit mata merah(konjunktivitis)
Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa anak anda telah dijangkiti sakit mata (konjunctivitis)?
Sakit mata yang berjangkit biasanya:- bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata
- mata terasa gatal
- menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata
- mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.
Jika disebabkan oleh jangkitan virus, kebiasaannya mata anda akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema(colds) sekali pada masa jangkitan itu.
Penyebab sakit mata merah
Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja . Ia mungkin,Alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh
- debunga ( hay fever)
- bulu haiwan
- habuk
- pengawet dalam ubat mata atau
- pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat
Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)
Jangkitan sakit mata ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari , tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengan doktor untuk kepastian kerana,
Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.
Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.
Bagaimana?
- Amalan kebersihan adalah penting
- Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata kita.
- Gunakan barang peribadi yang berasingan sehingga jangkitan itu sembuh
Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?
Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk berjumplah dengan doktor untuk rawatan.Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.
nk keterangan lanjut sila klik
http://www.cybermedik.com/sakit-mata-merah
sakitnya mata baca entri leha ni..berwarna-warni..adoiiii.he he
ReplyDeletepapepun nice info
singgah blog saya plop
hihihi... :) thanks sudi baca entri Leha... :)
ReplyDelete