berdiam diri tak dapat selesaikan masalah.saya jugak ada cakap dan kita pernah berjanji sama2 pasal kalau kita ada masalah kita bagi tahu, kongsi! bukan berdiam diri, biarkan saya hidup terkontang kanting macam ni! tolong la. saya perlukan jawapan! bukan hanya berdiamkan diri! tolong la. awak jugak perlu faham situasi saya di sini. kalau awak di tempat saya apa yg awak rasa kan? mesti tertanya-tanya kan. kenapa tak balas mesej, tak angkat call! tolong la. adakah awak masih ingat lagi kata-kata awak untuk memulakan hubungan kita? kalau awak tak ingat, saya tolong ingatkan.
"Awak sudi tak berikan peluang kedua tu untuk saya? Peluang kedua untuk memiliki awak? (",)"
dan jawapan saya berikan kepada awak...
Saling mencintailah hanya kerana Allah,
Saling menyayangilah hanya kerana Allah,Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah.
Kerana hanya Allah yang dapat menumbuhkan rasa cinta,
kasih sayang dan kebahagiaan tersebut..
*bila hati sudah memberi, jangan disakiti lagi, bila sudah sudi, harap setulus hati…
^_^
"BILA HATI SUDAH MEMBERI,
JANGAN DISAKITI LAGI,
BILA SUDAH SUDI,
HARAP SETULUS HATI"
saya buat pantun ini untuk awak, sbb saya nak awak tahu saya memberikan peluang kedua untuk memperbaiki hubungan kita, dan saya juga berharap dengan peluang kedua ni awak tak akan buat saya kecewa lagi.
cukup la saya kecewa masa kali pertama dulu. masa awak mintak putus dalam masa yang sama ada dapat berita ex saya dah kahwin. yela mungkin tak patut saya kecewa kerana dia dah kahwin. tipu la. kalau rasa sayang pada ex hilang mcm tu je. seminggu awak, setiap malam saya menangis pasal dua masalah yg menimpa saya sekali gus.
mungkin dah memang takdir saya.
saya terima keputusan yg awak buat. kalau mmg sudah tiada tempat untuk saya dihati awak, awak bagitahu je. saya boleh terima. tetapi kalau ada lagi ruang saya dihati awak. tolong bagi tahu saya. saya perlukan jawapan dari awak!
saya harap kalau awak baca entry ini, awak berikan keputusannya secepat yang mungkin. maaf seringkali menganggu awak. tapi saya TERPAKSA sebab inginkan kepastian dari awak. saya cuma nak awak tahu, saya ikhlas mencintai awak. tapi saya tak berhak mencintai awak sekiranya awak tak mencintai saya.
"CINTAILAH INSAN YANG MENCINTAI KITA KERANA INSAN YANG KITA CINTAI BELUM TENTU MENCINTAI KITA SEPERTI KITA MENCINTAINYA. TETAPI APAKAH CINTA INSAN YANG KITA CINTAI ADA UNTUK KITA? KEIKHLASAN DAN KETULUSAN CINTA ADALAH KUNCI KEBAHAGIAN" - Didi Dania
i love you...
Ya RABB berikanku PELANGI untuk
setiap HUJAN, SENYUMAN untuk
setiap TANGISAN, RAHMAT untuk
setiap CUBAAN dan KEKUATAN
untuk setiap DUGAAN...
No comments :
Post a Comment