kadang-kadang kita fikir kisah dalam novel semuanya auta belaka
kadang-kadang teringin nk jd heroin dalam novel
kadang-kadang terfikir kenapa kisah hidupnya penuh kegembiraan
kadang-kadang hati teringin kisah dalam novel jadi kenyataan dalam hidupnya.
pernah tak terfikir apa yang kita inginkan tak jadi kenyataan...
pernah tak terasa dunia ini kejam
pernah tak berfikir hidup tak ada erti lagi
pernah tak terasa hidup ini membebankan
adakah kita salah kan pada takdir..
adakah pernah kita nekad untuk melakukan kemungkaran
adakah kita lebih suka memendamkan perasaan sahaja
adakah hati kita tebal dan kuat untuk hadapi dugaan.
sukar tak, nak meluahkan cinta dihati
sukar tak, nak buat seseorang itu memahami kita
sukar tak, nak cari seseorang yang benar-benar cintakan kita
sukar tak, nak buat hati percayakan seseorang
perlu tak, menerima cinta orang itu semula
perlu tak, biarkan hati mencintai semula
perlu tak, balas dendam kepada dia
perlu tak, mencintai dia sepenuh hati
No comments :
Post a Comment