Assalamualaikum....
saya rindu kamera saya!
kepada org yg telah mengambil kamera saya tu diharap pulangkan la eyh
kesian saya.
itu hadiah birthday saya tahun lepas (2011)
abah saya yang bagi.
cuba kamu (org yg ambil kamera saya) fikir sejenak.
kalau barang berharga yg pernah dibagi oleh ayah kamu dicuri org walaupun ia tak berharga bagi kamu
tapi ia amat bererti.
tidakkah kamu terfikir, mencuri itu berdosa.
hey, kamu tolong la pulang kan kamera saya.
kalau kamu nak sgt guna duit, kita boleh runding
yg penting jgn la sampai mencuri.
semoga Allah membuka hati kamu untuk pulang kan kamera saya
kita dah kawan lama la
dari form 1 lagi
tergamak kah kamu melakukan perkara itu pada sahabat kamu?
renung-renungkan la dan selamat beramal wahai kawan.
saya bukan nak menuduh kamu. tapi saya dah banyak kali baca YASSIN.
dan setiap kali saya baca yassin, wajah kamu bermain di fikiran saya.
apakah itu petunjuk yg diberikan oleh Allah kepada saya?
dan, apabila saya buat air yassin dan bagi 1 kelas minum.
kenapa muka kamu lain sangat.?
adakah kamu takut?
kenapa tangan kamu menggeletar tetiba?
adakah kamu takut?
kenapa kamu sibukkan diri dgn membuat kerja sekolah, sedangkan sebelum ini kamu tak pernah sentuh buku sekolah?
adakah kamu takut?
apabila saya sudah beli camera baharu
kenapa kamu tengok je camera yang saya pegang?
adakah kamu mahu mengambil kamera saya lagi?
macam ini la camera saya yg hilang tu.
saya sedih sangat
8 Julai 2012 (selasa)
tolong la pulangkan balik.
sempena bulan ramadan yang mulia ini
kamu kembalikan la kamera saya.
tolong la saya merayu.
kamu tahu tak. saya terpaksa mencari duit untuk membeli kamera baharu
demi menggantikan kamera yang kamu ambil itu.
saya terpaksa mengeluarkan duit biasiswa dan pinjam duit daripada kakak saya
semata-mata nak beli kamera.
ni kamera yang saya beli untuk menggantikan kamera yang hilang
p/s: kamu tolong la pulangkan camera saya.
jika kamu segan mahu memulangkan semula
kamu letak sahaja di dalam bag sekolah saya
bila saya tiada di kelas.
*semoga Allah lembutkan hati kamu untuk
pulangkan kembali camera saya
AMIN!!!! :)
No comments :
Post a Comment