Thursday

kenali senggugut...

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,[1] the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[2] Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.
Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).
Dalam kegunaan, ringkasan PMS difahami secara meluas di Amerika Syarikat (dan negara lain, sebagai contoh Australia) sebagai merujuk kepada kesukaran dikaitkan dengan haid, dan ringkasan ini digunakan secara kerap malah dalam kedudukan biasa atau tidak formal, tanpa terikat dengan ketegasan perubatan. Dalam konteks ini, sindrom jarang dirujuk tanpa ringkasan, dan konotasi rujukan adalah lebih meluas berbanding istilah perubatan.

Simptom

PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung).[2] Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS: [3][4] [5][6]
  • Perut kembong
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • Masaalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

Faktor risiko

  • Pengambilan kafin tinggi[6]
  • Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
  • Peningkatan usia
  • Sejarah kemurungan
  • Penggunaan tembakau
  • Sejarah keluarga
  • Faktor permakanan[7] (Aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E)
Sejarah keluarga sering kali merupakan petunjuk baik bagi kemungkinan sindrom prehaid; kajian mendapati bahawa kehadiran PMS adalah dua kali ganda lebih tinggi dikalangan kembar seiras berbanding kembar sebapa.[2] Sungguhpun kehadiran sindrom prehaid adalah tinggi dikalangan wanita dengan masaalah affective (affective disorders) seperti kemurungan dan masaalah bipolar, kaitan punca tidak dapat dipastikan.
Vitamin B turut didakwa mampu membantu dengan menstabilkan emosi.

Diagnosis

Tidak terdapat ujian makmal atau penemuan fizikal unik untuk mengesahkan diagnosis PMS. Untuk menentukan satu corak, doktor mungkin meminta pesakit wanita untuk menyimpan rekod prospektif mengenai simptomnya pada sekeping takwim untuk sekurang-kurangnya dua kitaran haid.[3] Ini akan membantu menentukan, adakah, prehaid dan boleh diramal berulang. Sejumlah peralatan piwaian telah dibangunkan bagi mengukur PMS, termasuk Kalendar bagi sindrom Pengalaman Prehaid (Calendar of Premenstrual syndrome Experiences - COPE), Rekod Prospektif Bagi Kesan Dan Keterukan Haid (PRISMA), dan Penimbang Analog Visual (Visual Analogue Scales - VAS).[2]
Tambahan, keadaan lain mungkin menjelaskan simptom dengan lebih baik mungkin diketepikan.[2] Sejumlah keadaan perubatan cenderung menjadi teruk ketika haid, proses yang dikenali sebagai peningkat haidluteal). Keadaan yang boleh ditingkatkan oleh prehaid termasuk kemurungan, migran, masaalah sawan, sindrom lesu kronik, sindrom usus besar resah (irritable bowel syndrome), asthma, dan alahan.[2] Keadaan ini mungkin mendorong kepada pesakit mempercayai bahawa dia mengidap PMS, sedangkan masaalah sebenar mungkin masaalah lain. Ciri utama adalah keadaan ini mungkin wujud di luar fasa haid (
Sungguhpun tidak terdapat persetujuan umum mengenai apa yang ditakrifkan sebagai takrifan rasmi bagi menentukan PMS, dua takrifan yang biasa digunakan dalam program penyelidikan:
  • Penyelidik di Institusi Kebangsaan bagi Kesihaan Mental (National Institute of Mental Health) membandingkan antara tahap simptom dari hari kitaran 5 hingga 10 sehingga selang enam hari sebelum permulaan haid.[2] Untuk layak sebagai PMS, tahap simptom mesti meningkat sekurang-kurangnya 30% dalam tempoh enam hari sebelum haid.. Tambahan lagi pola ini mesti direkodkan bagi sekurang-kurangnya dua kitaran berturut-turut.
  • Definas yang ditetapkan di Universiti California di San Diego memerlukan kedua kesan emosi (affective) dan fizikal (somatic) dalam tempoh lima hari sebelum haid setiap satu dalam tiga kitaran berturut-turut, da mesti tida hadir semasa tempo pre-ovulasi itaran (hari ke-4 sehingga 13).[2] Bagi definasi ini, simptom affective termasuk simtom seperti kemurungan, mudah terganggu, risau, keliru, dan bersendirian. Simptom somatic termasuk simptom seperti sensitif pada bahagian payu dara, kembung perut, sakit kepala, dan bengkak pada bahagian kaki dan tangan.

Etikologi (Punca)

Punca sebenar senggugut PMS tidak difahami sepenuhnya. Sungguhpun PMS dikaitkan dengan fasa bulan (luteal phase), ukuran paras hormon seks adalah dalam lingkungan aras normal. PMS cenderung lebih kerap dikalangan kembar, mencadangkan kemungkinannya terdapat komponen genetik.[2] Pemikiran semasa mensyaki bahawa interaksi pemancar neuron-saraf-pusat dengan hormon seks terjejas.[2] Ia dipercayai berkait dengan kegiatan serotonin (sejenis pemancar neuron (neurotransmitter)) dalam otak.[8] [5][9]
Faktor genetik kelihatannya memainkan peranan, kerana kadar kejadian adalah dua kali ganda dalam kembar monozygotik berbanding kembar dizygotik. [10]
Kajian awal menunjukkan sehingga 40% wanita dengan simptom PMS, mempunyai penurunan jelas dalam aras kitaran serum beta-endorphin. Beta endorphin adalah opioid neurotransmitterang dihasilkan secara semulajadi yang mempunyai kecenderungan bagi penerima yang sama yang dicapai oleh heroin dan candu lain. Sesetengah penyelidik menyedari pesamaan antara kehadiran simptom PMS dan simptom pemulihan (withdrawal) candu. [11]

No comments :

Post a Comment