Monday

Berubah ke arah kebaikan


Berubah ke arah kebaikan..
ya! sebagai seorang muslim yg berpegang dgn ajaran al Quran dan Sunnah
perlu berubah walaupun sejahat mana perkara yang kita lakukan dulu..
kemaafan daripada Allah dengan manusia adalah sangat penting
oleh itu, kita perlu menjaga hubungan satu sama lain...
sehina mana pun kita, kita perlu sujud kepada Allah.
semua kejadian ialah perkara yg telah ditentukan oleh Allah kepada hambaNya
untuk menguji hamba-hambaNya..
Ujian yang berlaku adalah untuk menguatkan iman kita jugak...
ya Allah, kuatkan la aku menerima sebarang ujian yg Kau berikan kepada ku ini... :)
Ya Allah, banyak sekali impianku namun dosa yang menggunung membuatkan hamba malu bermohon pada-Mu... Ya Ilahi, Kau amat suka hamba-Mu yang berdoa pada-Mu...hamba akan terus memohon pada-Mu, semoga kau meredai impianku sebagai perancangan yang telah Kau takdirkan untukku, dan semoga hamba sentiasa reda dengan suratan-Mu walaupun ia bercanggah dari keinginanku, kerana Kau yang mencipta diriku, pasti Kau lebih tahu yang terbaik buat aku.








No comments :

Post a Comment