Wednesday

KaHwiN!!?

Assalamualaikum....
peace!!
sempena hari perkahwinan pada 30 jun 2012 ni
anda semua dijemput hadir beserta perut lapar...
Jemput la semua yg mengenali saya datang rumah
yg beralamat Parit 12 Sg Nibong, Sekinchan Selangor
(bukan sg nibong, Pulau Pinang tau)
rumah serba serbi warna biru...
*wahhh excited ni!!
datang tau jgn lupa... ^_^
datang la ramai-ramai utk memeriahkan majlis
*cehh wah mcm event sendiri je
kalau boleh bawa la hadiah (tepung, telur dan minyak)
bukan nak baling kat pengantin tapi ada mangsa yang menanti
*TACHA tunggu tau!!! i love u..bhahahaahha
-------------------------------------------------------------
tarikh : 30 Jun 2012
masa : 10.00 pagi- 1.00 petang je kot
hari : sabtu
pengantin : kakak saya merangkap kembar saya... :)
-------------------------------------------------------------
BABAK I
time pergi kedah haritu,
abah bagi la kad jemputan..
saudara : yg mana yg nk kahwin? tu ke? (tunjuk saya)
abah : bukan, yg yg sorang lagi tu...(tunjuk kakak saya)
fuhh... muka saya ni nampak mature ke? oh tidak!!
nk jd budak2 la mcm ni...

BABAK II
tempat : di rumah tok cik (kedah jugak)
dengan muka selambanya saya ikut abah dgn mak masuk rumah org yg tak pernah saya jejaki (TOK CIK)...
macam biasa, kalau masuk rumah org mesti la kena salam kan...
saya pun salam la dgn tok cik (perempuan) tetiba saya rasa mcm tgn saya tak mahu dilepaskan oleh org yg saya salam tu...(kenapa dgn org ni pegang tangan aku tak nak lepas) beberapa saat kemudian baru dia lepaskan...
(fuhh lega).. tiba-tiba muka saya pula dipegang (fuhh apa kena dgn org ni, kat muka aku ada sisa makanan ke)
Tok cik : mah, makcik tengah cari menantu ni..
mak : untuk sapa?
tok cik : untuk cucu makcik, anak maznah..segak org nya..putih...
tok cik : ingat nak cari yg dah tak mengaji (belajar) dah...yang ni kerja apa? (tunjuk saya)
mak : eh tu mengaji lagi...tingkatan 6 (fuhh lega saya)




No comments :

Post a Comment